My ScHeDuLe

Assalamualaikum.
Awww.. teruja nie! Schedule untuk semester 1, 2011/2012 dah ada dekat portal. Semalam masa aku check, dush!!! jadual aku ada clash. Wah, sampai hati wat camni kat aku. Aku dah pilih section terbaik dah tue. Geram jugak sebab nanti balik Nilai, aku terpaksa la  pergi department, jumpa advisor, buat add drop, tukar group, and segala bagai tue. Tapi takpe. Aku sabar je. Dugaan je semua tue. Aku kan kuat. Ekekeke. Dalam otak nie, aku fikir mesti ada silap kat mana-mana. Yes!!! Betul pe yang aku fikir tue. Hari ni tergerak hati nak check portal balik. Jeng3!!! Schedule aku back to normal. I mean the classes are exactly the same as I chose before and no more clashes between economics and computer classes. Ngee~

Aku harap tak ada apa-apa masalah lagi la pasal schedule aku sebab aku malas nak buat pape masa add drop subject nanti. Ngiahaha. Aku ni pemalas betul la. TAK!!! aku rajin la. Aku nak terus masuk kelas sebab tu aku tak nak ada masalah dengan jadual aku. Haha. Nampak tak aku rajin??? 

Gumbiira nie sebab hari Jumaat tak da kelas. Pandai tak aku pilih section yang tak da kelas hari tu. Haha. One more thing, semua kelas aku hanya dekat ground floor & first floor je. Tak macam second sem dulu. Mostly dekat 3rd floor. Penat woo panjat tangga. Tapiiiiiiiiii, memandangkan sem nie tak perlu panjat tangga tinggi-tinggi, maka susah la lemak-lemak di badan nak pecah. Haha. Takpe. Time weekend nanti aku ajak Tiqah teman aku jogging. Ajak teman je. Sure dia tak nak jogging sekali. Dia kan dah kurus keding. Keh3.




See!! Betapa cantiknya jadual yang I buat.  Cantik la sebab Jumaat free from any classes. My dearest classmates, wait for me yawh! Haha. Hope there's no classes on next Thursday. Wanna going back for attending my sister's engagement day. :)


FiNiSh!!!

Yeayyy!!! Alhamdulillah, secara rasminya aku berhenti kerja pada hari ini. Yela, cuti sekolah dah bermula, aku pun nak cuti juga la. haha. Tinggal 1 minggu je lagi cuti aku. 5 Mei nanti nak kena pergi Nilai dah untuk daftar Mahallah. Tapi sebelum tu, minggu depan aku akan sibuk menolong mak aku membuat persiapan untuk majlis pertunangan kakak. Tolong la apa-apa yang patut kan. Tolong kemas2, buat hantaran, rosakkan hantaran & so on. Tettt.. nak kena minta upah kat kak aku nie. Dah la aku maybe tak da masa dia bertunang nanti. Padan muka. Hahah. If aku takda kelas nanti, aku nak balik la masa majlis tu nanti. Harap2 ada duit nak bayar tambang bas. Apa-apa pown tengok la cena nanti.

Hari nie, memandangkan hari terakhir aku kerja, aku balik awal. Pukul 3.30pm dah habis buat semua kerja pastu aku pergi solat. Lepak-lepak jap pastu dalam pukul 4 ayah datang ambil aku. Sedihkah aku sebab dah berhenti kerja? Ohhh tidak!!! Aku hepi. At least, aku boleh rehat2 sambil get ready physical & mental sebelum balik Nilai. Huwaaaa.. sejak bulan 2 aku cuti, aku la anak tunggal perempuan kat rumah nie. Best! Mak ayah pergi mana pown mesti bawak aku sekali. heheh. Pastu kalo kuar shopping, ayah akan bagi duit tuk shopping. Yeeehaaaa. Tu yang best tu. ngeh3.

Oke. Penat dan mengantuk sudaaa.. Nak lelap2 kejap. Pastu nak tengok Cinta Melody :)

BaBy KiUt MiUt

Kenapa baby comel sangat hah?? Geram aku. Ada sesiapa baik hati nak bagi aku jaga baby dia??? ermm2....


credit to en google image. =)

♥ AiShiTeRu ♥

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekatbila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

Phewwwwww....

