AhLaN Wa SaHLaN Ya RaMaDhAn

ATTENTION PLEASE!!!


To make sure u will never get virus n this ramaadan.....


’Enter’ the masjid,

‘Forward’ your solat,

‘Download’ pahala,

‘Firewall’ your iman,

‘Backspace’ from syaitan,

‘Bookmark’ to ALLAH SWT,

’Delete’ ALLAH’s enemies,

‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah,

‘File’ your amal,

‘Edit’ your akhlaq

‘View’ your good and bad deeds,

‘Search’ the straight and right path,

And InsyaALLAH you will never get ‘virus’ =)

Salam Ramadhan Al- Mubarak

Semoga Ramadhan kita kali ini dirahmati dan diredhai Nya!

Aminnnnnnnn...................​.............









Mohon maaf dengan ikhlas atas kesalahan, kekhilafan, dan janji yang terabai, baik dengan sengaja atau tidak. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dan dapat meningkatkan takwa kita. Amin.

Setiap Patah Perkataan Papar Peribadi Individu

Tutur kata yang dikeluarkan seseorang dapat mengukur sejauh mana kemahiran, pengetahuan, buah fikiran, sopan santun, budi pekerti, pemarah, kasar, sombong atau kerendahan hatinya. Oleh itu, sewajarnya setiap insan memelihara lidah dan berbicara menurut pertimbangan akal waras.

Dalam kehidupan kita seharian, wadah pergaulan yang digunakan dapat dibahagikan kepada beberapa keadaan iaitu melalui perbualan, penulisan atau perdebatan. Sebagai manusia, kita mempunyai hak menyuarakan pendapat sama ada dalam percakapan, penulisan atau perdebatan.


Walau bagaimanapun, ia mestilah tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, menyumpah, mengaibkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ini boleh merenggangkan hubungan silaturahim, menimbulkan rasa marah, rasa benci, permusuhan dan jika keterlaluan mungkin menimbulkan kekacauan serta perbalahan.Bijak bestari pernah berpesan, ‘berfikir itu pelita hati.’ Pepatah Melayu pula mengatakan, ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.’ Jika direnung, kedua-duanya memberikan pengertian mendalam untuk kita jadikan panduan supaya sentiasa menjaga kesopanan dalam percakapan seharian.

Oleh itu, bagi mengelak berlakunya sebarang perselisihan dan suasana tidak menyenangkan maka kita perlu berwaspada dan berhati-hati sebelum berkata. Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW banyak mengingatkan kita supaya menjaga tutur kata.

Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik (mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya (menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk (mati) yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.” (Surah Ibrahim, ayat 24-26)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan orang yang menyakiti orang mukmin, lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat 58)

Daripada Abu Zar, ia mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidakkah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain, melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat itu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Janganlah banyak bicara, jika tidak mengenai zikir Allah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikir Allah itu menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah pada hari Kiamat ialah orang yang kesat hati.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Daripada Abu Darda’, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan. Kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya, apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan itu.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Special to Smokers

Dear Smokers, Please get a plastic bag and cover yourself whenever you want to start smoking to enable you to enjoy the smoke 100% by yourself. I don't want any percentage of it nor do my friends who don't smoke. Don't kill me if you want to kill yourself.


Regards,
Non-smokers

P.S: Copy and paste this message at your fb profile/ blog to support the keep-smoke-away Campaign



Jadilah Hamba Allah yang Bersyukur

Assalamualaikum...

Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri tentang mengapa kita perlu bersyukur atau mungkin apa perlunya kita bersyukur? Pernahkah kita berfikir tentang beraoa banyak nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada kita dan berapa banyak nikmat yang kita rasakan sepanjang kita hidup sehingga saat ini? Jika direnungkan kembali, memang tidak terkira banyaknya nikmat yang telah kita terima. Alhamdulillah, disaat kita bernafas dengan udara segar yang masuk ke dalam tubuh kita, itupun merupakan berkat dan nikmat yang tidak terlihat pada mata kasarnya tetapi kita mampu merasakan manfaatnya. Mungkin jika tiada udara atau oksigen di dunia ini, sudah pasti semua kehidupan tidak akan ada atau hidup.

