REMOVE MALWARE!!!

Assalamualaikum..

Orait, malam nie saya nak buat tutorial sikit pasal cara-cara nak remove malware dekat blog. Tahu tak macam mana kalau blog kita terkena malware tu? Sebenarnya, blog saya pernah kena tapi saya tak sedar pun. Itu pun, rakan saya, Cheqwa, yang bagitahu. Kalau blog anda terkena malware nie, bila kita nak buka, akan keluar macam ni :




Ini contoh dari blog yang saya follow. Tuan empunya blog tu sendiri tak perasaan. Malware nie mungkin berpunca daripada salah satu coding widget anda. Saya bagi step yang paling simple saya buat dulu:


1. Log in ke akaun blogger.

2. Dashboard > Design > Edit HTML

3. Tick expand widget.

4. Klik Ctrl+F atau F3, taip nama malware tersebut. Contoh seperti di atas: Nikbir09.ws

5. Bila dah jumpa, terus delete.

6. Klik save. 


Apabila selesai, anda akan dapati salah satu widget anda hilang. Coding widget yang hilang itulah yang menyebabkan wujudnya malware tersebut.

** kalau tak berjaya cara di atas, sila check setiap widget anda & cari nama malware tu. Better remove widget tersebut & cari coding yang baru.

Saya harap entry ini membantu kalian semua.

Inilah Cinta

1. Put your music library on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.

4. Ok, go!

5. Remember, the answer to #20 is the TITLE of your post.

6. Ask some friends to join you do this task. It will be more fun! (additional one)

.................................................................................................................................................................





1. If someone says, “Is this okay?” you say
- Yang Terindah (Dakmie)
 


2. How would you describe yourself?
-If we ever meet again (Timberland)


3. What do you like in a guy/girl?
- Impian Kasih (In-Team).


4. How do you feel today?
- Luar Biasa (Shahir)


5. What is your life’s purpose?
- Alhamdulillah (Idola Cilik)


6. What's your motto?
- Kesaktian Cinta (Hafiz Hamidun)


7. What do your friends think of you?
- Berkorban Demi Cinta (Hijjaz)


8. What do you think of your parents?
- Lagu Kita (Aizat)


9. What do you think about very often?
- Tuhan Berikan Aku Cinta (Ayusitha)


10. What is 2 + 2?
- Impian Kasih (In-Team)


11. What do you think of your best friend(s)?
- Girlfriend (Avril Lavigne)


12. What do you think of the person you love?
- Bila Cinta (Fili- OST Lagenda Budak Setan)


13. What is your life story?
- The Show (Lenka)


14. What do you want to be when you grow up?
- BarakaAllah (Maher Zain)


15. What do you think of when you see the person you love?
- Ku Ada kamu (Adira)


16. What will you dance to at your wedding?
- Don’t Let Me Fall (Lenka)


17. What will they play at your funeral?
- Syurga Cinta (Ada Band)


18. What is your biggest fear?
- Big Girls Don’t Cry (Fergie)


19. What is your biggest secret?
- The Rest of My Life (Maher Zain)


20. What will you post this as?
- Inilah Cinta (Akim)





.................................................................................................................................................................









Hormat Orang Lain Jika Anda Prihatin

Alkisah pada suatu hari, datang seorang hamba Allah datang duduk bersebelahan anda ketika anda sedang membuat ulang kaji. Tettttt, tetiba je dia pasang muzik kuat-kuat dan bangun menari-nari sambil mengalunkan suaranya yang lunak mengikut lagu tersebut di situ. Actually suara tak lunak pun. Orang tu je yang perasan lebih. Haishhh, bengang tak?? Apa jenis manusia la tu kan. Biadap! Tak hormat orang lain!

Apabila bercakap pasal amalan hormat-menghormati nie, memang luas la definisinya dari segi hormat terhadap orang tua, ibu bapa, rakan-rakan dan lain-lain lagi. Mari kita sama-sama menghayati beberapa situasi di bawah dan sama-samalah kita muhasabah diri kita. saya berikan contoh situasi yang sering berlaku dalam kehidupan kita sekarang.