Esok xmaw pi kerja bley x??? Lebih baek menunggu je kt hospital.. wuuu.. oke xpe. SYA KENA KUAT! Biar mak jaga ayah. Aku kena jaga adik. Adik pown bukannya sihat sangat. Harap sgt cikgu bagi balik awl. Kowt2 dia kesian tgk muka xlarat aku. Haha. Jahat la aku nie. Aku pown nk chaw balik umah awl sket la.  Maybe awl 5@10 minit. ngeh3. Jgn mara naa ckgu. Kalo duk biar adik sengsowang kat umah, memang dia merayau la nanti. Saya penat nie ckgu. Penat kawal adik. hehe. Nk tidur. Nanyte!!

DuGaAn =.=

Assalamualaikum. 

16 Mei 2011. Hari pe nie? Hari guru kan. So, selamat hari guru buat guru-guru yang mendidik seorang insan yang diberi nama Nurul Syafiqah bt Ramlee.  Oke. Ucapan nie jugak tersangat la istimewa buat mak & ayah since diorang pown seorang pendidik jugak kan. Pendidik anak bangsa & anak2 mereka sendiri. Selamat hari guru, mak & ayah. Erm, tapi dalam keseronokan hari guru nie pown ada la sesuatu yang menimpa keluarga aku.  Aku kan bekerja dekat sekolah ayah aku skarang & ari nie aku sedih lagi. Ish3.. x abes2 dgn sedih kan aku nie. Dalam pukul  1 petang tadi, tengah aku sibuk mengira duet, tiba2 je ada salah seorang guru kat situ mai jumpa aku. “Syafiqah, nanti mak mai amek. Siap2 la. Depa bawak ayah kamu pi hospital nuh”.. Ya Allah, aku dah lemah lutut da masa tu sebab aku tak tahu pape. “Eh, kenapa dengan ayah saya, cikgu??” Ermmm.. cikgu tu x cter pown pe yang da jadi kat ayah. Aku ingatkan dia dtg nak gtaw kata ayah nak jemput aku balik dari kerja. Aku pown kemas la barang2. Aku panggil Syamil. “Mil, akak tinggal duet kat sini na. Akak nak balik.” Lepas tu, Cikgu Mad Noor masuk koop. “Syafiqah, bagi no fon kamu. Sat lagi kalau ada pape senang cikgu nak contact. Xpe. Kamu tinggal la kerja2 tu. Pi hospital tengok ayah nuh.” Tetttt.. ayaq mata da bergenang da sebab aku duk tertanya2 kenapa dengan ayah. Aku pown tunggu jela mak mai jemput. Masa tengah tunggu tu, ada sorang cikgu laki stop keta dia depan aku. Dia suwuh masuk lam keta. Dia nak anta aku balik umah. Sebenarnya cikgu tu adik beradik aku, sebab tu la kenal ngan dia. Masa lam keta, dia bagi la kasut & spectacles ayah. Aku tak pi hospital ngan cikgu tu pown sebab aku jumpa mak tengah jalan so aku naek kereta dengan mak jela. Masa dalam kereta la aku dapat tahu ayah dah dibawa ke klinik dulu. Dekat klinik tula ayah teruk sangat. Darah pown naek tinggi. Ada factor lain jugak sebenarnya dia jadi camtu. Ayah pown dua tiga hari nie memang  kurang sihat pown. Bila sampai di hospital, dekat 5 jam jugak la aku tunggu dekat bahagian kecemasan tu barulah aku boleh masuk tengok ayah. Aku masuk bagi ayah minum. Aku sedih sangat tengok keadaan ayah. Aku tahan je supaya tak nangis depan ayah. After solat Asar pown aku dah nanges teresak2 sengsowang aku kat surau. Hurm.. Thank bebanyak kat amin, alip, cikgu2 skola ayah & skola mak, huda, syawal, fatin, mkcik rodiah, kimi, peha yang mesej tenangkan aku n datang jenguk ayah. Walaupun ada je yang x dpt tgok ayah pown tadi sebab dekat bahagian kecemasan tu susah sket nak masuk. Kalau boleh masuk pown, guard tu bagi masuk sorang je. Aku terharu sangat bila ramai yang pergi hospital tadi. Ermm, dah! Tengah tulis nie pown aku duk nanges lagi. Dah2!! Aku kena kuat. Esok harap ayah makin sembuh. Kesian sangat tengok dia tadi. Adik aku, Nabil, minta sangat nak tengok ayah tadi tapi kesian kt dia sebab kanak2 xboleh masuk bahagian kecemasan tu. Dah la ayah ada dekat zon merah. Zon merah tue zon untuk pesakit yang kritikal. Dah 7, 8 jam kt situ, tadi pukul 9 lebih baru boleh masuk wad. Syukur la. Sekurang-kurangnya ayah boleh berehat dengan lebih selesa compared dengan rehat kat bahagian kecemasan tue. Ayah pown da kol mak tadi. Ayah masih fikirkan kami walaupun dia tengah sakit tue. Ayah,banyak2 rehat n tenangkan fikiran yea. Adik sayang ayah!! Gudnyte!!

