Berfikir Sejenak..


Kalau saya mati..
Orang akan sedar tak kenapa saya jadi begini..?
Orang akan ambil tahu tak keinginan saya semasa di dunia yang tak mampu saya miliki??
Kalau saya mati..
Ada yang bersedih tak??
Ada yang akan menziarahi dan mengiringi jenazah saya ke kubur tak??
Kalau saya mati..
Ada yang akan doakan saya di alam sana tak??
Ada yang mahu solat jenazah untuk saya tak??

Buat yang mengenali diri ini, apabila saya dijemput kembali ke rahmatullah, ziarah dan iringilah jenazah saya ke kubur yea. Masa tu saya keseorangan. Tapi kalau tak dapat ziarah pun tak mengapa. Tunaikanlah solat jenazah untuk saya dan paling kurang pun sedekahkanlah al-Fatihah dan doakanlah saya. Syukran jazilan :’)

Wanita yang menolak perkahwinan


Masih ramaikah wanita yang menolak perkahwinan pada zaman sekarang?? Tahu tak betapa ruginya golongan wanita seperti ini. Sebagai seorang perempuan, saya juga pernah berfikir untuk tidak berkahwin kerana bimbang tidak mampu memikul tanggungjawab selepas berkahwin. Tapi itu dulu, masa saya masih belum matang. Yela, masih kanak-kanak lagi kan masa tu. Hurm, ada je wanita sekarang yang memandang perkahwinan itu sebagai satu bebanan yang akan menyekat kebebasan dan hidup akan mula terpikul dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak. Walaupun saya belum berkahwin, saya dapat rasakan cabaran dalam menguruskan rumah tangga bila melihat kehidupan orang di sekeliling saya tapi ada rakan-rakan yang telah berkahwin menceritakan perkahwinan mampu memberi kebahagiaan pada jiwa. Jika sebelum berkahwin, banyak masalah yang terpaksa dihadapi bersendirian tetapi setelah setelah berkahwin, Alhamdulillah, Allah beri kita teman untuk berkongsi susah senang hidup ini. Masya Allah, indah kan perkahwinan itu.

Sikap wanita yang tidak gemar atau menolak perkahwinan itu telah bertentangan dengan kehendak ajaran Islam dan fitrah semulajadi manusia yang memerlukan pasangan hidup. Lelaki perlukan perempuan, perempuan perlukan lelaki. Betul tak?? Ini sunnatullah kejadian manusia. Ibarat talian elektrik yang memerlukan cas positif dan negative untuk menghasilkan cahaya. Tapi kenapa munculnya ayat “No women, no cry” atau “No Men, no cry” etc. Oh, pasal ini saya kurang faham. Mungkin nak menyatakan mereka  boleh hidup bahagia sekalipun tanpa kehadiran insan yang berlainan jantina sebagai pasangan hidup atau ada yang lebih tertarik untuk ‘bersama’ insan sejantina. Nauzubillah.

Melalui pembacaan saya, secara umumnya pintu syurga bagi kaum wanita lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Sabda Rasulullah SAW, “Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki”. Subhanallah. Betapa beruntungnya wanita, bukan?? Jika wanita itu berkahwin dan mentaati suaminya, dia dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat tetapi berbeza pula dengan yang tidak berkahwin, walau sehebat manapun solat dan puasanya serta menjaga maruah, dia tidak akan dapat mentaati suami. Kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya sehinggakan Rredha Allah pun bergantung kepada redha suami. Alangkah beruntungnya wanita :’)

Antara kelebihan wanita yang berkahwin ialah:

    
- Semasa hamil, wanita itu akan mendapat pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah).
- Apabila menyusukan anak, akan diberi satu kebajikan bagi setiap titik susu itu.
- Diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba apabila berjaga malam kerana menguruskan anak.
- Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka
- Diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya.
- Wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di  syurga kelak.
- Wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala
- Wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
- Redha Allah bergantung kepada redha suami. Jika suami redha dengan perlakuan seorang isteri, maka si isteri itu akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran.

