Badanku Lemah =.=

Salam alaikk.. eyyo. dua tiga hari ni badan aku lemah sangat sebab perut aku tak sihat. haha. aku belum dapat jawapan kenapa perut aku sakit ni. bila dah sakit perut ni, nak makan pun dah takda selera la kan. tadi ayah belikan nasi putih + rendang ayam.. wahh!!! rendang ayam makanan feveret aku tuuuu. dah dekat sejam ayah beli tapi aku belum makan2 lagi sebab aku tengah pening kepala & mual. * serupa perempuan hamil plak. haha* maybe sebab aku sarapan makan roti bakar kowt. aku letak planta & gula banyak sangat. haha. memang terasa la manisnya roti bakar aku tu. padahal makan tak habis pown. ayah aku juga yang habiskan. ehemm, sedap tak roti bakar yang adik buat tu??? mesti sedap an.

camni la gaya aku sakit perut. hihi :p
Oke. ayah bawak balik nasi tu dalam pukul 12 tapi pukul 2 lebeyh baru aku makan. sedap la rendang tu. aku nie duk pening2 lagi tapi usaha gila nak sumbat nasi lam mulut. nak cuba habiskan nasi tu. kang nyesal lak kan tak habiskan lauk feveret. haha. sampai penuh mulut aku. nampak kembung je pipi mcm ikan buntal. ngeh3. 

yummy2.. rendang ayam sedap dari Mr. Google
 
At last nasi tu tak habis pown. Tinggal sikit je lagi tapi aku tersangat la tak larat nak habiskan. Bintang-bintang duk pusing keliling kepala aku dah ni. so, saki baki nasi tu aku masukkan jela dalam bekas makanan buah hati aku, SI KETOT. Aku nak bagi kucing aku makan banyak2. Nanti nanak dia gemuk macam arwah kucing aku SI JOJO. hik3.

aku + ketot

-JOJO-

-ketot main-

-taraaa-
Aku ni tiap-tiap malam bagi Ketot tidur dengan aku. hahh. siap dapat pelukan percuma lagi aku. Syok tak Etot?? hehe. tapi Etot ni buas sangat bila aku suruh dia tidur. Dia akan lari & terlompat dalam bilik tidur aku. lepas tu dia senyap-senyap je akan gigit kaki & tangan aku. Haisshh buas btol dia. hehe. But I like!! harap umur ketot panjang & nanti boley beranak pinak. dapat bagi lagi banyak kucing comel kat aku. ngee =)

1 00 people spread ♥:

~hakuna matata~ said...

hey you gurl ! jg kesihatan ! jgn skip makan. mawnya badan tak lemah. makan tak maw. haiyaaaa

Post a Comment