HaTi TeNanG, JiWa BaHaGiA

1) Muhasabah diri. Gunakan masa terluang yanag ada untuk buat muhasabah diri. Elok dilakukan sebelum kita tidur malam. Muhasabah diri mampu membantu kita untuk memperbaiki diri.


2) Jangan sesekali menangisi nasib. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Maka dengan itu, kitalah yang perlu berusaha dengan sebenar-benar usaha untuk mengubah nasib hidup kita supaya dapat hidup bahagia. Kita selalu berasa tidak bahagia kerana kita hanya selalu membebankan fikiran dengan memikirkan betapa tidak bahagianya kita. Belajarlah mencari kebahagiaan yang hakiki. Ingatlah, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11.


3) Ingat dan melihat pada yang lebih malang. Cara ini akan membuatkan kita lebih bersyukur dan berfikir bahawa ada golongan yang lebih menderita dan tidak bahagia.


4) Berdoa dan terus mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT. Allah sentiasa bersama kita dan bahagia itu ada bersamaNya. Hati dan jiwa yang gundah dan tidak tenang itu petanda bahawa Allah memanggil2 kita untuk mendekatiNya dan Allah bersedia mendengar pengaduan kita. Adulah apa sahaja yang ingin diadu meskipun ayat yang digunakan tunggang terbalik, Allah masih memahami dan mempunyai penyelesaiannya. Insya Allah, ikhlaskan hati, pasti kita akan berasa tenang.


5) Elakkan membandingkan diri kita dengan orang yang kelihatan lebih bahagia kita sebaliknya tanamkan azam dalam diri untuk menjadi bahagia sepertinya.


6) Jangan berfikiran negatif! Ini akan membuatkan seolah-olah kita menolak kebahagiaan dalam diri kita. Apabila kita sering merasakan kita tidak bahagia kerana melihat orang lain yang bahagia, perlahan2 bahagia itu akan lari dari kita.




0 00 people spread ♥:

Post a Comment