" Kadang kala terusik hati ini pabila disapa dengan kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari Yang Esa.. Lantas tanpa kesedaran, aku mencaci mengapa begitu percaturanNya. Kemudian, di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luas pemandanganku walaupun sakit hanya seketika. SABAR, itulah yang paling bermakna, nikmatnya baru ku terasa.. Disaat itu barulah kuketahui disebalik ujian ada kerahmatan, disebalik kesusahan ada kemudahan, disetiap penderitaan terselit kasih sayang dariNya.. SubhanaAllah.. Hebatnya Allah "

ReuNioN '92' SKN 2004

Assalamualaikum. Hari nie, 14 Mei 2011 aku pergi ke sekolah rendah aku. Untuk apa? Buat apa? Hee.. Aku ada reunion la kat situ. Pagi-pagi lagi aku dah siap2 pastu dalam pukul 8 aku gerak dari umah. Aku pi sekolah dengan mak aku sebab kebetulan ari nie cikgu-cikgu ada kursus pe ntah. Bila sampai je, aku terus pergi dewan sekolah. Ingatkan dah ramai yang ada rupanya baru ada dak2 laki je. Aku perempuan pertama yg smpai. Hahahha. Aku pown lepak je tepi dewan sengsowang. Dak2 laki yang ada pi angkut kerusi & tikar. Aku tengok je. Aku kan bos. Mana ley buat kerja. Haha. Tak la. Lebih baik lelaki buat kerja tu suma. Oke. Aku malas nk menaip sebenarnya. Layan gambar dulu la!

Nie tataw depa duk buat apa ^_^


Yuhuuuu =)

Karaoke!!!

Salam wida'

Bergambar bersama guru-guru
Bacaan Yaasin
Budak baju purple tu jaga pendaftaran. Heheheh
Ngehehe.. reunion yg sgt best sebab bila jumpa kwn2, ada je yang aku tak kenal=p Biasa la kan. Zaman skola rendah dulu bukan kenal semua orang pown. Tambah2 kalau bukan klazmate. Cer tengok gambar aku dengan gadis berbaju oren di atas. Ngee. Baru kenal hari tu je. She's not my ex-klazmate sebab tu xkenal. So, overall bagus jugak ada reunion nie bak kata Kak Wa, reunion nie la boley bantu kami jalinkan persahabatan n kuatkan lagi persahabatan antara kami. Eceh, abes kuat arr tu?? Haha. Pssstt, guru besar puji kami sebab kami first batch yang buat reunion mcm nie. Kebetulan on dat day ada buat pemilihan AJK Alumni. Mcm taw2, aku dilantik jadi timbalan setiausaha. Grrrrr!!! Bab2 setiausaha nie la paling aku xske. Hahaha. Takpe la. Aku hargai kawan2 yang sokong aku tue. Ngee.. Nak kena chow dulu. nanti ada masa aku story lagi psal nie =)

BaD dAy

Hari penuh cabaran.. Huaaa.. Shhh!!! jgn duk sebut. Aku xmo ingt da. Ari nie aku masuk kerja dgn muka masam mencuka. =.= Kalo tak percaya try la rasa. Sebenarnya aku terjaga daripada tidur pukul 4.30 pagi tadi pown aku da rasa sedih. So, effect la seharian nie kan. Mungkin sebab semalam aku tidur dalam keadaan sedih, geram, n sakit hati.Hurghh.. sebenarnya bnyk yang aku nk  taip tapi aku masih bersedih.  :'( Nak pergi tidur jela. Gudnyte. jgn sedih yea kawan2 :)