Hari ini aku berfikir tentang betapa pentingnya bersyukur. Kalau kita renungkan kembali, manusia memang jarang bersyukur, jarang berterima kasih kepada pemberi atau peminjam. Kita hanya tahu meminta dan meminta sehinggakan istilah meminta itu sudah sebati dalam hidup kita. Kita sebagai manusia memang mempunyai sikap lupa. Kadang-kadang kita lupa dan alpa dengan segala nikmat yang Allah beri. Yang teruknya, kita lupa pula bahawa segala nikmat yang kita dapat itu hanya bersifat sementara. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik atau mengambil kembali nikmat yang Dia berikan. 

Ingatlah, tak semua perkara yang kita inginkan, kita mampu mendapatkannya dengan mudah. Kadang kala kita inginkan kebahagiaan dalam keluarga, tapi kita dikurniakan dengan masalh yang bertimpa-timpa. Kadang kala kita impikan sesuatu tetapi lain pula jadinya. Kadang kala kita meminta agar Allah kurniakan kejayaan kepada kita setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi satu hari kita terpaksa melupakan cita-cita kita dek kerana kekangan yang tidak dapat diatasi. Pada saat ini, kita pun berasa hidup tidak adil buat kita. Ingatlah, ALLAH SUDAH MERENCANAKAN SESUATU YANG TERBAIK BUAT KITA. SETIAP SESUATU YANG KITA SUKA DAN INGINKAN DALAM HIDUP KITA TIDAK SEMESTINYA ITU YANG TERBAIK UNTUK KITA. 

Janganlah merintih mengenangkan hidup kita yang tak seindah hidup orang lain. Jika kita membenci dan tidak menyukai sesuatu yang telah dikurniakan kepada kita, itu bermakna kita tidak mensyukuri pemberian dan kurniaan dari Allah SWT. Jika kita ditimpa musibah atau sebarang masalah, anggaplah itu sebagai satu ujian yang akan memberi nikmat kepada kita kelak. Insya Allah. Ingatlah, Allah tidak akan memberikan sesuatu dugaan kepada 
hambaNya melainkan Dia tahu kita mampu menghadapinya.

Semoga kita mampu mendidik diri kita menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur di atas setiap nikmat dan pemberianNya. Insya Allah. Aminnnn.




WORDLESS WEDNESDAY #2


GiRLs' DaY oUt

Assalamualaikum..

Cer teka aku jenjalan ke mana weekend ni?? hehe. Tadi aku pi Seremban dengan dormate & sorang kawan kepada dormate aku. So, kami dating berempat jela. Ramai bebenor budak UIA yang kami jumpa rini tapi bukan kenal semua pun sebab ramai junior. Kami shopping2 kat Kompleks Terminal 1. Fine, actually aku tak pernah tahu langsung kewujudan kompleks tu. Haha. Bukan tak pernah pi Seremban tu, cuma aku jarang jenjalan kat situ. Baru plan mlm semalam je nak pi Seremban ni sebab kami dah boring sangat2 dah terperap dalam dorm.

Masa kat kompleks tu, kami berpecah. Aku jalan2 ngan Mai, Acah plak jalan dengan Sharina. Memang best la jalan ngan Mai. Hee~ Almost suma kedai kami masuk. Tengok2 sikit pastu blah. Haha. Rimas betul kami bila salesgirl @ promoter tu ikut bontot. Nak usha2 barang pun rasa tak feel. Kami lunch dekat KFC je. After lunch baru kami berpecah. Aku & Mai pi maen game kereta. Hua3. Malangnya, aku dpt 2nd place. Huu. Oke, fine! Aku memang tak terer maen2 game ni. Hahhahahaha. Mai plak menang. haish. Tak puas hati ni. Haha. gurau je. Sikit pun tak jelez wokey. Then, sambung shopping lagi.

Dah beli segala benda yang nak dibeli, aku & Mai merajinkan diri pi tenguk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Walawei, terror la adik2 tu mewarna. Most of them anak-anak cina. No wonder la terer kan. Eh, aku pun terer gak pe, cuma bakat mewarna aku perlu digilap supaya lebih berkilat & bercahaya lagi. Eh, merapu apakah ini???

