oL dA bEsH!!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya aku sampai juga di bumi Nilai “tercinta”, tempat perjuangan aku ni. Haha. Tak cinta sangat pown. Tapi kadang2 terindu la jugak. Aku bangun awal2 pagi ni. Dah la tidur pown dah pukul 3, tidur x lena pastu bangun awal pulak. Hadoi, aku betul2 x semangat nak pergi Nilai. MUET oh MUET.. tolong la bagi saya ketenangan jiwa sikit. Heh. Sebenarnya aku risau nak  tinggal kan Ketot. Nanti tak da siapa nak jaga dia pulak. Tapi hati aku lega la sikit bila mak aku cakap Ketot tidur dengan mak & ayah dalam bilik. Hehe. Cayanggg mak n ayah!!! 

Sekarang dah lega sangat2 sebab dah lepas 'speaking'. Tinggal listening, reading & writing je lagi. Pastu, yeehoooo!!! Dah boleh balik rumah, tanam jagung. Hahaha. Ni hah nak cerita sikit apa yang berlaku masa hari 'speaking' tu. Malam sebelum tu aku tidur lewat walaupun ada orang tu banyak kali suruh aku tidur awal. Aku siap lepak dekat 'blue court' dengan Pija lagi. Bila dah naik bilik untuk tidur pun aku masih lagi tak dapat tidur. Memang aku tak ada pilihan melainkan paksa diri aku untuk tidur juga. Malam tu aku tak tidur dekat bilik. Aku & Pija tidur dekat surau yang jaraknya hanya dua langkah je dari pintu bilik. Haha. Esok tu aku bangun awal la juga sebab tak boleh tidur pun kan. Siap sempat solat sunat lagi. Lepas solat subuh, aku sarapan dan siap2 la. Aku pergi blok C dengan kawan aku (ex-roomate aku last sem). kami dua orang paling awal yang pergi blok c untuk MUET. Hehe. waiting room dekat 3rd floor. Gila mengah juga aku mendaki anak-anak tangga tu. Dah duduk kat waiting room dalam 5 minit, baru la aku teringat yang kad pengenalan aku tertinggal dalam purse. Huwaaa... nak suruh Pija tolong hantar pun, memang aku pasti dia belum bangun tidur lagi. Haha, memang betul pun firasat aku sebab bila aku gagahkan diri balik ke bilik, aku terus pergi surau sebab nak minta kunci locker dekat Pija. dia memang tengah duk buat tahi mata lagi. memang rasa penat bila patah balik untuk ambil kad pengenalan aku.. dengan jubah yang aku pakai hari  tu agak sempit di bahagian bawah.. erkk!! ke aku nie jenis yang jalan ganas & melangkah besar2?? kih3.. Tepuk dada tanya hati. Tapi dalam pada duk rasa mengah tu, aku cuba buat muka paling cool je. saja nak buat seolah-olah aku tak cuak. Padahal dalam hati ni hanya Allah je yang tahu. haha. Overall, ok je speaking aku. Tapi malangnya aku dapat dengan minah UK tu. Mak aih.. laju bebenor dia cakap. heh, lantak la. Aku malas nak cerita panjang lebar pasal tu. Sedih2. hahah. Apapun aku hari untuk yang lain2 Sabtu nanti, semuanya berjalan dengan lancar. Maka, aku pun boleh balik bergumbiraa di rumah. Hoyeahh!!!

Kepada kawan-kawan yang berjuang untuk final exam di matrik & PASUM, ol da besh yawh u guys. I know u guys are so genius, mesti boleh score punya!!! ILOVEYOUALL!! *Specially dedicated to Noney, Aten, Ros, Ephy, Nash, Jihah, Ira, Pa'an Syamir, Syira & other Sytrianzz*

0 00 people spread ♥:

Post a Comment