KaSiHaN

Hari nie ada sowang budak pendidikan khas skolah tu mai beli sengsowang. Dia bagi aku 5kupang (50sen). Aku tunjuk la biskut munchy's kat dia. Suruh dia amek biskut tu sebab yang tue 5kupang je. Pastu dia nanak cream-o. Alahai kesian plak dia. Dia xcukup duit. Aku lupa plak yang aku ada bawak duit ari tu. Kalau aku ingat, aku tolong bayarkan la sket untuk dia tadi. Takpe, lepas nie kalau ada rezeki aku nak blanja budak nie. Ntah la. Aku kesian n simpati dekat dia. Dia kan budak pendidikan khas. Pendidikan khas tue apa? Tahu tak nie? ermmm.. Ni maksudnya: *sumber dr En. Wikipedia*

"Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas."

 Sebenarnya, kali pertama aku tengok budak nie masa cikgu dia bwak dia n kawan2 yang lain beli makanan. Masa tue aku kurang faham dengan apa yang depa cakap. Dah 2, 3 kali dia duk mai, aku da boleh faham percakapan dia. Hurm.. kesian kan kat golongan cam depa nie. Takpe.. janji depa bahagia dunia akhirat. Harap xda la sesiapa yg duk kacau n buli depa nie.


EcONoMiCs aNd MaNaGeMeNt SciEnCeS

LIST OF PROGRAMMES OFFERED AT CFS IIUM

Kampus Petaling Jaya, Selangor.
1.      Allied Health Sciences
2.      Architecture & Environmental Design
3.      Biological Sciences
4.      Dentistry
5.      Engineering
6.      Information and Communications Technology
7.      Laws
8.      Medical
9.      Nursing
10.  Physical Sciences
11.  Pharmacy

Kampus Nilai, Negeri Sembilan
1.      Economics and Management Sciences
2.      Arabic
3.      English
4.      Human Sciences
5.      Islamic Revealed Knowledge

GENERAL ENTRANCE REQUIREMENTS FOR ECONS
a)      Obtained B in Bahasa Inggeris and A- in Mathematics
b)      Three (3) credits ( C Grade) for any of the following subjects:
Add. Maths, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Perdagangan, Teknologi Maklumat, Geografi, Ekonomi Rumah Tangga, Bahasa Arab Tinggi, Bahasa Arab Komunikasi, Physics, Chemistry, Biology, Science, Additional Science, Tasawwur Islam, Pengajian Keusahawanan, Pendidikan al-Quran & As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, EST.


GRADING SYSTEM


 MINIMUM REQUIREMENTS FOR GRADUATION FROM CFS


* Subject to the English Placement Test. When Kulliyyah  Language Requirement is met (EPT overall Band 6, writing band 5.5, speaking band 5.5, reading band 5.5 ). Students are exempted from English Language Proficiency Courses.

** Subject to the Arabic Placement Test.

*** 1. FIM 1113 is offered to students who have obtained a pass in Pendidikan Islam in SPM.
       2. FIM 1123 is offered to students who have obtained a pass in Pendidikan Al-Quran dan   
           Al-Sunnah and Pendidikan Shari'ah Islamiyyah in SPM.
       3. FIM 1233 is compulsory for all students.

FACILITIES IN KAMPUS NILAI

Mahallah
-          Here we have two Mahallah; one for brothers which is Mahallah Abdul Rahman Ibn A’uf (MARA) and another one for sisters which is Mahallah Ummu Salamah (MUSA)
-          MARA has two blocks; Block B1 and B2
-          MUSA has three blocks; Block A, D and E.
-          We stay in a dorm which can accommodate 18-20 persons but now most of the dorm limited to 18 persons only. For block C and D, there are rooms for 4 people. If you are lucky you’ll get that room. But sometimes that room will be given to students who are in Dean’s List. (If I’m not mistaken)

Cafeteria, Laundry Shop, Cyber Cafe etc
There are a lot of shops here. At block C and D, there are two cafeterias, one kiosk, and one cyber café. For another block there are Cyber café, Convenient Shop, Laundry Shop, Photocopy Centres. Since Nilai Kampus uses Shop Lot, there are many shops here. Each block has TV Room, Dry Area, Musolla and Washing Machine.

Mosque/ Musolla
-          Musolla is located at each block.
-          Mosque is located in front of Block A.