Situasi A
Pada suatu malam, si A nie baru je selesai buat revision, pastu dia siap2 nak tidur. Bila dah berbaring atas katil, si A pun terlelap. 10 minit kemudian, datanglah seorang roomate si A (mereka pelajar yang tinggal di asrama yer) Roomatenya nama JOYAH. Joyah pun masuk dan buka lokernya. PONG PANG PONG PANG bunyinya. Haish, Joyah! Kau baiki loker ke apa?? Sambil kemas-kemas lokernya, dia menyanyi dengan penuh asyik. * Kau ingat suara kau sodap??? Tak sampai 5 saat, Si A terjaga dari tidur dan berasa seolah-olah kepalanya dihempap batu. Hadoi, sakit bebenor. Yelah, mana tak sakitnya, dia terjaga secara mengejut akibat terdengar kemerduaan+kebingitan suara Joyah. Last2, Si A susah nak lelapkan matanya selepas itu dan pada keesokan harinya, Si A kelihatan lesu akibat tidak mendapat waktu rehat dan tidur yang cukup.

---> Joyah, kau memang annoying gila. Tak da hati perut & tak fikir kawan kau nak tidur. Mana tahu mungkin kawan kau tu dah penat sangat tapi susah dan tidur akibat kebisingan yang kau buat tu.

Situasi B
Si A seorang yang kuat merokok dan dengan sukahatinya merokok di hadapan rakan-rakannya yang tidak merokok. Hei, kau tahu tak risiko yang dihadapi oleh penghidu asap rokok lebih tinggi berbanding perokok itu sendiri. Si A tak fikir pula kot2 rakan-rakan atau orang yang berada berdekatan dengannya berkemungkinan ada asma ke, allergic dengan asap atau lain-lain lagi. Guna otak, bertimbang rasa dan fikir pasal orang lain sama k. 

Situasi C
Yang ini pasal hormat guru. Ada jugak manusia yang dengan tak tahu malunya memanggil guru dengan panggilan yang tak sepatutnya. Sepatutnya kita panggil Mr. ***, Cikgu *** etc. Tapi ini tak, slumber je panggil nama cikgu tu terus. Hei, ingat  sikit awak tu penuntut ilmu, macam mana nak dapat keberkatan kalo kita tak hormat orang yang memberi ilmu kepada kita??? Cer jawab sikit. Nampak sangat kurang ajar bila panggil nama guru tu je. Kau ingat kau kawan dia???? Tetttt..

Situasi D
Ada manusia yang suka bercakap dengan nada suara yang tinggi. Apabila orang lain datang solat berdekatan dengannya, dia tak pula terasa nak perlahankan suaranya. Tak kisah la anda sedang berbual rancak ke apa ke, bila dah nampak ada orang yang sedang solat, perlahankan suara anda. Sama juga kalau anda sedang membaca al-Quran, anda juga perlu perlahankan suara. INGAT TU! Memang la bagus baca al-Quran, tapi hormatlah orang yang sedang menunaikan solat.

---> Peringatan untuk aku jugak.

Secara amnya, memang kita tak dapat memuaskan hati semua pihak atas segala perbuatan kita tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk buat orang lain selesa dengan kita. Contohnya, bila seseorang itu mahu tidur akibat terlalu letih, janganlah cari pasal buat perkara yang annoying macam gelak dan cakap kuat-kuat dan menyanyi sampai nak terkeluar anak tekak. Jangan sampai orang lain doa yang bukan-bukan kat kita. Doa orang yang teraniayai ni insya Allah dimakbulkan. Teraniaya la kan sebab privasinya diganggu. Anda mampu mengubahnya dan ingatlah orang yang tersayang. erkk! Jangan sampai orang marah pada anda, dan flush muka anda dalam mangkuk tandas. wahhh, sangat kejam wokey! Haha.

Kalau kita nak orang hormat kita, kita kenalah belajar menghormati orang lain. Pendek kata, sama-samalah kita menghormati orang-orang di sekeliling kita. Mari sama-sama muhasabah diri yer. Pergi minta maaf cepat dekat sesiapa yang telah kita sakiti dengan perbuatan kita yang dirasakan tidak menghormatinya.




