PeRKaRa Yg PeRLu DiBeRi PeRHaTiaN SeMaSa HaiD

1) Membasuh tangan dengan betul semasa menggunakan tuala wanita.
Kenapa perlu basuh tangan kita sebersihnya-bersihnya??? Sebab semasa kita menukar tuala wanita, kemungkinan kuman pada tangan kita akan meresap. So, make sure cuci tangan dulu k. Hahh, tahu tak cara basuh tangan yang betul? Kalo tak tahu, pergi praktis ikut gambarajah kat bawah ni.



2) Tarikh luput tuala wanita.
Jangan memain. Tuala wanita pun ada tarikh luput juga. Amat penting kita mengetahui bahawa semakin hampir tarikh luput, semakin berkurangan mutunya.

3) Elakkan daripada menyimpan tuala wanita dalam bilik air.
Kebanyakan bilik air/mandi di negara kita gelap dan basah. Keadaan ini boleh menggalakkan lagi pembiakan kuman pada tuala wanita yang masih belum digunakan.

4) Menggunakan dalam tempoh yang lama.
Hahh, yang ni kes nak jimat punya pasal kan. Tapi selesa ke kita gunakan tuala wanita tersebut dalam tempoh yg lama. Sure tak selesa kan? In fact, untuk wanita Asia, bilangan tuala yang digunakan lebih sedikit berbanding wanita Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dan penggunaan tuala wanita bukanlah suatu tindakan yang bijak yea. Sebaiknya, kerapkan penukaran/ gantian tuala wanita. Gunakan hanya dalam tempoh lebih kurang dua jam then tukarlah pada yang baru.

5) Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa.
Sebenarnya perkara ini tidak digalakkan untuk kita. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yang berperisa kerana boleh menjejaskan kulit. Kulit kita kan berbeza-beza. Kalau kulit kita tak sesuai @ allergi, habislah nanti. Nak2 pulak ketika haid, kulit sangat sensitif. So, kalau nak gunakannya, dapatkan nasihat doktor dahulu.

6) Jangan membelinya pada peringkat promosi.
Selalunya pada peringkat ini, jualan tersebut membabitkan barangan yang bermutu rendah ataupun barangan lama yang mungkin telah menurun tahap kualitinya. Itu pasal la barang murah.

Itu saja.. selamat beramal ^_^

♥♥♥ I LoVe U aLL !! ♥♥♥

Cubalah kau mengerti,
Perasaan hatiku,
Ku cinta kamu,
Hanya itu aku tahu.

Dan takkan terulang lagi,
Silapku yang dulu,
Meninggalkanmu,
Untuk kedua kali takkan berlaku.

Aku akan selalu,
Menjaga dan mencintaimu,
Aku janji padamu,
Takkan menduakanmu.

Dan takkan terulang lagi,
Silapku yang dulu,
Meninggalkanmu,
Untuk kedua kali takkan berlaku.

Aku janji padamu,
Akan mencintaimu.

Takkan menduakanmu.


Ahahha. tergedik2 iols tulis lirik lagu nie special untuk kawan2 yang pernah mengenali diri i. Iols sayang you all sampai matilah!!! awww, over tak?? haha.. Lagu nie sebenarnnya macam untuk kekasih kan. My friends are my lovers wut?? Walaupun iols jarang contact u all, tak bermakna iols lupa u all. Iols sentiasa ingat & merindui u all taw!! Hehehe.. I janji olsi akan sayang u all mcm u all sayang iols. U all banyak tolong iols kan tak kira senang atau susah. Thanks so much u all. I rindu sangat2 nie. Wuuuuuu.. kalau i pernah buat salah dengan u all *mesti ada kan*, maafkan i wokeyh!!! Labbyoulahh ♥

Psssttt, i rindu zaman secondary skool. Rindu budak2 MU yg terbaik dari ladang. Awwwww!!! Bila kita bisa ketemu lagi?? Hehe..

SeRoNoK Ke CuTi LaMa-LaMA??