Nearest Shopping Mall/ Places
-          Nilai square
-          Ice Room
-          Dataran Nilai
-          Giant
-          Tecso
-          KTM Nilai
- Nilai 3 

PLAN TO CFS IIUM NILAI CAMPUS

CLICK FOR ENLARGE VIEW OF THE PHOTO


 


 
tgok la. best :)

Last but not least, welcome to those who will register in CFS IIUM; The gate of Garden, Knowledge and Virtue. May you have a very nice memory here and ALL THE BEST!!



::: Coret Coret DikaLa aKu MenGaNtUK :::

Eyyo!! phewww... Baru balik kerja nie. Penat sih. Hari nie banyak betul paper yang perlu difotokopi..bknnya difotomilo atau difotohorlicks. Mengarut! haha. Lagi sehari je budak2 nie nak exam. Tyme2 nie la banyak set soalan yang nk difotokopi. Soalan KH, sejarah, sains, geografi, prinsip akaun, math, english, fizik bla bla bla. Fuhhh penat! Cakap dgn satu nafas je. haha. Aku tak menang tangan nak fotostat semua tu tadi. Sambil duk fotostat beratus2 helai tu, sambil aku duk jaga kaunter. Da tengok aku tak menang tangan barulah si Syamil tu mai tolong aku pi jaga kaunter. 
* Before tu dia duk men chess kt pc. Ngeh3*. Erkk.. awat cek pi jaga kaunter. Awat tak mai tolong aku fotostat? Haha. xpela. Janji dia ada. Kalau aku sowang2 memang abes la tadi. Da la tyme tu baju aku da basah lencun. Syes weh! memang aku mandi peluh tyme tue. Dah la pakai baju kaler pink, so memang kantoi la baju aku basah dek disiram peluh dari ladang gandum. haha. Banyak la aku punya ladang gandum kan. Eyp! Jangan gatai2 usha. Tampaq kang!

Sekarang nie cuaca panas sangat. jauh sket dari air-cond@kipas angin, memang jap je badan berpeluh. Oh yeah!! Aku berpeluh! Sihat la maknanya kan3. Tengok student2 nie pown dalam sehari asyik mai beli ayaq je. Panas n dahaga punya pasal kan. Aku pown sampai boley cam muka sapa2 yang mai banyak kali tue.Ada plak yang skali mai beli tue, banyak gler smpai dekat RM10. sekali mai beli dkt 10 hengget, 2 3 kali mai dalam sehari tua.. ahhahhh.. cuba kira bape banyak budak2 nie blanja. Wahwahwah.. kaya btoi hampa nie noh. Kowt nak blanja aku. hahah.

Adik2 oii, asyik mai beli makanan je, maksudnya asyik kluaq kelas la kan?? Hesh.. mkn lebih dasat drpd blajaq.. Jimat2 la dwet tue sket. Taw la kaya pun. Bukan akak tak bagi makan, tapi jangan la kerap sgt kluaq kelas sebab nak beli mknn je. Beli siap2 tyme rehat bnyk2. Biaq akak putus tgn duk lyn hampa tyme rehat pown xpe. haha.Ampa duk mkn bnyk2 pown, satgi ngantok lam klaz xley fokus plak kan.

Pahtu kan satu lagi, jgn duk mai depan akak pahtu duk mencarut2. Akak rasa cam nak tenyeh ja mulut yg duk mencarut tu dgn cabai. Maw dak?? Ada la satu hari nie, sowang budak pompuan mai beli kt koop. Adik pompuan nie kulit dia gelap sket. Oke, hitam manis la kan. pahtu ada la satu geng dak laki nie duk ngata2 dak pompuan nie depan aku. kalo melawak besa xpe arr lagi kan. Ni cakap kasar gak kt dak pompuan tue. Sian betol aku tengok dia. Pas dak pompuan tu blah, aku tegur la dak2 laki tdi.Depa sengih2 je. Hesh, jaga la mulut tu sket naa. Jangan duk nakal2 sgt. Wokey??

Haha. cukup la kowt pesanan penaja kali ini. Take care adik2. Gud luck exam. Owh yea.. Hepy Mothers Day for my mom, my future mother in law *identiti belum diketahui. haha*, ibu2 kat dunia nie n to MYSELF. Kih3. Nak jugak!!!!