MaLaM yAnG inDaH

Salam sayang buat semua..

Wahh, tetiba rasa nak update belog ni. Syok woo rini sebab kelas aku sejam je. Itu pun dari kul 12-1pm je. Nampak sangat aku boleh bangun lewat. Oke, aku mengaku lepas je baca Quran time Subuh tu, terus aku tidur balik. Ish, buruk bebenor perangai. Haha. Aku taw ramai lagi macam aku. Tapi sekurang-kurangnya aku tak "subuh gajah" pagi tadi. Haha. =p

Oke, sekarang aku nak story sikit pasal 'ibu' aku. Ibu yang tak melahirkan aku tapi dia memberi ilmu dan menjaga aku di sekolah. Erkk, cena tu? Nama ibu aku ialah Puan Maslisa bt Alwi. Beliau ni guru tingkatan aku masa dekat SYTRA dulu. She taught me since I'm form four. Masa tue aku & klazmates tak rapat sangat dengan Cikgu Mas sebab dia hanya mengajar subjek sejarah je kat kelas kitorang. Bila form 5 je, kami semua dah mula rapat. Apa yang boley aku komen pasal cikgu Mas nie?? Oke, Cikgu Mas nie comel sangat sebab kecil molek je walaupun dah ada 6 orang anak. So, kepada perempuan-perempuan di luar sana yang tanak badan mengembang lepas beranak pinak, sila dapatkan petua dari ibu saya nie. Cikgu sangat prihatin dengan students dia. Tak percaya?? Tanya la semua yang pernah jadi student Cikgu Mas.

Tadi aku facebooking jap, tetiba je Cikgu Mas tegur aku dekat fb chat.






Malam nie malam yang membahagiakan bila chatting dengan cikgu sampai aku tutup buku Economics tanak baca dah. Haha. Cikgu banyak kongsi pengalaman dia. Wuwuwuw. Aku rindu cikgu sangat2. Tapi sekarang nie belum ada peluang bertemu beliau. Ya Allah, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk bertemu beliau yang banyak menyedarkan aku tentang kehidupan yang sebenar. Aku pernah menangis depan cikgu. Huu.. malu sangat masa tue. Aku terharu sebab dia seolah-olah faham keadaan aku walaupun aku tak cerita apa-apa. See!!! Naluri seorang guru dan ibu tu sangat kuat kan sehingga boleh memahami keadaan anak-anaknya.

Cikgu, terima kasih banyak-banyak atas segala tunjuk ajar dan kasih sayang yang cikgu dah berikan. Sya tak mampu balas semua tu, tapi Sya takkan pernah lupa jasa baik cikgu tu. Semoga ukhwah antara kita berkekalan sehingga ke syurga =) Kepada rakan-rakan SYTRA, Sya rindu kalian semua. Seriusly!








SEGMEN | SELAMAT HARI BAPA

Assalamualaikum.
Hari nie hari sabtu. Esok hari Ahad. Esok hari Ahad hari apa? Erkk!! Oke. ayat hindu. Hahaha. Esok Hari Bapa la. Siapa sayang sangat kat bapa/ ayah/ papa/ abah/ baba etc dia, sila angkat tangan!!! Oke. dah2, turunkan tangan balik. Entry nie dibuat khas untuk ayah aku yang tercinta. 

Klik banner untuk join segmen nie.


