SeRoNoK Ke CuTi LaMa-LaMA??

Hah.. tengok je tajuk entry ni.. Siapa2 pown mesti akan terasa excited giler kan bila diberi cuti. Tak kisah la orang tu sedang belajar atau bekerja. Masa cuti la masa paling nikmat kan. Sama la macam aku pun. Tapi aku tak boleh cuti lama-lama. Nanti penyakit meroyan aku datang. Eheheh. Betul!! Tak tipu nie. Aku nie pown dah 2bulan dekat rumah. Berat badan pun dah bertambah sebanyak 4kg. Satu bulan naik 2kg. Wahhh!!! Memang aku betul2 bela badan & menternak lemak. Aku tak bekerja pun, parents aku mcm x support!! Hmm,, sedih2. Maka dengan itu, aku jadi bibik terhormat jela kat rumah. Secara jujurnya, aku dah makin malas sekarang ni. Nak tahu kenapa?? Aku rasa apa yang aku buat tak dihargai langsung, malah diperlekehkan. Aku pantang bila diperlekehkan ni.. Aku akan buat diri aku betul2 malas!! Nah, amekk!!! Geram punya pasal. Apa2pun aku masih setia membuat kerja2 rumah.. Cuma sekarang buat dengan slow motion. Haha.. Sepanjang cuti nie jugak la banyak perkara2 buruk terjadi pada aku. memang sangat menguji kekentalan jiwa n raga aku. Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Aku perlukan semangat dan kekuatan, tapi ada yang buat aku rasa 'sedih' & 'down'. Tak mengapa. Aku terima semua tu. Aku tahu Allah tidak akan menguji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku hadapi. Insya Allah, aku tabah! Aku kuat! Kan3.. Kalau tak tabah sgt pown, biarlah orang lain nampak aku ni macam tabah je. Haha. Itu pown bolehlah!! Aku tak sabar menanti bulan Mei sebab nanti boleh buat online pre-registration untuk Sem 1, 2011/2012. Sebulan selepas tu dah boleh belajar balik. Yeay!!! Sangat tak sabar. Ehemm, bakal menjadi senior di CFS IIUM Nilai nnt. Selamat datang adik2 yang bakal mendaftar pada hujung Mei nanti. Ol da bez untuk kalian semua!

0 00 people spread ♥:

Post a Comment