Leteran + Tips Mudah Lelap Waktu Malam.


Hari ni saya nak bagi tips sikit yer. Sila baca baik-baik yer! Sebolehnya ikutlah tips saya ini. Huahuahua. Maafkan saya kalau bahasa ni SEDIKIT baku, tapi taklah baku sangat pun. Cuma nampak macam skema sikit kan. Seharusnyalah kan kita bangga dengan bahasa kebangsaan kita. Saya mengaku sebagai anak muda, saya selalu juga rosakkan bahasa. Biasa la kan. Trend bahasa sms.. banyak singkatan. Tapi tak da la sampai eja ‘saya’ jadi ‘saia’. Yang tu paling saya tak boleh terima. Tak tahu la kenapa. Haha. Saya kalau sms tulis ‘kalau’ tu jadi ‘kalo’. Hihi. Banyak je perkataan yang telah disingkatkan oleh anak muda sekarang ni termasuklah tuan blog ni *Siapa entah??. Eh, jap. Orang tua pun ada je, tapi tak ramai la.

Baiklah, kita teruskan dengan resepi kita. Eh, bukan resepi la. *Ingat program masterchef ke apa??? Saya nak cakap pasal tips nak mudahkan kita tidur kalau dah selalu sangat susah nak tidur malam. Itu yang berlaku dekat saya. Dah hampir sebulan dah dan saya rasa saya manusia kurang normal. Mungkin lelaki-lelaki di luar sana rasa normal je kalau ini yang berlaku pada mereka. Paham-paham jela wahai lelaki sekalian kan. Sanggup tinggal bini dekat rumah  malam malam lepas tu keluar melepak dengan kawan-kawan dekat luar. Layan kopi, layan bola dan banyak lagi la. Hihi. Saya sangat tak gemar lelaki seperti itu. Encik lelaki, tanggungjawab awak jaga bini ke jaga kawan-kawan???? Esok dekat akhirat, tanggungjawab awak kepada isteri tu yang akan disoalkan dulu tau! Eh, ampun. Saya kuat berleter. Kali ni betul-betul nak cakap pasal tips tu. Haha

Tips 1: Pasang muzik yang mendayu-dayu.Kalau tak ada orang nak dodoi awak, awak bagi je lagu tu dodoi awak. Jangan pasang kuat-kuat. Nanti rasa macam duduk dekat disko pula. Pasang dengan ‘volume’ yang perlahan je. Macam orang buat ‘candle light dinner’ tu, kan pasang muzik perlahan je. Haha. Romantik gitu.

Tips 2: Awak menangis teresak-esak. Psssttt, berkesan tau cara ni. Kalau kita menangis tak henti-henti, kita akan cepat akan rasa letih, jadi cepat juga la kita terlelap. Tak percaya?? Cuba la sendiri. Kalau awak perasan, anak-anak kecil kita( macam la saya ada anak) yang menangis malam-malam tu akan tidur bila dah penat menangis. Kalau yang mudah menangis bila sedih, bagus la. Menangis puas-puas. Tapi bila awak bangun tidur nanti, mata awak akan bengkak dan rasa pedih. Tu la. Siapa suruh menangis banyak-banyak. Hehe. Jangan salahkan saya =p

Tips 3: Awak pergi dapur, ambil makanan. Makan puas-puas sampai kenyang. Bila perut kenyang, hati gembira, mata pun minta ditutup. Hehe. Tak gitu? Tapi jangan la terus tidur lepas makan, nanti perut awak buncit.

Tips 4: Pergi ambil wuduk, buat solat sunat kemudian baca al-Quran. Kalau rasa kurang rajin solat sunat, baca al-Quran cukup la sampai awak rasa letih. Kan dapat tambah pahala sikit. Baca terjemahan ayat tu sekali.

Tips 5: Pergi jogging keliling rumah 15 pusingan atau lebih. Selain dapat menyihatkan badan, awak akan terasa letih dan senang nak tidur. Betul kan kan kan.

Ok. Itu je cara yang saya pernah cuba buat. Kadang-kadang berkesan. Kadang-kadang tak. Selama saya tak boleh tidur malam ni, saya selalu tidur selepas subuh tetapi tips nombor 2 tu buatkan saya boleh tidur seawal pukul 12 malam semalam tapi bertahan 3 jam jela. Lepas tu tak boleh tidur dah. Kalau selalu tak boleh tidur malam tu, cepat-cepat la bertaubat. Kang tak sempat. Ngeh3. Gurau je. Semoga semua orang boleh tidur dengan nyenyak dan dengan normalnya..

Budak ni bagus. Saya tidur dia tidur. Saya bangun dia pun bangun juga. Tengok gaya dia tidur dengan kaki macam tu. Masa ni dia kesejukan. Minta dipeluk lar tu. XOXO!


0 00 people spread ♥:

Post a Comment