Azam Baru ;D

Eyyo!!! Selamat hari Selasa.. hehe.
Sebenarnya niat di hati nak study untuk MUET ni. Tapi al maklum la. Bila dah ngadap laptop ni memang tak jadi kerja la. Kalo jadi pown mungkin dalam 20% je kowt. Grrrrr!! Seram binti Gelabah dah ni. Minggu depan dah kena bertolak ke Nilai dah. Aku dijadualkan untuk speaking pada 6 April 2011. Cuak ni sebab aku tak taw aku kena speaking satu kumpulan dengan siapa ni. Dah la aku tak kenal ramai sangat student kat sana. Aku low profile je kat sinun nuhh!!! Hehe. Aku kan pemalu sikit. Ehhh, pemalu banyak la!! Tambah-tambah dengan orang yang aku kurang rapat. Etceli ramai je aku kenal bila terlibat dengan program2 kat CFS IIUM tu. Tapi kenal gitu2 jela. Hehe. Bayangkan la dengan dormate aku pun aku tak rapat sangat. Ini semua sebab aku tak serasi dengan mereka itu. Perangai lain sungguh! Sebab tu tak berapa boleh masuk. So, kat sana aku asyik berkepit dengan Pija & Tiqah jela. Huuu.. Nanti Pija dah xda. Sapa nak teman aku nanti???  Sapa nak main dengan aku?? Heshh.. sadis sungguh. Memang aku sedih tapi sekarang ni aku tengah cuba terima kenyataan tu. Chewah!!! Tak boleh belah betul ayat aku. Hehe. Betul pe!!! Bek percaya cepat apa yang aku kata tadi!!! * Aku muncung patbelas (14) satgi kalo xmo percaya cakap aku* Hehe. Cik Pija, nanti awak tunggu Sya kat Gombak taw!! Yeahh.. aku sangat jelez kat mereka2 yang masuk Gombak bulan 9 nanti. Tapi tak pela. Rezeki mereka kan. Aku cuma masuk lambat sikit je. Heh. Semua ni gara-gara aku terpaksa extend pengajian aku kat CFS yang tercinta nuhh!!! Cintakah aku pada CFS?? Oke.. Ni azam aku untuk last sem aku kat CFS yang akan bermula seawal Jun nanti.
-
-
-
-
-
-
-
-





1. Ingin focus keempat-empat subjek yang tinggal.
2. Target A & A- untuk semua subjek. Insya Allah, orang lain boleh dapat aku pun boleh dapat.
3. Kurangkan menangis bila ada masalah walaupun menangis tu banyak bantu kurangkan 
    tekanan. Aku nak jadi kuat macam Badang. Errrkkk!!! Haha. Badang pun boleh.
4. Buat budjet perbelanjaan harian, mingguan, bulanan.
5  Jangan rasa muak tengok muka. Suka-sukakanlah diriku untuk membuat latihan & membaca 
    buku.
6. Jaga kesihatan baik-baik.
7. Tak boleh homesick sangat macam Sem 1 & Sem 2.


Oke, setakat tu je yang baru terlintas dalam kepala otak ni. Kalo ada pape tambahan nanti aku AKAN tambah!!! Chewahh!! Takpe. Azam mau ada. Bila dah ada baru boleh jadikan guidelines untuk aku nanti. Doa2kan aku rajen belajar oke! Aku nak berjaya macam orang lain jugak! Aminnn…

0 00 people spread ♥:

Post a Comment