Masya Allah, alangkah beruntungnya wanita yang berkahwin:’) Jadi, mengapa harus menolak perkahwinan? Jika berkahwin, hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu pun sudah mendapat pahala yang banyak. Ya Allah, moga saya diberi peluang untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan seorang ibu yang mampu berbakti kepada keluarganya. Aminnnn. Do pray for me :’) Oh yea, untuk rakan saya yang asyik cakap tak nak kahwin tu, baik fikir betul-betul. Hehe. Saya tahu awak hanya berkata sedemikian dekat mulut je, tapi dalam hati.. jeng3. Saya faham situasi awak dan sebab awak berkata sedemikian. Jangan risau, saya doakan semoga awak dan saya dikurniakan jodoh yang baik. Insya Allah. Aminnnnnn.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun dia bergurau dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang memperelokkan akhlaknya.” - Hadith Riwayat Abu Dawud~

Buat Teman Tersayang =)


KADANG-KADANG HATI NI JADI SEDIH, PILU..
KAU TAK SEPERTI YANG LAIN..
YANG MAMPU MENIKMATI HIDUP BERTEMAN, BERKELUARGA..
KAU SUNYI…
SEGALA KEPERITAN, SEGALA KESUSAHAN..
HADAPILAH DENGAN TABAH DAN SABAR..
ANGGAPLAH IANYA SEBAGAI PENGHAPUS DOSAMU…
SENYUMLAH SEHINGGA SATU DUNIA TIDAK TAHU AKAN KESULITAN YANG DIHADAPIMU..
JIKA ADA YANG CUBA MENJATUHKANMU, BANGKITLAH DAN BERLAWAN DENGANNYA..
JANGAN TUNJUKKAN YANG KAU LEMAH…
BERJUANGLAH MEMPERTAHANKAN DIRIMU..
JANGAN SAMPAI KEPALAMU DIPIJAK OLEH MUSUHMU.

ALLAH TAKKAN MENGUJIMU  SEBEGITU RUPA..
MELAINKAN KAU MAMPU MENGHARUNGINYA..
BERDOALAH SUPAYA KAU DIBERIKAN KEKUATAN OLEH-NYA…
JIKA KAU RASA KAU TAK PUNYA SIAPA-SIAPA..
INGATLAH!
ALLAH ADA BERSAMAMU..
DIA PENCIPTAMU, DIA TAHU SEGALANYA TENTANGMU…

black=)




Love This!













p/s: If you don't mind I put all these pictures. I love it! =))

Newly Weds =)

Salam Disember buat semua. Huaaa i really miss my blog walaupun selalu buka tapi jarang update sebab malas. Well, mentang-mentang cuti, mula la malas nak buat segala benda kannn. A few weeks ago, my sister got married. Wahh, saya sangat jeles. Disebabkan saya jeles, saya buat-buat macam orang tak ada perasaan supaya orang lain tak perasan pun kejelesan saya ni. Kwang3. Just Kidding :D 

Saya ada dua orang kakak tapi ini bukanlah perkahwinan kakak yang sulung. It's my 2nd sister's wed. Upppss, terlangkah bendul. Well, dah jodoh dia kan. Hopefully kakak sulung cepat-cepat kahwin supaya adik dia yang yang lain tak terlangkah bendul lagi. *Merujuk kepada the blog owner =p. Haha. Takdanya saya nak langkah bendul. Insya Allah.

First time dalam hidup, saya dapat seorang abang. Actually saya kurang bercakap with my BIL sebab saya kan pemalu ;) Keh3. Bila my BIL ada kat rumah, saya kena la berlagak sopan sikit. I mean tak boleh la nak buas sangat dengan adik-adik. Haha. Kang dia cakap saya ni macam budak sekolah rendah pulak. Pasal tahap kebuasan saya sekarang, hanya family je tahu. Kah3. Tapi saya buas dengan adik saya saja=p. Sekali sekala bagi la budak 19 tahun ni merasa jadi cam kanak-kanak. Tahun depan dia dah 20 tahun. Sobss. Waaaaaaaaaaaaaa.. I can't believe this.

at my BIL's house.

Hey, anyway my family dah bertambah. Dah jadi 8 orang. Huhu. So, kakak, please cepat-cepat bagi cucu dekat mak dan ayah. Tapi lepas awak habis belajar la yer baru boleh ada anak. Keh3. Itu nasihat dari adikmu ini sebab lecturer ISM saya cakap, kesian dekat student perempuan yang kahwin awal & ada anak. Anak tu asyik nak melekat dengan maknya aje. Cena nak fokus belajar kalau camtu kan. Unless the grandparents sudi jaga their grandchildren.

