GiRLs' DaY oUt

Assalamualaikum..

Cer teka aku jenjalan ke mana weekend ni?? hehe. Tadi aku pi Seremban dengan dormate & sorang kawan kepada dormate aku. So, kami dating berempat jela. Ramai bebenor budak UIA yang kami jumpa rini tapi bukan kenal semua pun sebab ramai junior. Kami shopping2 kat Kompleks Terminal 1. Fine, actually aku tak pernah tahu langsung kewujudan kompleks tu. Haha. Bukan tak pernah pi Seremban tu, cuma aku jarang jenjalan kat situ. Baru plan mlm semalam je nak pi Seremban ni sebab kami dah boring sangat2 dah terperap dalam dorm.

Masa kat kompleks tu, kami berpecah. Aku jalan2 ngan Mai, Acah plak jalan dengan Sharina. Memang best la jalan ngan Mai. Hee~ Almost suma kedai kami masuk. Tengok2 sikit pastu blah. Haha. Rimas betul kami bila salesgirl @ promoter tu ikut bontot. Nak usha2 barang pun rasa tak feel. Kami lunch dekat KFC je. After lunch baru kami berpecah. Aku & Mai pi maen game kereta. Hua3. Malangnya, aku dpt 2nd place. Huu. Oke, fine! Aku memang tak terer maen2 game ni. Hahhahahaha. Mai plak menang. haish. Tak puas hati ni. Haha. gurau je. Sikit pun tak jelez wokey. Then, sambung shopping lagi.

Dah beli segala benda yang nak dibeli, aku & Mai merajinkan diri pi tenguk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Walawei, terror la adik2 tu mewarna. Most of them anak-anak cina. No wonder la terer kan. Eh, aku pun terer gak pe, cuma bakat mewarna aku perlu digilap supaya lebih berkilat & bercahaya lagi. Eh, merapu apakah ini???

Dah abes tengok adik2 comel tu, aku jalan pi tengok Kempen Kenali Ubat Anda pulak. Kih3. bagus tak kami dua orang?? Siap join games kat kat booths yang ada lagi. Join games tu dapat la cenderamata tupperware dengan benda pam2 tangan tu. Erkk, aku tataw nama benda tu. Then, pi jenguk booth yang ada barang2 tulen & tiruan. Bez bila tahu mana satu barang tiruan. So, sini ada cara-cara nak mebezakan barangan asli dengan tiruan. Lepas baca ni, pandai2 la jadi pengguna & pembeli yang bijak =)


Bagaimana hendak membezakan antara barangan asli dengan tiruan?


Ciri-ciri barangan asli:- 

  • i) Harga jualan adalah mahal/ telah ditetapan
  • ii) Dijual di premis tetap seperti komplek membeli-belah ternama atau outlet yang diiktiraf dan dilantik sahaja.
  • iii) Mempunyai kad jaminan kualiti
  • iv) Mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif
  • v) Mempunyai hasil kerja pembuatan (workmanship) yang halus, kemas serta menarik.
  • vi) Dibuat dengan menggunakan bahan yang berkualiti tingggi
  • vii) Dihasilkan di kilang yang menggunakan peralatan moden dan berteknologi tinggi.
  • viii) Kebanyakkannya diimport dari luar negara
  • ix) Tahan lama dan tidak mudah rosak
  • x) Tahap keselamatan yang dijamin selamat
Ciri-ciri barangan tiruan 

  • i) Harga jualan adalah murah dan boleh tawar menawar ke tahap minima
  • ii) Dijual di premis terbuka seperti pasar malam, gerai tepi jalan atau kaki lima
  • iii) Tiada kad jaminan kualiti
  • iv) Tidak mempunyai bungkusan yang menarik dan eksklusif
  • v) Mempunyai hasil kerja yang tidak kemas pembuatan (workmanship) yang kasar, tidak kemas dan tidak menarik
  • vi) Menggunakan bahan yang berkualiti rendah
  • vii) Dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang paling asas, industri kecil-kecilan (belakang rumah) dan berteknologi rendah.
  • viii) Kebanyakkannya dibuat di dalam negara
  • ix) Tidak tahan lama dan mudah rosak
  • x) Tiada jaminan dan mungkin membahayakan kesihatan


Oke la, after round2 kat booths tu, kami terus balik. Sampi je UIA, aku terus patah balik pi Maybank pastu pi Tesco Nilai plak. Last before balik hostel, singgah Dataran Nilai puluk sebab pi usha2 Crime Awareness campaign. Hee. Bagus betul kami rini. Asyik pi kempen2 je. Then, terus jalan kaki je balik hostel tadi. Fuhhh, seyes penat tapi BEST! Special thanks to MAIZATUL AKMAL, SYAFIAH & SHARINA. Really had an enjoyable moment with u all today. Nanti kita jenjalan lagi yer. Sangat best shopping dengan ampa. Hiiii.

Lastly, bubye!!! Ada masa, aku update blog nie yer. Have a nice day everyone!!!



sumber: KPDNKK

1 00 people spread ♥:

cheqwa said...

waaah,besnya kuar..awat xuplaod gambaq??hehe.aah,ramai kuaq hari ni.junior dorm cheqwa pon kuar tgok wayang :D

Post a Comment