GuDnYtE :)

Jam menunjukkan pukul 11.50pm. Sesapa terasa diri tu comey, pi tidoq kaih!! Hahah. Aku comey dak? Oke, blom berambus masuk dlm bilik tidur, tak comey la kowt noh. waka waka. Merepek je la. Nie hah, ada gam kat bontot itu pasal la aku xley bangun pi masuk dlm bilik. Haha. Adoi, padahal esok nak kena bangun awl. Bangun2 je, trus pi basuh baju (guna washing machine jela), masak nasi, rebus ikan, iron baju, mandi n siap2 pi keja. Bagus dak aku?? Pagi2 dah masak nasi. Bukan untuk aku pown tapi untuk kucing aku, si ketot yg comey tuuu!! Bukan main lagi dia. Feveret food dia memang nasi+ikan rebus. Sedap kan ketot?? Kalo sisa2 makanan aku yang lebih berlambak2 tu dia xlayan. Sanggup tahan lapaq si Etot nie. Kadang2 tak da stok ikan, memang dia xmaw makan la. So, aku bagi dia makan biskut kering. Ahahaha. Dia makan woo biskut kering. Sama taste dengan aku. Biskut kering sedap kan? Tambah2 sesapa yang pernah duk asrama tu memang selalu layan biskut kering+ayaq mila@nescafe. Fuhhh!! Masyukkk sungguh. Memang sedap. Aku suka biskut@cream cracker cap Hup Seng. hehe. Ada manis2, tawar, masam2, pahit & cukup lemak berkrim rasa biskut tu. Oke!! Sumpah aku tipu. waka waka. Rasa biskut tu best la compared ngan da other brand of cream cracker. Tu pasal la kucing aku suka. hehe. duk ngumpat pasal kucing aku nie, alih2 tgk dia tgh tdoq kat bawah iron board skarang nie. Sian plak tengok dia. oke, nak chaw. Nak masuk bilik p tdoq ngan Etot :)

Hahhhh, siapa bangun awl tlg kejutkan aku oke. Hehe. Bubyeeee.. Gudnyte u all! Doakan aku sihat walafiat n kuat untuk meneruskan kerja esok. I'm so sure esok mesti agak penat. Wuuuu. xpe. I'm a strong gurl bebeyh. Heheh. B4 masuk tdoq, aku nak lyn Safa & Marwah dulu. Nak usha Nikita & Rionaldo Stokhorst (xtaw ejaan yg betol, maaf kalo salah). So sweeet depa dua nie :) Jom la tgok skali kat  Astro Prima. Weee~

ReSePi SiMpLe, eNaK DiMaKaN

Assalamulaikum suma. Kaifa halukum?? Ana bikhair, Alhamdulillah. Maza sanadrusu alyaum?? Sanadrusu 'an kaedah li yatbakhu "puding roti". Hehehe. Sori ayat ntah pape. Paham dek cek kecek pe tadi?? oke2. Aku cakap apa yg akan kita belajar rini? Then, jwpnnya kita akan belajar cara2 buat puding roti yg simple. tetiba je aku jadi chef kan. haha. Punnn boley taw!! Nanti nak jadi chef kpda husband n anak2 aku. Insya Allah. Ptg smlm aku ada buat puding roti after lunch. Saja2 buat untuk minum petang.
-sedap woo-


Oke, meh usha bahan2nya :

1 cawan gula
2 sudu besar butter
2 biji telur
1 bungkusan roti hi5@gardenia
2 tin susu cair
2 kotak kecil kismis

Okie dokie. sekarang nie cara2 membuatnya:

1) Masukkan 1 cawan gula & 2 sudu besar butter. then, gaul@ kacau sehingga sebati.
2) Setelah sebati, pecahkan 2 biji telur ke dalam adunan tadi. Kacau lagi.
3) Setelah itu baru masukkan susu cair. Ikut keadaan & kuantiti roti yang akan dimasukkan nanti.
4) Apabila kesemua adunan telah sebati, masukkan roti yang telah dipotong dadu ( 1 roti dipotong kepada 9 bahagian). Gaulkan kesemuanya agar adunan tadi diserap oleh roti. Kemudian masukkan  kismis.
5) Setelah diserap semuanya, masukkan dan ratakan adunan itu di dalam loyang.
6) Masukkan dalam oven, bakar pada suhu 125°C selama 15-20min.

Hahh, dah siap! Selamat mencuba.