Last words from me to the newly weds, Kak Mi n Abg Mizi... Congratulations! Abg, hope you still remember your promise on my birthday; to take care of my sister. Love her like you love your mom. Ecehh. May both of you have a very wonderful wedded life and may Allah grants you with zuriat yang soleh and solehah. Aminnnn..

5 PERKARA ELOK DISEBUT


 Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. 
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Leteran + Tips Mudah Lelap Waktu Malam.


Hari ni saya nak bagi tips sikit yer. Sila baca baik-baik yer! Sebolehnya ikutlah tips saya ini. Huahuahua. Maafkan saya kalau bahasa ni SEDIKIT baku, tapi taklah baku sangat pun. Cuma nampak macam skema sikit kan. Seharusnyalah kan kita bangga dengan bahasa kebangsaan kita. Saya mengaku sebagai anak muda, saya selalu juga rosakkan bahasa. Biasa la kan. Trend bahasa sms.. banyak singkatan. Tapi tak da la sampai eja ‘saya’ jadi ‘saia’. Yang tu paling saya tak boleh terima. Tak tahu la kenapa. Haha. Saya kalau sms tulis ‘kalau’ tu jadi ‘kalo’. Hihi. Banyak je perkataan yang telah disingkatkan oleh anak muda sekarang ni termasuklah tuan blog ni *Siapa entah??. Eh, jap. Orang tua pun ada je, tapi tak ramai la.

Baiklah, kita teruskan dengan resepi kita. Eh, bukan resepi la. *Ingat program masterchef ke apa??? Saya nak cakap pasal tips nak mudahkan kita tidur kalau dah selalu sangat susah nak tidur malam. Itu yang berlaku dekat saya. Dah hampir sebulan dah dan saya rasa saya manusia kurang normal. Mungkin lelaki-lelaki di luar sana rasa normal je kalau ini yang berlaku pada mereka. Paham-paham jela wahai lelaki sekalian kan. Sanggup tinggal bini dekat rumah  malam malam lepas tu keluar melepak dengan kawan-kawan dekat luar. Layan kopi, layan bola dan banyak lagi la. Hihi. Saya sangat tak gemar lelaki seperti itu. Encik lelaki, tanggungjawab awak jaga bini ke jaga kawan-kawan???? Esok dekat akhirat, tanggungjawab awak kepada isteri tu yang akan disoalkan dulu tau! Eh, ampun. Saya kuat berleter. Kali ni betul-betul nak cakap pasal tips tu. Haha

Tips 1: Pasang muzik yang mendayu-dayu.Kalau tak ada orang nak dodoi awak, awak bagi je lagu tu dodoi awak. Jangan pasang kuat-kuat. Nanti rasa macam duduk dekat disko pula. Pasang dengan ‘volume’ yang perlahan je. Macam orang buat ‘candle light dinner’ tu, kan pasang muzik perlahan je. Haha. Romantik gitu.

Tips 2: Awak menangis teresak-esak. Psssttt, berkesan tau cara ni. Kalau kita menangis tak henti-henti, kita akan cepat akan rasa letih, jadi cepat juga la kita terlelap. Tak percaya?? Cuba la sendiri. Kalau awak perasan, anak-anak kecil kita( macam la saya ada anak) yang menangis malam-malam tu akan tidur bila dah penat menangis. Kalau yang mudah menangis bila sedih, bagus la. Menangis puas-puas. Tapi bila awak bangun tidur nanti, mata awak akan bengkak dan rasa pedih. Tu la. Siapa suruh menangis banyak-banyak. Hehe. Jangan salahkan saya =p

Tips 3: Awak pergi dapur, ambil makanan. Makan puas-puas sampai kenyang. Bila perut kenyang, hati gembira, mata pun minta ditutup. Hehe. Tak gitu? Tapi jangan la terus tidur lepas makan, nanti perut awak buncit.

Tips 4: Pergi ambil wuduk, buat solat sunat kemudian baca al-Quran. Kalau rasa kurang rajin solat sunat, baca al-Quran cukup la sampai awak rasa letih. Kan dapat tambah pahala sikit. Baca terjemahan ayat tu sekali.

Tips 5: Pergi jogging keliling rumah 15 pusingan atau lebih. Selain dapat menyihatkan badan, awak akan terasa letih dan senang nak tidur. Betul kan kan kan.

