Entry terakhir sebelum balik raya.

Salam Ramadhan semua=)

Huuu.. kawan2 aku mesti masih lena diulit mimpi kat rumah nie. Btol tak??? Mesti btol punya niee. Aku bley agak dah. Haha. Aku nie hah, bukan lena diulit mimpi, tapi tidur tak lena. Aku tidur pun dekat pukul 3pagi dah. Pastu aku terjaga pukul 5 lebih sebab ada orang tu suruh bangun. Kwang3. Hey, orang suruh kejut time Subuh la. Aku ngantok sangat2 so aku sambung la tidur balik. Tidur bangun terjaga, bangun tidur terjaga + mimpi sket2, pukul 7 lebih baru aku bangun. Rasa nak sambung tidur lagi sebab aku masih mengantuk tapi aku takut tidur tak bangun2, satgi kakak aku tak jumpa lak aku kat stesen bas Kajang tu hah. Lagipun aku nak keluar awal sket. Nak pi cari buat tangan bawak balik rumah. Teeheee, anak yang baik ni. Nak pi cari sikit kuih2 raya, nanti tak payah la mak aku susah2 buat banyak2 sangat. Semalam pun dah jenjalan sorang2 kat Nilai Square pahtu pi beli makanan kat kedai makcik. Aku kol mak cakap yg aku duk sorang2 & jalan sorang2 pi Nilai Square, pastu mak tanya, "Tak takut ke jalan sowang2?" Erkk, mak bukan tataw anak mak ni kadang2 terlebih berani & tak takut. Dari kecik dah jalan sowang2 pi sana pi sini. Tapi KADANG2 jela. Muahahhaha. Buktinya, aku rasa macam nak lari pecut bila sorang laki ni terjenguk2 muka aku. Seram betol. Naseb baek aku kat area bazar time tu. Ramai org so tak takut sangat. Aku tak sure laki tu betol ke tak. I mean tak sure dia waras n sihat akalnya or tak sebab laki tu PELIK. Then dekat2 time nak berbuka, mak aku kol balik, "Eh, btol ke duk sorang2 tu?". Aku pun dengan air mata dah bergenang *Tetttt, kantoi nanges*, "Yela, adik duk sorang ni hah". Aku nak nanges tu bkn sebab aku takut tapi sebab memang pesen(fesyen) aku jenis mudah menangis bila cakap phone dengan mak ayah aku. Mak ayah aku tak pernah taw pun sebab aku pandai cover. Keh3. Mak siap ingat aku selsema lagi pahtu suruh makan ubat. Haiyarkkk. Ubat utk org menanges apa yerk??? *Garu kepala sat!*. 

Overall oke jer tidur sorang2 semalam. Siap tidur lena lagi. hehehe. Syiokk maa. Sejuk!! Mcm ada air-cond kat A-3-5 nie. Kipas dah dicuci, exhaust fan dah oke. Fuhhh, memang nikmat lar. Sampaikan dari awal tidur sampai bangun tidur aku guna selimut. Pagi2 terpaksa off exhaust fan pahtu slowkn kipas. Ehh2, cakap pasal sejuk ni, aku terlupa yang aku belum mandi. Teeeheee. Nak chow pi mandi dulu. Satgi nak berangkat pulang ke Kedah dah jam 1.30ptg nie. Doakan keselamatan aku yep.

Akhir kata dari Nurul Syafiqah bt Ramlee, SELAMAT HARI RAYA buat teman2 tercinta, dormate aku budak2 A35 yang comel2 belaka, cikgu2 & lecturer2 yang dah banyak berjasa dekat aku n tak penah penat mengajar aku selama nie. Anda semua adalah yang terbaik pernah hadir dalam hidup aku=). Ampunkan segala salah silap aku yer. 0-0 oke? Thank u very much. I love u all 

1 00 people spread ♥:

Anonymous said...

sory swuh dia bgun~

Post a Comment