Ragam MaNuSia


Eyyo!!! Oke, sekarang  tengah fikir2 pasal perangai manusia. Setiap orang ada perangai yang tersendiri kan.  Orang tu jahat ke baik ke dia tetap hamba Allah. Kita yang juga hamba Allah ni pown janganlah sesuka hati je nak nilai orang. Jangan ingat diri kita ni hebat. Padahal kita ni hanya hamba Allah yang hina je. Nanti sekali Allah dah xpedulikan n sayang kita, nah!!!! Xda apa yang tinggal n tak bermakna lagi dah hidup kita tanpa rahmat Allah. Setiap daripada kita ni ada kelebihan dan kekurangan masing2. Contoh yang paling senang, bila dibandingkan dengan dua orang makhluk Allah ni, seorang ni sangat cemerlang dalam akademik tapi dia lemah lutut bila berdepan dengan kerja2 rumah ni contohnya mencuci, memasak, mengemas dan sebagainya. Seorang lagi pulak sebaliknya. Hah.. jadi jangan ingat kelemahan yang kita ada tu buat kita jadi insan yang tidak sempurna. Memang manusia tidak sempurna sepenuhnya pun. Jadi kita perlu bersyukur dengan kelebihan yang kita ada dan gunakanlah kelebihan itu dengan sebaik-baiknya.Jangan nak perlekeh-lekeh orang lain taw! Sedar la yang diri kita pun ada kelemahan. Wokeyhhh, ada paham??? kalau faham, anda memang manusia yang bagus & saya doakan anda sejahtera dunia & akhirat. 

0 00 people spread ♥:

Post a Comment