Ok. Itu je cara yang saya pernah cuba buat. Kadang-kadang berkesan. Kadang-kadang tak. Selama saya tak boleh tidur malam ni, saya selalu tidur selepas subuh tetapi tips nombor 2 tu buatkan saya boleh tidur seawal pukul 12 malam semalam tapi bertahan 3 jam jela. Lepas tu tak boleh tidur dah. Kalau selalu tak boleh tidur malam tu, cepat-cepat la bertaubat. Kang tak sempat. Ngeh3. Gurau je. Semoga semua orang boleh tidur dengan nyenyak dan dengan normalnya..

Budak ni bagus. Saya tidur dia tidur. Saya bangun dia pun bangun juga. Tengok gaya dia tidur dengan kaki macam tu. Masa ni dia kesejukan. Minta dipeluk lar tu. XOXO!


Wanita Berunsur Api, Air, Angin, dan Tanah

Assalamualaikum..


Hee.. Baca tak entry sebelum nie? Aku ada post pasal wanita berunsur api, angin, tanah dan air. Yang tu mengikut giliran dalam keluarga. I mean ikut kita ni anak yang ke berapa. Tapi kali nie aku ada jumpa yang mengikut zodiak dan tarikh kelahiran plak. Just suka suki je pos pasal nie. Jangan nak percaya sangat dah la sebab benda ni kepercayaan orang dulu2. Aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. Hahahahaa.



WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 Apr – 20 May), Virgo (24 Aug – 23 Sept) dan Capricon (22 Dec – 20 Jan)
Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana. Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac – 20 Apr), Leo (24 Jul – 23 Aug) dan Sagittarius (23 Nov – 21 Dec)
Dilahirkan sebagai pemimpin. Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 May – 21 Jun), Libra (24 Sept – 23 Oct) dan Aquarius (21 Jan – 19 Feb)
Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
Wanita air dilahirkan di bawah zodiak Cancer (22 Jun – 23 Jul), Scorpio (24 Oct – 22 Nov) dan Pisces (20 Feb – 20 Mac)
Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. Mereka ini dipandu oleh perasaan hati. Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah, berhati-hati, tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


RaHsIa WaNita


Mungkin tak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
Pssstt, aku pun baru tahu pasal benda ni. Ngeh3.
Tanah – anak pertama, kelima, kesembilan
Air – kedua, keenam, kesepuluh
Api – ketiga, ketujuh, kesebelas
Angin – keempat, kelapan, kedua-belas
WANITA BERUNSUR TANAH
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
- Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
- Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
- Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
- Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
WANITA BERUNSUR AIR
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
- Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut    dibawa arus hidup.
- Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
- Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
WANITA BERUNSUR API
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
- Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
- Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
- Penasihat yang baik kepada suami.
- Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
- Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
WANITA BERUNSUR ANGIN
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
- Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Aaa.. aku nie masuk kategori mana? Cer teka cer teka. Hee.. Anda2 semua plak cena??

Entry terakhir sebelum balik raya.

Salam Ramadhan semua=)

Huuu.. kawan2 aku mesti masih lena diulit mimpi kat rumah nie. Btol tak??? Mesti btol punya niee. Aku bley agak dah. Haha. Aku nie hah, bukan lena diulit mimpi, tapi tidur tak lena. Aku tidur pun dekat pukul 3pagi dah. Pastu aku terjaga pukul 5 lebih sebab ada orang tu suruh bangun. Kwang3. Hey, orang suruh kejut time Subuh la. Aku ngantok sangat2 so aku sambung la tidur balik. Tidur bangun terjaga, bangun tidur terjaga + mimpi sket2, pukul 7 lebih baru aku bangun. Rasa nak sambung tidur lagi sebab aku masih mengantuk tapi aku takut tidur tak bangun2, satgi kakak aku tak jumpa lak aku kat stesen bas Kajang tu hah. Lagipun aku nak keluar awal sket. Nak pi cari buat tangan bawak balik rumah. Teeheee, anak yang baik ni. Nak pi cari sikit kuih2 raya, nanti tak payah la mak aku susah2 buat banyak2 sangat. Semalam pun dah jenjalan sorang2 kat Nilai Square pahtu pi beli makanan kat kedai makcik. Aku kol mak cakap yg aku duk sorang2 & jalan sorang2 pi Nilai Square, pastu mak tanya, "Tak takut ke jalan sowang2?" Erkk, mak bukan tataw anak mak ni kadang2 terlebih berani & tak takut. Dari kecik dah jalan sowang2 pi sana pi sini. Tapi KADANG2 jela. Muahahhaha. Buktinya, aku rasa macam nak lari pecut bila sorang laki ni terjenguk2 muka aku. Seram betol. Naseb baek aku kat area bazar time tu. Ramai org so tak takut sangat. Aku tak sure laki tu betol ke tak. I mean tak sure dia waras n sihat akalnya or tak sebab laki tu PELIK. Then dekat2 time nak berbuka, mak aku kol balik, "Eh, btol ke duk sorang2 tu?". Aku pun dengan air mata dah bergenang *Tetttt, kantoi nanges*, "Yela, adik duk sorang ni hah". Aku nak nanges tu bkn sebab aku takut tapi sebab memang pesen(fesyen) aku jenis mudah menangis bila cakap phone dengan mak ayah aku. Mak ayah aku tak pernah taw pun sebab aku pandai cover. Keh3. Mak siap ingat aku selsema lagi pahtu suruh makan ubat. Haiyarkkk. Ubat utk org menanges apa yerk??? *Garu kepala sat!*. 

