Dia yang Dirindui..

Ayah,
Adik rindu sangat sangat pada ayah.
Macam macam berlaku selepas ayah tinggalkan adik.
Adik sedih tapi adik tahu adik tak dapat tatap wajah ayah lagi dekat dunia ni.
Adik tak pasti adik mampu jadi sekuat dan setabah ayah.
Adik tak yakin pada diri sendiri.
Adik tak kuat untuk meluahkan segala yang terbuku di hati.
Adik cuba berlapang dada untuk menerima apa sahaja yang berlaku.
Tapi hati adik terluka.
Mungkin kita perlu terluka demi kebahagiaan orang lain kan.
Maafkan adik.
Adik tak kuat, ayah.

Jauh di sudut hati dan di sebalik senyuman yang adik ukirkan,
Ada satu rasa yang tak mampu dibendung.
Rasa kecewa dan terluka.
Tapi apalah daya adik.
Allah lebih sayangkan ayah.
Sebab tu Allah ambil ayah supaya ayah takkan terus terluka dan menanggung derita.
Ayah,
Adik buntu.
Buntu memikirkan tentang hidup ni.
Kaki dah tak kuat untuk teruskan langkah.
Hati dah tawar untuk banyak perkara.
Adik masih mencari sedikit sinar kehidupan.
Supaya nanti adik dapat bertemu ayah kembali dalam keadaan tenang.
Tenang tanpa tidak perlu lagi terluka dengan dunia ini.

Rindu Padamu

Aku rindu pada lelaki yang mengendongku sewaktu kecil
Aku rindu pada lelaki yang menjadi tukang gunting rambutku yang setia
Aku rindu pada lelaki yang mendukungku masuk ke kamar tatkala aku tertidur di hadapan televisyen
Aku rindu pada lelaki yang membawaku ke klinik tika aku jatuh sakit
Aku rindu pada lelaki yang menyapukan air pada perutku tatkala aku demam
Aku rindu pada lelaki yang akan datang ke sekolah untuk menandatangani buku rekod keputusan peperiksaanku
Aku rindu pada lelaki yang hadir meraikan aku setiap kali hari anugerah cemerlang diadakan
Aku rindu pada lelaki yang membelikan aku nasi lemak dan roti canai setiap pagi
Aku rindu pada lelaki yang akan menceritakan isu semasa kepadaku tatkala aku tidak memahami isunya
Aku rindu pada lelaki yang mengajarku menulis dan membaca
Aku rindu pada lelaki yang sanggup menemaniku membeli belah
Aku rindu pada lelaki yang sangat tabah menghadapi dugaan hidupya
Aku rindu pada lelaki yang sanggup menjemput dan menghantarku ke asrama
Aku rindu pada lelaki yang menjadi segala galanya buat diriku
Aku rindu padamu wahai ayah
Aku rindu
Aku rindu
Aku rindu

Terlalu banyak kenangan bersamamu selama 22 tahun 6 bulan bersama yang aku rindui
Walaupun sukarku mempercayai takdir ini
Walaupun sukarku mempercayai ketiadaanmu disisiku
Aku tetap redha dengan ketentuan Ilahi.

Aku masih di sini, bumi Allah
Aku masih berjuang
Aku masih mencari kekuatan
Aku masih mencari kebahagian

Untuk segala yang terjadi sepanjang tahun 2015 ini,
Sesukar dan sepahit apapun dugaan yang kuterima
Aku tahu pasti ada hikmahnya kerna,,
Allah tahu itu yang terbaik untukku.
Terima kasih Allah.

Semangatku Tertinggal Di....

Sudah terlalu lama bertahan, sampai satu masa aku buntu dan aku mengalah. Nothing happened as I planned because His plan is better than mine. I just want to finish my post-internship break by taking care of ayah but Allah loves him more. Berada di rumah buat aku terbayang bayangkan dia. Lagi sedih pabila aku lihat ruang tamu, ruang terakhir aku lihat ayah terbaring kaku. I cried like every single day and every night. On my last day of internship, one of the staff who is responsible for staff's leave checked all my leave records. She saw my leave remarks as I took leave because ayah was in coma and 26 days later I took leave as ayah passed away. She looked at me and asked, "Is it better now?". I just smiled and left her place. I cried then. Well, ada banyak sangat perkara yang aku inginkan. Aku nak habiskan study, convo dan of course aku nak mak ayah ada masa convocation day aku nanti. Kalau ada jodoh untuk berkahwin, aku nak ayah nikahkan aku sendiri. Kalau ada rezeki Allah kurniakan anak, aku nak anak aku panggil mak dan ayah aku atuk dan nenek. Aku suka sangat tengok mak ayah main dengan baby and I wish I could see my parents hold my baby. Well, again that was just my plan. And yeah it won't happen that way. I stop hoping more. I don't feel like excited to plan and hope this and that. I just can't do that anymore. Pabila kawan2 asyik suruh kahwin, aku ketawa jela. As they said, "kitorang plan nak suruh sya kahwin supaya sya ada teman boleh berkongsi rasa dan cerita". Well my dear friend, I just can't. Tapi serius la aku dah macam tak kisah apa sangat. Tapi jadi makin penyedih asyik nak menangis moody semua tu ada la sebab cepat touching. Melampau kan? Tu la susahnya bila kuat pendam dan just act like I am fine!fine!fine! Tipu sangat kau jemah! *cubit diri sendiri* Sebenarnya aku dalam keadaaan "aku okay jela tapi tak okay sangat". Hah complicatednya jemah ni. *menangis tepi bucu dinding* 

Ok dah puas menangis. Nak main games la. Mata dah bengkak asyik menangis ni. Sorry for those people who need to deal with complicated me. Haha. Well you all mesti complicated jugak kan? Hidup ni bukan sentiasa indah je kan. Everybody ada ujian dan dugaan masing masing. Aku nak mencari semangat baru ni. Tapi masih merangkak rangkak nak bangun mencari. Bersabar ya sementara aku dalam proses mencari cari ni. Peace! (V)