Hormat Orang Lain Jika Anda Prihatin

Alkisah pada suatu hari, datang seorang hamba Allah datang duduk bersebelahan anda ketika anda sedang membuat ulang kaji. Tettttt, tetiba je dia pasang muzik kuat-kuat dan bangun menari-nari sambil mengalunkan suaranya yang lunak mengikut lagu tersebut di situ. Actually suara tak lunak pun. Orang tu je yang perasan lebih. Haishhh, bengang tak?? Apa jenis manusia la tu kan. Biadap! Tak hormat orang lain!

Apabila bercakap pasal amalan hormat-menghormati nie, memang luas la definisinya dari segi hormat terhadap orang tua, ibu bapa, rakan-rakan dan lain-lain lagi. Mari kita sama-sama menghayati beberapa situasi di bawah dan sama-samalah kita muhasabah diri kita. saya berikan contoh situasi yang sering berlaku dalam kehidupan kita sekarang.

Situasi A
Pada suatu malam, si A nie baru je selesai buat revision, pastu dia siap2 nak tidur. Bila dah berbaring atas katil, si A pun terlelap. 10 minit kemudian, datanglah seorang roomate si A (mereka pelajar yang tinggal di asrama yer) Roomatenya nama JOYAH. Joyah pun masuk dan buka lokernya. PONG PANG PONG PANG bunyinya. Haish, Joyah! Kau baiki loker ke apa?? Sambil kemas-kemas lokernya, dia menyanyi dengan penuh asyik. * Kau ingat suara kau sodap??? Tak sampai 5 saat, Si A terjaga dari tidur dan berasa seolah-olah kepalanya dihempap batu. Hadoi, sakit bebenor. Yelah, mana tak sakitnya, dia terjaga secara mengejut akibat terdengar kemerduaan+kebingitan suara Joyah. Last2, Si A susah nak lelapkan matanya selepas itu dan pada keesokan harinya, Si A kelihatan lesu akibat tidak mendapat waktu rehat dan tidur yang cukup.

---> Joyah, kau memang annoying gila. Tak da hati perut & tak fikir kawan kau nak tidur. Mana tahu mungkin kawan kau tu dah penat sangat tapi susah dan tidur akibat kebisingan yang kau buat tu.

Situasi B
Si A seorang yang kuat merokok dan dengan sukahatinya merokok di hadapan rakan-rakannya yang tidak merokok. Hei, kau tahu tak risiko yang dihadapi oleh penghidu asap rokok lebih tinggi berbanding perokok itu sendiri. Si A tak fikir pula kot2 rakan-rakan atau orang yang berada berdekatan dengannya berkemungkinan ada asma ke, allergic dengan asap atau lain-lain lagi. Guna otak, bertimbang rasa dan fikir pasal orang lain sama k. 

Situasi C
Yang ini pasal hormat guru. Ada jugak manusia yang dengan tak tahu malunya memanggil guru dengan panggilan yang tak sepatutnya. Sepatutnya kita panggil Mr. ***, Cikgu *** etc. Tapi ini tak, slumber je panggil nama cikgu tu terus. Hei, ingat  sikit awak tu penuntut ilmu, macam mana nak dapat keberkatan kalo kita tak hormat orang yang memberi ilmu kepada kita??? Cer jawab sikit. Nampak sangat kurang ajar bila panggil nama guru tu je. Kau ingat kau kawan dia???? Tetttt..

Situasi D
Ada manusia yang suka bercakap dengan nada suara yang tinggi. Apabila orang lain datang solat berdekatan dengannya, dia tak pula terasa nak perlahankan suaranya. Tak kisah la anda sedang berbual rancak ke apa ke, bila dah nampak ada orang yang sedang solat, perlahankan suara anda. Sama juga kalau anda sedang membaca al-Quran, anda juga perlu perlahankan suara. INGAT TU! Memang la bagus baca al-Quran, tapi hormatlah orang yang sedang menunaikan solat.

---> Peringatan untuk aku jugak.

Secara amnya, memang kita tak dapat memuaskan hati semua pihak atas segala perbuatan kita tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk buat orang lain selesa dengan kita. Contohnya, bila seseorang itu mahu tidur akibat terlalu letih, janganlah cari pasal buat perkara yang annoying macam gelak dan cakap kuat-kuat dan menyanyi sampai nak terkeluar anak tekak. Jangan sampai orang lain doa yang bukan-bukan kat kita. Doa orang yang teraniayai ni insya Allah dimakbulkan. Teraniaya la kan sebab privasinya diganggu. Anda mampu mengubahnya dan ingatlah orang yang tersayang. erkk! Jangan sampai orang marah pada anda, dan flush muka anda dalam mangkuk tandas. wahhh, sangat kejam wokey! Haha.

Kalau kita nak orang hormat kita, kita kenalah belajar menghormati orang lain. Pendek kata, sama-samalah kita menghormati orang-orang di sekeliling kita. Mari sama-sama muhasabah diri yer. Pergi minta maaf cepat dekat sesiapa yang telah kita sakiti dengan perbuatan kita yang dirasakan tidak menghormatinya.




2 00 people spread ♥:

cheqwa said...

betul!setuju sangat yg bab tido tu..geram kalo org dok pong pang pong pang tepi telinga.err,tapi apesal nama dia joyah??haha ;D

Nurul Syafiqah said...

erk! ada sesiapa terasa ke ngan nama joyah tu? haha. rekaan semata-mata. :D

Post a Comment