Dah abes tengok adik2 comel tu, aku jalan pi tengok Kempen Kenali Ubat Anda pulak. Kih3. bagus tak kami dua orang?? Siap join games kat kat booths yang ada lagi. Join games tu dapat la cenderamata tupperware dengan benda pam2 tangan tu. Erkk, aku tataw nama benda tu. Then, pi jenguk booth yang ada barang2 tulen & tiruan. Bez bila tahu mana satu barang tiruan. So, sini ada cara-cara nak mebezakan barangan asli dengan tiruan. Lepas baca ni, pandai2 la jadi pengguna & pembeli yang bijak =)


Bagaimana hendak membezakan antara barangan asli dengan tiruan?


Ciri-ciri barangan asli:- 

  • i) Harga jualan adalah mahal/ telah ditetapan
  • ii) Dijual di premis tetap seperti komplek membeli-belah ternama atau outlet yang diiktiraf dan dilantik sahaja.
  • iii) Mempunyai kad jaminan kualiti
  • iv) Mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif
  • v) Mempunyai hasil kerja pembuatan (workmanship) yang halus, kemas serta menarik.
  • vi) Dibuat dengan menggunakan bahan yang berkualiti tingggi
  • vii) Dihasilkan di kilang yang menggunakan peralatan moden dan berteknologi tinggi.
  • viii) Kebanyakkannya diimport dari luar negara
  • ix) Tahan lama dan tidak mudah rosak
  • x) Tahap keselamatan yang dijamin selamat
Ciri-ciri barangan tiruan 

  • i) Harga jualan adalah murah dan boleh tawar menawar ke tahap minima
  • ii) Dijual di premis terbuka seperti pasar malam, gerai tepi jalan atau kaki lima
  • iii) Tiada kad jaminan kualiti
  • iv) Tidak mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif
  • v) Mempunyai hasil kerja yang tidak kemas pembuatan (workmanship) yang kasar, tidak kemas dan tidak menarik
  • vi) Menggunakan bahan yang berkualiti rendah
  • vii) Dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang paling asas, industri kecil-kecilan (belakang rumah) dan berteknologi rendah.
  • viii) Kebanyakkannya dibuat di dalam negara
  • ix) Tidak tahan lama dan mudah rosak
  • x) Tiada jaminan dan mungkin membahayakan kesihatan


Oke la, after round2 kat booths tu, kami terus balik. Sampi je UIA, aku terus patah balik pi Maybank pastu pi Tesco Nilai plak. Last before balik hostel, singgah Dataran Nilai puluk sebab pi usha2 Crime Awareness campaign. Hee. Bagus betul kami rini. Asyik pi kempen2 je. Then, terus jalan kaki je balik hostel tadi. Fuhhh, seyes penat tapi BEST! Special thanks to MAIZATUL AKMAL, SYAFIAH & SHARINA. Really had an enjoyable moment with u all today. Nanti kita jenjalan lagi yer. Sangat best shopping dengan ampa. Hiiii.

Lastly, bubye!!! Ada masa, aku update blog nie yer. Have a nice day everyone!!!



sumber: KPDNKK

HaPpiNeSs iS MiNe =)



As I go through all kinds of feelings and experiences in my journey through life -- delight, surprise, chagrin, dismay -- I hold this question as a guiding light: "What do I really need right now to be happy?" What I come to over and over again is that only qualities as vast and deep as love, connection and kindness will really make me happy in any sort of enduring way.

TUTORIAL SCM MUSIC PLAYER

Assalamualaikum.

Tetiba hari ni rasa nak buat tutorial plak. Tahu tak scm player tu rupanya macam mana?? Hahh, cer tengok kat bahagian bawah blog ni. camtulah. Nak buat music player camtu??? Meh klik SINI.

1st STEP

Choose Skin > Klik mana-mana skin yang anda suka.




2nd STEP

Klik Edit Player> Pilih URL lagu dan copy paste dalam SONG URL > Taip tajuk lagu di bahagian SONG TITLE

*Boleh dapatkan URL dari YouTube.


* Boleh letak banyak lagu. kalau dah full kotak tu, boleh klik button "Add More Songs" kat bawah tu. Nampak kan?? Kalau tak nampak, better pergi check mata tu. hehhe.


3rd STEP

Klik Configure Settings > Pilih mana-mana yang anda suka: Nak auto start ke tak etc.




4th STEP

Dah setel semua?? Oke, silalah klik button DONE kat bawah tu & pastu akan keluar HTML code macam gambar di atas.

Pergi ke Layouts > Add a Gadget > Pilih HTML/JaveScript > Copy code tadi dekat situ & save.