IsteRi ZaMaN SekArAnG

Eyyo!! ecece.. tetiba tergedik nak cakap pasal cinta noh. Nie suma sebab aku baru baca newspaper rini. Cter pe ek?? ce cter ce cter.. Aku baca dekat ruangan apa ntah, seorang suami nie dia story mory pasal wife dia. Bukanlah niat di hati nak memburuk-burukkan isteri dia tapi sebagai pengajaran pada orang lain. Takpe la kalo da niat nak bg pengajaran kan. Owaik, kalo tak silap si wanita itu ialah pilihan ibu si lelaki. Hahh, pilihan parents la ni. Menurut si hubby nie, mereka berkenalan hanya 6 bulan pastu terus kahwin sebab parents masing2 cakap tak baek bercinta lama2 kan. Betul la tu. Berkenalan, amek tahu latar belakang, berdoa pada Allah, memohon petunjuk dariNya dan kalo dah naluri kuat menyatakan si dia jodoh kita, cepat2 la berkahwin kan. Boleh bercinta lepas kahwin puas2.

Oke, back to da story, si hubby nie cter yang wife dia nie baik, cantik dan pandai bergaya. Tapi itu semua tu perangai pada awal perkenalan jela. Sekarang wife dia tengah pregnant cahaya mata sulung mereka. Alhamdulillah.. nmpk mcm bahagia kan. Tapi peritnya hanya si suami tu je yg tahu. Wife dia berubah sikap. Wife dia yang bernama 'H' ni tak mesra langsung dgn parents in law dia padahal hubby dia mesra n syg parents si 'H' nie mcm dia syg parents dia sendiri. Nak2 plak masa adik si 'H' dpt 4A dlm SPM, si hubby nie siap belikan hadiah lagi. Bila dpt bonus, si 'H' nielah yang akan diutamakan dulu. Orait, kan sepatutnya si lelaki nie wajib utamakan ibu dia dulu baru wife dia. Btol kan? Btol kan? Aku rasa walau dia syg mcm mana pown kat wife dia, dia kenalah utamakan ibu dia dulu. Insya Allah, mana taw boleh dpt keberkatan hidup dia.

Si hubby nie pernah jugak terfikir yang kemungkinan wife dia dah kembali kpda ex-bfnya. Ermm, apapun, semoga isterinya berubah sikap. Aku rasa si hubby nie pown kena la muhasabah diri jugak. Mungkin dia ada melakukan sesuatu scra tidak sengaja n tanpa sedar yang telah membuatkan isterinya terluka or terkuciwa ke kan. Then, right after dah muhasabah diri tu, cubalah cari jalan penyelesaian untuk mengubah perangai isterinya. Moga pintu hati isterinya terbuka luas untuk berubah menjadi lebih baik n membaiki kesilapan2nya. Semoga perkahwinan mereka bahagia. Sama-sama lar merka fikirkan anak yang masih di dalam kandungan tu. Ciannn taw!!

So, now aku doakan semoga perkahwinan @ rumahtangga semua pasangan suami isteri di atas muka bumi Allah nie bahagia sampai ke syurga. Insya Allah, aminn..

EnTrY HaRi PeKeRjA

Eyyo.. slmt tgh hari!! Aku nak wish Selamat Hari Buruh buat mak n ayah yg tercinta. Seronok plak cuti hari Ahad nie. *bila duduk Kedah la* Rini dpt jugak pergi beli barang dapur dgn mak smpai nak patah jari2 nie. Angkat plastik2 berisi nenas 3 biji, bawang, ikan, rambutan, biskut jem, kismis, siput sedut.. Wahhh, sgt tak sabar nak lunch mkn siput sedut walaupun tak terer menyedut. Muahaha. Ari ni rasa penat n mengantuk smpai tak buat kerja2 rumah pun. Mentang2 la mak ada kat rumah kann.. pemalas pulak aku nie. Mengantuk pun ada time2 matahari terpacak tepat atas kepala aku. Kenyang minum air tebu+ mkn rambutan kowt. Takpe, satgi nak tidur puas2 memandangkan esok nak gi keja. kan3.. Biar rehat puas2 dulu. Padahal asyik rehat je. Tak puas2 jugak. Hahah. Teruk bebenor.. Oke chawww.. nak tidur.

Pssssttt, hepy bufday to my friend, ex-skulmate, ex-klazmate, saudari Najihah bt Ismail. Dah 19 tahun ea.. Take care dear. Ol da bez in ur life dunia & akhirat.