Overall oke jer tidur sorang2 semalam. Siap tidur lena lagi. hehehe. Syiokk maa. Sejuk!! Mcm ada air-cond kat A-3-5 nie. Kipas dah dicuci, exhaust fan dah oke. Fuhhh, memang nikmat lar. Sampaikan dari awal tidur sampai bangun tidur aku guna selimut. Pagi2 terpaksa off exhaust fan pahtu slowkn kipas. Ehh2, cakap pasal sejuk ni, aku terlupa yang aku belum mandi. Teeeheee. Nak chow pi mandi dulu. Satgi nak berangkat pulang ke Kedah dah jam 1.30ptg nie. Doakan keselamatan aku yep.

Akhir kata dari Nurul Syafiqah bt Ramlee, SELAMAT HARI RAYA buat teman2 tercinta, dormate aku budak2 A35 yang comel2 belaka, cikgu2 & lecturer2 yang dah banyak berjasa dekat aku n tak penah penat mengajar aku selama nie. Anda semua adalah yang terbaik pernah hadir dalam hidup aku=). Ampunkan segala salah silap aku yer. 0-0 oke? Thank u very much. I love u all 

RANDOM :)











I will try my best for my twin.
 I love her so much.
Don't ever try to steal her from me.
I'm strong enough today because of her.
I really don't want her to see me like an uninspired person.
May Allah give happiness and bless to her.

SILENCE ALL THE TIME GONNA BE FUN

Diam tak bermakna aku suka atau aku setuju
Diam tak bermakna aku merelakan semua itu
Kadang kala diamku bermakna aku memendam sesuatu
Dan boleh jadi aku tak merelakan sesuatu

Pergghhhh!!! (ayat Zu dormate aku). Hehe. Boleh jadi pantun tak ayat kat atas tu? Haha. Ntah pape je kan aku ni. Tak kesah la pape pun tapi sila amik perhatian dengan apa yang aku coretkan kat atas tu. Oke??? Ok thank you. 

Nie dah nak dekat berbuka tapi aku sempat lagi conteng2 blog aku ni hah. Rini dah penat sangat sebab dekat 5 jam aku dekat UIA Gombak hari ni, memang separuh tenat dah. Cuaca panas sangat & disebabkan ada program time bulan puasa ni, macam tak best sikit sebab takda refreshment ke apa ke. So, masing-masing letih. Nak tahu kenapa aku ke sana? Ermm2, aku pergi memeriahkan program Peer Tutor Briefing. Hehe. Bila sampai kan sana tadi, ada sorang sister and sorang brother yang tunggu kitorang & bawak kami2 yang seramai 35org ni ke SLEU Hall. Both of them bukan Malaysian & aku tak sure diorang dari negara mana. Tak engat. Aku cuma ingat brother yg conduct group aku je. Orang Bangladesh. Hehe. Overall program yang SLEU memang sgt bermanfaat & i've gain something from it.=)

