DuGaAn =.=

Assalamualaikum. 

16 Mei 2011. Hari pe nie? Hari guru kan. So, selamat hari guru buat guru-guru yang mendidik seorang insan yang diberi nama Nurul Syafiqah bt Ramlee.  Oke. Ucapan nie jugak tersangat la istimewa buat mak & ayah since diorang pown seorang pendidik jugak kan. Pendidik anak bangsa & anak2 mereka sendiri. Selamat hari guru, mak & ayah. Erm, tapi dalam keseronokan hari guru nie pown ada la sesuatu yang menimpa keluarga aku.  Aku kan bekerja dekat sekolah ayah aku skarang & ari nie aku sedih lagi. Ish3.. x abes2 dgn sedih kan aku nie. Dalam pukul  1 petang tadi, tengah aku sibuk mengira duet, tiba2 je ada salah seorang guru kat situ mai jumpa aku. “Syafiqah, nanti mak mai amek. Siap2 la. Depa bawak ayah kamu pi hospital nuh”.. Ya Allah, aku dah lemah lutut da masa tu sebab aku tak tahu pape. “Eh, kenapa dengan ayah saya, cikgu??” Ermmm.. cikgu tu x cter pown pe yang da jadi kat ayah. Aku ingatkan dia dtg nak gtaw kata ayah nak jemput aku balik dari kerja. Aku pown kemas la barang2. Aku panggil Syamil. “Mil, akak tinggal duet kat sini na. Akak nak balik.” Lepas tu, Cikgu Mad Noor masuk koop. “Syafiqah, bagi no fon kamu. Sat lagi kalau ada pape senang cikgu nak contact. Xpe. Kamu tinggal la kerja2 tu. Pi hospital tengok ayah nuh.” Tetttt.. ayaq mata da bergenang da sebab aku duk tertanya2 kenapa dengan ayah. Aku pown tunggu jela mak mai jemput. Masa tengah tunggu tu, ada sorang cikgu laki stop keta dia depan aku. Dia suwuh masuk lam keta. Dia nak anta aku balik umah. Sebenarnya cikgu tu adik beradik aku, sebab tu la kenal ngan dia. Masa lam keta, dia bagi la kasut & spectacles ayah. Aku tak pi hospital ngan cikgu tu pown sebab aku jumpa mak tengah jalan so aku naek kereta dengan mak jela. Masa dalam kereta la aku dapat tahu ayah dah dibawa ke klinik dulu. Dekat klinik tula ayah teruk sangat. Darah pown naek tinggi. Ada factor lain jugak sebenarnya dia jadi camtu. Ayah pown dua tiga hari nie memang  kurang sihat pown. Bila sampai di hospital, dekat 5 jam jugak la aku tunggu dekat bahagian kecemasan tu barulah aku boleh masuk tengok ayah. Aku masuk bagi ayah minum. Aku sedih sangat tengok keadaan ayah. Aku tahan je supaya tak nangis depan ayah. After solat Asar pown aku dah nanges teresak2 sengsowang aku kat surau. Hurm.. Thank bebanyak kat amin, alip, cikgu2 skola ayah & skola mak, huda, syawal, fatin, mkcik rodiah, kimi, peha yang mesej tenangkan aku n datang jenguk ayah. Walaupun ada je yang x dpt tgok ayah pown tadi sebab dekat bahagian kecemasan tu susah sket nak masuk. Kalau boleh masuk pown, guard tu bagi masuk sorang je. Aku terharu sangat bila ramai yang pergi hospital tadi. Ermm, dah! Tengah tulis nie pown aku duk nanges lagi. Dah2!! Aku kena kuat. Esok harap ayah makin sembuh. Kesian sangat tengok dia tadi. Adik aku, Nabil, minta sangat nak tengok ayah tadi tapi kesian kt dia sebab kanak2 xboleh masuk bahagian kecemasan tu. Dah la ayah ada dekat zon merah. Zon merah tue zon untuk pesakit yang kritikal. Dah 7, 8 jam kt situ, tadi pukul 9 lebih baru boleh masuk wad. Syukur la. Sekurang-kurangnya ayah boleh berehat dengan lebih selesa compared dengan rehat kat bahagian kecemasan tue. Ayah pown da kol mak tadi. Ayah masih fikirkan kami walaupun dia tengah sakit tue. Ayah,banyak2 rehat n tenangkan fikiran yea. Adik sayang ayah!! Gudnyte!!

" Kadang kala terusik hati ini pabila disapa dengan kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari Yang Esa.. Lantas tanpa kesedaran, aku mencaci mengapa begitu percaturanNya. Kemudian, di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luas pemandanganku walaupun sakit hanya seketika. SABAR, itulah yang paling bermakna, nikmatnya baru ku terasa.. Disaat itu barulah kuketahui disebalik ujian ada kerahmatan, disebalik kesusahan ada kemudahan, disetiap penderitaan terselit kasih sayang dariNya.. SubhanaAllah.. Hebatnya Allah "

0 00 people spread ♥:

Post a Comment