PeRKaRa Yg PeRLu DiBeRi PeRHaTiaN SeMaSa HaiD

1) Membasuh tangan dengan betul semasa menggunakan tuala wanita.
Kenapa perlu basuh tangan kita sebersihnya-bersihnya??? Sebab semasa kita menukar tuala wanita, kemungkinan kuman pada tangan kita akan meresap. So, make sure cuci tangan dulu k. Hahh, tahu tak cara basuh tangan yang betul? Kalo tak tahu, pergi praktis ikut gambarajah kat bawah ni.



2) Tarikh luput tuala wanita.
Jangan memain. Tuala wanita pun ada tarikh luput juga. Amat penting kita mengetahui bahawa semakin hampir tarikh luput, semakin berkurangan mutunya.

3) Elakkan daripada menyimpan tuala wanita dalam bilik air.
Kebanyakan bilik air/mandi di negara kita gelap dan basah. Keadaan ini boleh menggalakkan lagi pembiakan kuman pada tuala wanita yang masih belum digunakan.

4) Menggunakan dalam tempoh yang lama.
Hahh, yang ni kes nak jimat punya pasal kan. Tapi selesa ke kita gunakan tuala wanita tersebut dalam tempoh yg lama. Sure tak selesa kan? In fact, untuk wanita Asia, bilangan tuala yang digunakan lebih sedikit berbanding wanita Eropah dan Amerika. Menjimatkan wang dan penggunaan tuala wanita bukanlah suatu tindakan yang bijak yea. Sebaiknya, kerapkan penukaran/ gantian tuala wanita. Gunakan hanya dalam tempoh lebih kurang dua jam then tukarlah pada yang baru.

5) Menggunakan tuala wanita mengandungi bahan perubatan dan pelbagai perisa.
Sebenarnya perkara ini tidak digalakkan untuk kita. Kebanyakan doktor menasihatkan agar tidak menggunakan tuala yang berperisa kerana boleh menjejaskan kulit. Kulit kita kan berbeza-beza. Kalau kulit kita tak sesuai @ allergi, habislah nanti. Nak2 pulak ketika haid, kulit sangat sensitif. So, kalau nak gunakannya, dapatkan nasihat doktor dahulu.

6) Jangan membelinya pada peringkat promosi.
Selalunya pada peringkat ini, jualan tersebut membabitkan barangan yang bermutu rendah ataupun barangan lama yang mungkin telah menurun tahap kualitinya. Itu pasal la barang murah.

Itu saja.. selamat beramal ^_^

2 00 people spread ♥:

Farah said...

Info yg bagus..

Nurul Syafiqah said...

:)

Post a Comment