Hah.. tengok je tajuk entry ni.. Siapa2 pown mesti akan terasa excited giler kan bila diberi cuti. Tak kisah la orang tu sedang belajar atau bekerja. Masa cuti la masa paling nikmat kan. Sama la macam aku pun. Tapi aku tak boleh cuti lama-lama. Nanti penyakit meroyan aku datang. Eheheh. Betul!! Tak tipu nie. Aku nie pown dah 2bulan dekat rumah. Berat badan pun dah bertambah sebanyak 4kg. Satu bulan naik 2kg. Wahhh!!! Memang aku betul2 bela badan & menternak lemak. Aku tak bekerja pun, parents aku mcm x support!! Hmm,, sedih2. Maka dengan itu, aku jadi bibik terhormat jela kat rumah. Secara jujurnya, aku dah makin malas sekarang ni. Nak tahu kenapa?? Aku rasa apa yang aku buat tak dihargai langsung, malah diperlekehkan. Aku pantang bila diperlekehkan ni.. Aku akan buat diri aku betul2 malas!! Nah, amekk!!! Geram punya pasal. Apa2pun aku masih setia membuat kerja2 rumah.. Cuma sekarang buat dengan slow motion. Haha.. Sepanjang cuti nie jugak la banyak perkara2 buruk terjadi pada aku. memang sangat menguji kekentalan jiwa n raga aku. Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Aku perlukan semangat dan kekuatan, tapi ada yang buat aku rasa 'sedih' & 'down'. Tak mengapa. Aku terima semua tu. Aku tahu Allah tidak akan menguji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku hadapi. Insya Allah, aku tabah! Aku kuat! Kan3.. Kalau tak tabah sgt pown, biarlah orang lain nampak aku ni macam tabah je. Haha. Itu pown bolehlah!! Aku tak sabar menanti bulan Mei sebab nanti boleh buat online pre-registration untuk Sem 1, 2011/2012. Sebulan selepas tu dah boleh belajar balik. Yeay!!! Sangat tak sabar. Ehemm, bakal menjadi senior di CFS IIUM Nilai nnt. Selamat datang adik2 yang bakal mendaftar pada hujung Mei nanti. Ol da bez untuk kalian semua!

GaMbArAn PeRiBaDi Rasulullah SAW

  • Memerhatikan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan teliti.
  • Memulakan percakapan baginda dengan salam.
  • Sentiasa kelihatan berada dalam keadaan berfikir.
  • Baginda akan bercakap apabila perlu sahaja. * Kalau kita ikuti dan amalkan, insya Allah, dapat hindarkan kita daripada bercakap perkara-perkara lagha & boleh mengelak daripada mengumpat, bergosip etc.
  • Tidak pernah mencela, mencaci dan mengumpat. 
  • Sentiasa lemah lembut terhadap semua orang.
  • Bibir baginda murah dengan senyuman  * senyuman tu kan sedekah. Indahnya wajah seseorang yang sentiasa dihiasi dengan senyuman kan. Aku pun nak praktiskan selalu la.. hehe. Insya Allah.
  • Marah hanya apabila perlu sahaja.
  • Sentiasa mengagung-agungkan kalimah Allah SWT.
  • Mengorbankan masa untuk diri kepada orang lain.
  • Memuji perkara-perkara baik & membenci perkara-perkara yang buruk.
  • Sentiasa dalam keadaan siap sedia.
  • Banyak memberi nasihat dan pertolongan kepada orang lain.
  • Tidak berat tulang. 
  • Memilih kata-kata yang banyak makna.
  • Tidak lalai dan berangan-angan.
  • Gaya jalan baginda sentiasa tunduk dan cepat bagaikan turun dari tempat yang tinggi.  * kepada yang jalan perlahan sangat tu, jangan jalan perlahan sangat sampai ganggu orang lain yang nak cepat. ehehe.
  • Tidak selalu berehat (membuang masa). *waduh2.. aku dah terlebih rehat plak cuti panjang ni.
"Sesungguhnya dalam diri Rasulullah itu menjadi teladan yang terbaik untuk kamu dan orang mengharap akan bertemu dengan Allah dan hari kemudian serta ia banyak mengingati Allah."
- Al-Ahzab:21 -


Kita mengaku kita ialah umat Nabi Muhammad tetapi apakah buktinya?? Mengapa gaya hidup baginda tidak kita jadikan sebagai amalan kita??
RENUNGKANLAH... pesanan ikhlas untuk diri sendiri & saudara seIslam..

9 DeAdLy WoRds UsEd bY A WoMaN

1) FINE
This is the word woman used to end an argument when they are right and you need to shut up.

2) FIVE MINUTES
If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

3) NOTHING
This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begins with nothing usually end in fine.

4) GO AHEAD
This is actually a word. This is a dare, not permission. Don't do it.

5) LOUD SIGH
This is actually a word, but is non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back #3 for the meaning of nothing.)

6) THAT'S OKAY
This is one of the most dangerous statements a woman can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you'll pay for your mistake.

7) THANKS
A woman is thanking you, do not question, or faint. Just say you're welcome. This is true, unless she says "THANKS A LOT" - that is pure sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome', that will bring on a 'whatever'.