Lepas solat Zuhur kat situ, sister yang jaga kitowang tu bawak kami jenjalan kt area UIA. Adoii,, seyesly rasa macam aku ni bermusafir & rasa macam nak bukak puasa tyme tu jugak. Dengan cuaca yang panas, memang la penat kan. Buktinya, naik je bas, aku terus tertidur. Tapi tak dapat tidur nyenyak pun sebab driver bas tu bawak laju giler & ntah berapa kali dia brek mengejut. Takkuutttt betul! Bila dah sampai Nilai, terus aku jalan laju2 naik tangga, masuk bilik aku & terus serbu katil. Hehe. Hopefully lepas ni SLEU akn buat lagi banyak program & kalau boleh aku nak join=)

Sebelum balik UIA Nilai


Dah2, aku nak pi study pulak. Sekarang ni kena lar kuatkan semangat sket memandangkan semangat aku dah dicuri. Secara jujurnya, aku tak cukup kuat sekarang ni tapi ermm takpela. Aku nak diam jer...

MAKBULKAN DOAKU YA ALLAH

___________1§§¶¶____________​___________
_________1¶¶¶¶¶§¶¶1___________​__________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§__________​__________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§_________​__________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahma​tMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶__________​_______¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_________​______§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_________​____¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶________​__1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§​¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶​¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§​§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§​§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶​¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶​¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶​__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_​__________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§___​__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1______​__________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶______​__________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_____​__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1___​__________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1​__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶​¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§​§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§​§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§​§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦​¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦

________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-█​███──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯​¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨​*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*

║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝

Heart Attack Pepagi Buta

Alhamdulillah. Aku masih bernyawa lagi hari ni dan mampu untuk meneruskan ibadah puasa pada tahun ini. Haishh tadi dah separuh nak mati dah sebab terkejut beruk punya pasal. Kawan aku berdiri macam hantu baru bangun tidur dan aku yang bukak pintu terus terjerit & secara automatik termarah dia. sory=.= Jantung aku bagai nak luruh dah tadi. Nie la sebabnya aku taksuka orang buat aku terperanjat sebab aku mungkin boleh mati terkejut memandangkan aku mudah terkejut. Huhh??? Nanti tak pasal2 kena heart attack n disebabkan itu, tak pasal2 akan ada orang kena angkat aku bawak pi hospital. Ohh tidak, jangan buat aku jadi mcm tu sebab nanti tak larat angkat aku memandangkan berat aku dah naek berkilo-kilo dan sekaligus menyebabkan badan aku makin mengembang. Tak percaya??? Buktinya, pakai seluar pun dah tak payah nak pakai belt sekali & baju pun dah kelihatan muat2 dengan aku. Zzzzzz~ Ada aku kesah?? Haha. Ok then, selamat bersahur semua. Lain kali jangan sekali-kali bagi aku terkejut lagi ok! 

Misteri Google Maps

Nak tengok gambar misteri dekat Google Maps????

Sila klik link kat bawah ni dan ikut step2 yg dia tulis tu hah...



Jeng3.. nampak apa hah????

Wordless Wednesday #3


Student CFS IIUM Nilai mesti tengah terseksa sebab takda air sekarang. Oke. Sabar jela wahai rakan-rakanku.

AhLaN Wa SaHLaN Ya RaMaDhAn

ATTENTION PLEASE!!!


To make sure u will never get virus n this ramaadan.....


’Enter’ the masjid,

‘Forward’ your solat,

‘Download’ pahala,

‘Firewall’ your iman,

‘Backspace’ from syaitan,

‘Bookmark’ to ALLAH SWT,

’Delete’ ALLAH’s enemies,

‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah,

‘File’ your amal,

‘Edit’ your akhlaq

‘View’ your good and bad deeds,

‘Search’ the straight and right path,

And InsyaALLAH you will never get ‘virus’ =)

Salam Ramadhan Al- Mubarak

Semoga Ramadhan kita kali ini dirahmati dan diredhai Nya!

Aminnnnnnnn...................​.............









Mohon maaf dengan ikhlas atas kesalahan, kekhilafan, dan janji yang terabai, baik dengan sengaja atau tidak. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dan dapat meningkatkan takwa kita. Amin.

Setiap Patah Perkataan Papar Peribadi Individu

Tutur kata yang dikeluarkan seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidah dan berbicara menurut pertimbangan akal waras.

Dalam kehidupan kita seharian, wadah pergaulan yang digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan iaitu melalui perbualan, penulisan atau perdebatan. Sebagai manusia, kita mempunyai hak menyuarakan pendapat sama ada dalam percakapan, penulisan atau perdebatan.


Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ini boleh merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan serta perbalahan.Bijak bestari pernah berpesan, ‘berfikir itu pelita hati.’ Pepatah Melayu pula mengatakan, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’ Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.

Oleh itu, bagi mengelak berlakunya sebarang perselisihan dan suasana tidak menyenangkan maka kita perlu berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW banyak mengingatkan kita supaya menjaga tutur kata.

Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik (mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya (menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk (mati) yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.” (Surah Ibrahim, ayat 24-26)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan orang yang menyakiti orang mukmin, lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 58)

Daripada Abu Zar, ia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidakkah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat itu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Janganlah banyak bicara, jika tidak mengenai zikir Allah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikir Allah itu menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah pada hari Kiamat ialah orang yang kesat hati.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Daripada Abu Darda’, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan. Kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan itu.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Special to Smokers

Dear Smokers, Please get a plastic bag and cover yourself whenever you want to start smoking to enable you to enjoy the smoke 100% by yourself. I don't want any percentage of it nor do my friends who don't smoke. Don't kill me if you want to kill yourself.


Regards,
Non-smokers

P.S: Copy and paste this message at your fb profile/ blog to support the keep-smoke-away Campaign



Jadilah Hamba Allah yang Bersyukur

Assalamualaikum...

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri tentang mengapa kita perlu bersyukur atau mungkin apa perlunya kita bersyukur? Pernahkah kita berfikir tentang beraoa banyak nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada kita dan berapa banyak nikmat yang kita rasakan sepanjang kita hidup sehingga saat ini? Jika direnungkan kembali, memang tidak terkira banyaknya nikmat yang telah kita terima. Alhamdulillah, disaat kita bernafas dengan udara segar yang masuk ke dalam tubuh kita, itupun merupakan berkat dan nikmat yang tidak terlihat pada mata kasarnya tetapi kita mampu merasakan manfaatnya. Mungkin jika tiada udara atau oksigen di dunia ini, sudah pasti semua kehidupan tidak akan ada atau hidup.

Hari ini aku berfikir tentang betapa pentingnya bersyukur. Kalau kita renungkan kembali, manusia memang jarang bersyukur, jarang berterima kasih kepada pemberi atau peminjam. Kita hanya tahu meminta dan meminta sehinggakan istilah meminta itu sudah sebati dalam hidup kita. Kita sebagai manusia memang mempunyai sikap lupa. Kadang-kadang kita lupa dan alpa dengan segala nikmat yang Allah beri. Yang teruknya, kita lupa pula bahawa segala nikmat yang kita dapat itu hanya bersifat sementara. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik atau mengambil kembali nikmat yang Dia berikan. 

Ingatlah, tak semua perkara yang kita inginkan, kita mampu mendapatkannya dengan mudah. Kadang kala kita inginkan kebahagiaan dalam keluarga, tapi kita dikurniakan dengan masalh yang bertimpa-timpa. Kadang kala kita impikan sesuatu tetapi lain pula jadinya. Kadang kala kita meminta agar Allah kurniakan kejayaan kepada kita setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi satu hari kita terpaksa melupakan cita-cita kita dek kerana kekangan yang tidak dapat diatasi. Pada saat ini, kita pun berasa hidup tidak adil buat kita. Ingatlah, ALLAH SUDAH MERENCANAKAN SESUATU YANG TERBAIK BUAT KITA. SETIAP SESUATU YANG KITA SUKA DAN INGINKAN DALAM HIDUP KITA TIDAK SEMESTINYA ITU YANG TERBAIK UNTUK KITA. 

Janganlah merintih mengenangkan hidup kita yang tak seindah hidup orang lain. Jika kita membenci dan tidak menyukai sesuatu yang telah dikurniakan kepada kita, itu bermakna kita tidak mensyukuri pemberian dan kurniaan dari Allah SWT. Jika kita ditimpa musibah atau sebarang masalah, anggaplah itu sebagai satu ujian yang akan memberi nikmat kepada kita kelak. Insya Allah. Ingatlah, Allah tidak akan memberikan sesuatu dugaan kepada 
hambaNya melainkan Dia tahu kita mampu menghadapinya.

Semoga kita mampu mendidik diri kita menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat dan pemberianNya. Insya Allah. Aminnnn.