Salam sayang buat ayah,
Adik nak ucapkan selamat hari bapa. Terima kasih banyak2 atas segala pengorbanan dan penat lelah ayah jaga keluarga kita. Sejak kecil, ayah banyak uruskan adik. Bila adik nak masuk asrama, ayah lar yang bawak adik pergi beli barang2 & buat segala persiapan yang lain. Masa tu mak sibuk sebab sambung belajar, tapi ayah tetap setia menguruskan anak-anak ayah. Bila adik sakit dulu, ayah lar yang bawak adik pergi hospital, tunggu adik dekat bahagian kecemasan dekat 2 jam then balik rumah pown dah tengah malam. Ayah penat tapi ayah tak merungut pun. Masa kecik2, bila adik demam, adik palingg tak suka rasa panas dekat perut. Ayah la yang cuba buat bagi perut adik rasa sejuk. =)) Ayah selalu manjakan anak-anak ayah tapi ayah tak TERLALU manjakan sangat sebab tanak anak-anak ayah terlampau bergantung kat mak & ayah kan. Apa-apa yang anak-anak ayah mahu, ayah cuba nak tunaikan & dapatkan benda tu. Masa ayah sakit & masuk hospital dulu, adik betul-betul terasa ketiadaan ayah dekat rumah sebab ayah tak pernah tinggalkan kami malam2. Adik sedih sangat bila ayah nampak lemah. Adik benci kalau ada orang lain tak hargai jasa baik ayah atau ada yang beri tekanan kat ayah. Adik nak minta maaf atas segala tingkah laku adik yang mungkin telah mengguris perasaan ayah & adik harap ayah akan selalu mengampunkan segala dosa adik & mendoakan kesejahteraan, kejayaan, dan kebahagiaan adik. Thank for being my best and good father. Adik sayang ayah & mak sangat2. Moga keluarga kita akan menjadi keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. Aminnnn.


* Nangis kejap masa tulis entry nie. Rindu ayah. :'(

Kepada ayah/bapa/abah/papa/daddy etc di luar sana, SELAMAT HARI BAPA. Jalankan tanggungjawab anda terhadap keluarga dengan penuh amanah dan dilimpahi rasa kasih sayang terhadap mereka. Kat bawah ni ada dedikasi lagu yang aku tujukan buat ayah aku dan bapa-bapa di seluruh dunia.
-
-
-
-


Sentuhanmu

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

RAHSIA PERSONALITI HURUF PANGKAL NAMA

Huruf A

Mereka pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain ramah, murah dengan senyuman, bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

Huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

Huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

Huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu, sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

Huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

Huruf F
Bendirian teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

Huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

Huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

Huruf I
Suka memendam perasaan dan masalah, suka menangis mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. 

Huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

Huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Suka menceritakan rahsia orang lain adalah kelemahannya.

Huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

Huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

Huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

Huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

Huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

Huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

Huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

Huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.


Huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

Huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

Huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

Huruf X
Budi pekertinya halus, Suka melakukan pekerjaan sosial, Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Huruf Y

Pendiam, tidak berani mengemukakan pendapat dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. 


Huruf Z

Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.




+ 15 PeRKaRa yang DiSuKai +

01. Makan makanan feveret: Koteow sup, rendang ayam, sambal petai+udang, Chocolate, Nugget, Aiskrim, etc.
02. Minuman feveret: Air masak, Fruit juices, Teh ais, Milo Ais, Laicikang, ABC, Susu Fernleaf@Dutch Lady.
03. Feveret kaler: HIJAU PUCUK PISANG, hitam, pink, purple.
04. Suka peluk+kiss+belek bulu kucing.
05. Feveret Subjek (sek. rendah+menengah ): Bahasa Melayu, English, Mathematics, Pendidikan Islam.
06. Feveret Subjek (CFS IIUM): Understanding Islam, Statistics, Mathematics, Computer, Basic Themes of Al-Quran.
07. Suka surf internet.
08. Suka menyendiri & merajuk.. hahahahha
09. Suka buat gila+sewel+mereng+manja= NURUL SYAFIQAH
10. Suka buat benda ntah pape bila dah boring sangat ( EX: menconteng, gunting2 kertas bunga pastu buat kad,etc )
11. Sukakan kekemasan, kecantikan, kebersihan
12. Suka menangis bila sedih+penat+kesunyian.
13. Suka main lari-lari dengan Ketot (my pet) bagi dia kejar. Hahahha
14. Suka terperap dalam bilik tidur sendiri dekat rumah.
15. Suka tengok perempuan cantik & usha gelagat orang sekeliling=)))

= No TiTLe =

Just wait and see what I'm gonna do after this. I'm not vindictive, but I was disappointed with the attitudes of yoursI give and give, even when I get nothing back and that sets me up for disappointment. Now, I'll be more careful for the sake of my life =)

Pssssssssstttt.. I got unexpected phone call this evening. Still in shock mood. ^_^