8) WHATEVER
Is a woman's way of saying F-YOU!

9) DON'T WORRY ABOUT IT, I GOT IT.
Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking " What's wrong?". For the woman response refer to #3.


Accident :'(

Hah.. gud monink!! Fuh2. semangat, datang la padaku. Ni lepas subuh, tapi masih sedih-sedih lagi. nak tahu tak kenapa?? Haish. Semalam masa lepak kat blue court, ada seketul batu yang rupanya tak lawa pown telah jatuh dari tinggi atas. Maka, mangsanya bukan la aku tapi skrin laptop aku. Dushhh. memang nak kena penyepak jugak batu tu. Ada la kesan calar, retak & pecah sikit pada skrin laptop. Wuu.. dengan tak tahu malunya aku menangis dekat situ. Rasa sedih sebab lepas satu2 kejadian jadi dekat aku. Memang sengaja kan nak bagi aku rasa down. Ni la akibatnya bila dah nangis teruk semalam. Pagi ni dah saket kepala da. Sabor jela. Ada kaca mata hitam tak?? Aku nak pakai.
1) Nak cover mata sembap sebab nangis.
2)Tak mo tengok skrin laptop aku yang dah cedera.

Ni kalo mak aku tahu, mesti kena bising ni. Mak, ampunnnn!! Semua ini kemalangan yang memang tak dijangka. Ingatkan selamat je aku lepak kat situ. tapi sebaliknya plak. Kalau batu tu datang & jatuh dari mana2, aku rasa aku ok lagi. tapi kalau aku dapat tahu batu tu dibaling oleh sapa2, ehemm.. memang aku tak kan maafkan kecuali kalau dia belikan lagi sebuah laptop kat aku. Haish. sabo jela. Harap semua yang berlaku kat aku semalam ada hikmahnya. Kowt2 aku ada buat salah kat sesapa ke.. minta maaf yea. Harap hari sabtu nanti, aku dapat lalui MUET tu dengan perasaan yang tenang. Masih ada masa lagi untuk aku recover perasaan aku. Yeahh.. harap2 la. Doa2kan aku yea kawan2.

HaTi TeNanG, JiWa BaHaGiA

1) Muhasabah diri. Gunakan masa terluang yanag ada untuk buat muhasabah diri. Elok dilakukan sebelum kita tidur malam. Muhasabah diri mampu membantu kita untuk memperbaiki diri.


2) Jangan sesekali menangisi nasib. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Maka dengan itu, kitalah yang perlu berusaha dengan sebenar-benar usaha untuk mengubah nasib hidup kita supaya dapat hidup bahagia. Kita selalu berasa tidak bahagia kerana kita hanya selalu membebankan fikiran dengan memikirkan betapa tidak bahagianya kita. Belajarlah mencari kebahagiaan yang hakiki. Ingatlah, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11.


3) Ingat dan melihat pada yang lebih malang. Cara ini akan membuatkan kita lebih bersyukur dan berfikir bahawa ada golongan yang lebih menderita dan tidak bahagia.


4) Berdoa dan terus mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT. Allah sentiasa bersama kita dan bahagia itu ada bersamaNya. Hati dan jiwa yang gundah dan tidak tenang itu petanda bahawa Allah memanggil2 kita untuk mendekatiNya dan Allah bersedia mendengar pengaduan kita. Adulah apa sahaja yang ingin diadu meskipun ayat yang digunakan tunggang terbalik, Allah masih memahami dan mempunyai penyelesaiannya. Insya Allah, ikhlaskan hati, pasti kita akan berasa tenang.


5) Elakkan membandingkan diri kita dengan orang yang kelihatan lebih bahagia kita sebaliknya tanamkan azam dalam diri untuk menjadi bahagia sepertinya.


6) Jangan berfikiran negatif! Ini akan membuatkan seolah-olah kita menolak kebahagiaan dalam diri kita. Apabila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.




oL dA bEsH!!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya aku sampai juga di bumi Nilai “tercinta”, tempat perjuangan aku ni. Haha. Tak cinta sangat pown. Tapi kadang2 terindu la jugak. Aku bangun awal2 pagi ni. Dah la tidur pown dah pukul 3, tidur x lena pastu bangun awal pulak. Hadoi, aku betul2 x semangat nak pergi Nilai. MUET oh MUET.. tolong la bagi saya ketenangan jiwa sikit. Heh. Sebenarnya aku risau nak  tinggal kan Ketot. Nanti tak da siapa nak jaga dia pulak. Tapi hati aku lega la sikit bila mak aku cakap Ketot tidur dengan mak & ayah dalam bilik. Hehe. Cayanggg mak n ayah!!! 