DONE!







KeSeDiHaN iTu TeLaH MeNCuCi MaTaKu.


Assalamualaikum.

Aik?? Apa pasal pelik sangat tajuk tu??? Haha. Abaikan je tajuk tu sebab aku tataw nak tulis tajuk apa. Hee. Apapun, Alhamdulillah. Walaupun aku bersedih malam nie sambil layan Kabhi Kushi Kabhi Gham siap nangis2, ada jugak kawan2 yang menghiburkan aku. Kawan kelas, sekolah, & dormate A35 tersayang. Oke, tamaw sedih2. Aku kena kuat. Nie sem last kat Nilai. Nak hepi2 je. Heee~ Aku ingat pesan mak ayah & cikgu, aku kena kuat sebab perjalanan hidup aku insya Allah masih panjang. Tu pown kalo umur aku panjang. Kawan-kawan, i need support from u ol. Semoga kita sama-sama capai kejayaan dunia & akhirat.

Rugi Kalau Anda Tak Berjanggut !


Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya. 

Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu. Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut… Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda… 

“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” Lalu Baginda menjawab.. 
” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”…..









Sumber: Facebook.

WORDLESS WEDNESDAY


=.=

BaHaGia BeRsAmA MeReKa

Assalamualaikum.
Hey gurls & boys. Sukacita dimaklumkan bahawa aku masih berseronok bersengkang mata menulis entry ini di rumah. Weeeeee. I was able to spend this weekend with my family at home. Sebulan tak balik, terperap je kat UIA Nilai tu. Tak keluar lepak mana-mana pun. Actually, I had planned to go back home last weekend with my sis but then she had a lot of assignment to do. Pity her. Hee~ Sokey. We now managed to be with our parents. Memandangkan aku kurang berduit, so akak aku la jadi sugar mommy aku. Kih3. Tambang bas dia yang bayarkan & sebagai balasan aku belanja dia KFC.

Masa dalam bas, aku n akak lapar sgt so kami pun bukak la kotak comel ayam KFC tu. Errkk, bila buka n makan je orang2 yang duduk dekat2 dengan seat kami semua dah tengok pelik. Alamak.. pakcik, makcik, akak, abang.. Jemput makan sekali meh. Hahah. Lepas makan, aku & kakak terus tidur. Kwang3. Bagus punya anak dara. Pahtu, sedar2, bas dah berhenti kat hentian mana ntah. Aku bukak je mata, tengok2 bas dah almost kosong. Aku & akak je tak turun. Zzzzz.. sambung tidur balik. Pahtu bila dah bising dengan suara orang lain, aku bukak mata balik. Tengok2 semua pakat angkut makanan angkat bas. Kih3, depa lapar rupanya. Aku & akak sedap je tidur kekenyangan.

Jeng3, dah maghrib dah pun masa kami sampai Shahab. Tapi ayah& mak mai jemput kami lewat gak atas sebab2 tertentu. hehe. Dalam kereta mak pun tanya aku, "Awat tak pi shopping dulu sementara tunggu mak?". Aku dengan slumbernya jawab' "Mak, cena nak shopping?? Duit adik tinggal seringgit ja." Haha. Kesian sangat kan kat aku. Miskin sungguh.

Upppss, lupa! Hari aku balik tu ialah hari ulangtahun kelahiran ayah. Aku tak sempat nak kol utk wish so aku wish dalam kereta je bila da sampai Alor Star. Pahtu akak aku pun sibuk la tiru aku wish. Kwang3. Ayah bawak kami makan dekat stadium Alor Star sebab aku dah kebuloq sangat dah. Kesian. Anak sapa la nie??
Oke! Dah kenyang & aku pun ngantok, so terus je balik rumah after makan. Sampai je kat rumah, aku bagi chocolate kat ayah. Konon2, hadiah bufday la tu. Haha. Tak sempat nak beli hadiah lain. Tapi ayah sukaaa.. Siap berebut-rebut dengan mak lagi. Hik3. Comel sangat mak & ayah nie.

Apa2 pun aku hepy sangat la balik rumah weekend ni. Thank akak sebab belanja tambang tiket adik. Hehe. Mak, ayah... Tunggu adik balik nanti pulak yer. I LOVE U ALL SO MUCH!!!




-Entry lambat dipost atas sebab2 tertentu.