GaMbArAn PeRiBaDi Rasulullah SAW

  • Memerhatikan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan teliti.
  • Memulakan percakapan baginda dengan salam.
  • Sentiasa kelihatan berada dalam keadaan berfikir.
  • Baginda akan bercakap apabila perlu sahaja. * Kalau kita ikuti dan amalkan, insya Allah, dapat hindarkan kita daripada bercakap perkara-perkara lagha & boleh mengelak daripada mengumpat, bergosip etc.
  • Tidak pernah mencela, mencaci dan mengumpat. 
  • Sentiasa lemah lembut terhadap semua orang.
  • Bibir baginda murah dengan senyuman  * senyuman tu kan sedekah. Indahnya wajah seseorang yang sentiasa dihiasi dengan senyuman kan. Aku pun nak praktiskan selalu la.. hehe. Insya Allah.
  • Marah hanya apabila perlu sahaja.
  • Sentiasa mengagung-agungkan kalimah Allah SWT.
  • Mengorbankan masa untuk diri kepada orang lain.
  • Memuji perkara-perkara baik & membenci perkara-perkara yang buruk.
  • Sentiasa dalam keadaan siap sedia.
  • Banyak memberi nasihat dan pertolongan kepada orang lain.
  • Tidak berat tulang. 
  • Memilih kata-kata yang banyak makna.
  • Tidak lalai dan berangan-angan.
  • Gaya jalan baginda sentiasa tunduk dan cepat bagaikan turun dari tempat yang tinggi.  * kepada yang jalan perlahan sangat tu, jangan jalan perlahan sangat sampai ganggu orang lain yang nak cepat. ehehe.
  • Tidak selalu berehat (membuang masa). *waduh2.. aku dah terlebih rehat plak cuti panjang ni.
"Sesungguhnya dalam diri Rasulullah itu menjadi teladan yang terbaik untuk kamu dan orang mengharap akan bertemu dengan Allah dan hari kemudian serta ia banyak mengingati Allah."
- Al-Ahzab:21 -


Kita mengaku kita ialah umat Nabi Muhammad tetapi apakah buktinya?? Mengapa gaya hidup baginda tidak kita jadikan sebagai amalan kita??
RENUNGKANLAH... pesanan ikhlas untuk diri sendiri & saudara seIslam..

0 00 people spread ♥:

Post a Comment