Sekarang dah lega sangat2 sebab dah lepas 'speaking'. Tinggal listening, reading & writing je lagi. Pastu, yeehoooo!!! Dah boleh balik rumah, tanam jagung. Hahaha. Ni hah nak cerita sikit apa yang berlaku masa hari 'speaking' tu. Malam sebelum tu aku tidur lewat walaupun ada orang tu banyak kali suruh aku tidur awal. Aku siap lepak dekat 'blue court' dengan Pija lagi. Bila dah naik bilik untuk tidur pun aku masih lagi tak dapat tidur. Memang aku tak ada pilihan melainkan paksa diri aku untuk tidur juga. Malam tu aku tak tidur dekat bilik. Aku & Pija tidur dekat surau yang jaraknya hanya dua langkah je dari pintu bilik. Haha. Esok tu aku bangun awal la juga sebab tak boleh tidur pun kan. Siap sempat solat sunat lagi. Lepas solat subuh, aku sarapan dan siap2 la. Aku pergi blok C dengan kawan aku (ex-roomate aku last sem). kami dua orang paling awal yang pergi blok c untuk MUET. Hehe. waiting room dekat 3rd floor. Gila mengah juga aku mendaki anak-anak tangga tu. Dah duduk kat waiting room dalam 5 minit, baru la aku teringat yang kad pengenalan aku tertinggal dalam purse. Huwaaa... nak suruh Pija tolong hantar pun, memang aku pasti dia belum bangun tidur lagi. Haha, memang betul pun firasat aku sebab bila aku gagahkan diri balik ke bilik, aku terus pergi surau sebab nak minta kunci locker dekat Pija. dia memang tengah duk buat tahi mata lagi. memang rasa penat bila patah balik untuk ambil kad pengenalan aku.. dengan jubah yang aku pakai hari  tu agak sempit di bahagian bawah.. erkk!! ke aku nie jenis yang jalan ganas & melangkah besar2?? kih3.. Tepuk dada tanya hati. Tapi dalam pada duk rasa mengah tu, aku cuba buat muka paling cool je. saja nak buat seolah-olah aku tak cuak. Padahal dalam hati ni hanya Allah je yang tahu. haha. Overall, ok je speaking aku. Tapi malangnya aku dapat dengan minah UK tu. Mak aih.. laju bebenor dia cakap. heh, lantak la. Aku malas nak cerita panjang lebar pasal tu. Sedih2. hahah. Apapun aku hari untuk yang lain2 Sabtu nanti, semuanya berjalan dengan lancar. Maka, aku pun boleh balik bergumbiraa di rumah. Hoyeahh!!!

Kepada kawan-kawan yang berjuang untuk final exam di matrik & PASUM, ol da besh yawh u guys. I know u guys are so genius, mesti boleh score punya!!! ILOVEYOUALL!! *Specially dedicated to Noney, Aten, Ros, Ephy, Nash, Jihah, Ira, Pa'an Syamir, Syira & other Sytrianzz*

- LaLaLaLa -

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

=.=

saya insan yang tidak sempurna. kalau saya bodoh, jangan hina saya. kalau saya tak cantik, jangan caci saya. saya ada hati dan perasaan. saya tak minta simpati orang lain untuk faham kerenah saya. saya ada prinsip hidup. kalau saya enggan melakukan sesuatu, itu bermakna saya masih belum bersedia melakukannya dengan baik. saya perlu waktu. hanya waktu yang sesuai. saya ada perasaan malu. saya minta anda hormat perasaan malu saya. saya tak boleh jadi terlalu 'sporting' dalam semua perkara. adakalanya, saya boleh buat. tapi atas dasar rasa malu ini, saya jadi kekok untuk melakukannya. saya ingin melakukannya tapi hanya pada waktu yang sesuai. jangan fikir yang saya ni terlalu kejam. cuma saya harap awak faham yang saya ada keinginan untuk melakukannya. cuma saya nak lakukannya pada masa yang sesuai. awak boleh faham tak?? saya terlalu banyak kekurangan. maafkan saya. tapi saya bersyukur Allah masih sayangkan saya. Allah kurniakan nikmat hidup & lain2 pada saya. saya paling benci bila saya terpaksa buat orang lain sedih. tapi saya betul2 tak bermaksud melakukannya. saya tak tahu siapa yang faham situasi saya sekarang. saya dah buntu.