FiNiSh!!!

Yeayyy!!! Alhamdulillah, secara rasminya aku berhenti kerja pada hari ini. Yela, cuti sekolah dah bermula, aku pun nak cuti juga la. haha. Tinggal 1 minggu je lagi cuti aku. 5 Mei nanti nak kena pergi Nilai dah untuk daftar Mahallah. Tapi sebelum tu, minggu depan aku akan sibuk menolong mak aku membuat persiapan untuk majlis pertunangan kakak. Tolong la apa-apa yang patut kan. Tolong kemas2, buat hantaran, rosakkan hantaran & so on. Tettt.. nak kena minta upah kat kak aku nie. Dah la aku maybe tak da masa dia bertunang nanti. Padan muka. Hahah. If aku takda kelas nanti, aku nak balik la masa majlis tu nanti. Harap2 ada duit nak bayar tambang bas. Apa-apa pown tengok la cena nanti.

Hari nie, memandangkan hari terakhir aku kerja, aku balik awal. Pukul 3.30pm dah habis buat semua kerja pastu aku pergi solat. Lepak-lepak jap pastu dalam pukul 4 ayah datang ambil aku. Sedihkah aku sebab dah berhenti kerja? Ohhh tidak!!! Aku hepi. At least, aku boleh rehat2 sambil get ready physical & mental sebelum balik Nilai. Huwaaaa.. sejak bulan 2 aku cuti, aku la anak tunggal perempuan kat rumah nie. Best! Mak ayah pergi mana pown mesti bawak aku sekali. heheh. Pastu kalo kuar shopping, ayah akan bagi duit tuk shopping. Yeeehaaaa. Tu yang best tu. ngeh3.

Oke. Penat dan mengantuk sudaaa.. Nak lelap2 kejap. Pastu nak tengok Cinta Melody :)

2 00 people spread ♥:

syida spongie. said...

ehehe, syida cuti dua minggu. *sekolah lagi. hehe. :D

Nurul Syafiqah said...

xpe.. kte dah cuti berbulan2. ngeh3. jgn jelez!

Post a Comment