Berfikir Sejenak..


Kalau saya mati..
Orang akan sedar tak kenapa saya jadi begini..?
Orang akan ambil tahu tak keinginan saya semasa di dunia yang tak mampu saya miliki??
Kalau saya mati..
Ada yang bersedih tak??
Ada yang akan menziarahi dan mengiringi jenazah saya ke kubur tak??
Kalau saya mati..
Ada yang akan doakan saya di alam sana tak??
Ada yang mahu solat jenazah untuk saya tak??

Buat yang mengenali diri ini, apabila saya dijemput kembali ke rahmatullah, ziarah dan iringilah jenazah saya ke kubur yea. Masa tu saya keseorangan. Tapi kalau tak dapat ziarah pun tak mengapa. Tunaikanlah solat jenazah untuk saya dan paling kurang pun sedekahkanlah al-Fatihah dan doakanlah saya. Syukran jazilan :’)

Wanita yang menolak perkahwinan


Masih ramaikah wanita yang menolak perkahwinan pada zaman sekarang?? Tahu tak betapa ruginya golongan wanita seperti ini. Sebagai seorang perempuan, saya juga pernah berfikir untuk tidak berkahwin kerana bimbang tidak mampu memikul tanggungjawab selepas berkahwin. Tapi itu dulu, masa saya masih belum matang. Yela, masih kanak-kanak lagi kan masa tu. Hurm, ada je wanita sekarang yang memandang perkahwinan itu sebagai satu bebanan yang akan menyekat kebebasan dan hidup akan mula terpikul dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak. Walaupun saya belum berkahwin, saya dapat rasakan cabaran dalam menguruskan rumah tangga bila melihat kehidupan orang di sekeliling saya tapi ada rakan-rakan yang telah berkahwin menceritakan perkahwinan mampu memberi kebahagiaan pada jiwa. Jika sebelum berkahwin, banyak masalah yang terpaksa dihadapi bersendirian tetapi setelah setelah berkahwin, Alhamdulillah, Allah beri kita teman untuk berkongsi susah senang hidup ini. Masya Allah, indah kan perkahwinan itu.

Sikap wanita yang tidak gemar atau menolak perkahwinan itu telah bertentangan dengan kehendak ajaran Islam dan fitrah semulajadi manusia yang memerlukan pasangan hidup. Lelaki perlukan perempuan, perempuan perlukan lelaki. Betul tak?? Ini sunnatullah kejadian manusia. Ibarat talian elektrik yang memerlukan cas positif dan negative untuk menghasilkan cahaya. Tapi kenapa munculnya ayat “No women, no cry” atau “No Men, no cry” etc. Oh, pasal ini saya kurang faham. Mungkin nak menyatakan mereka  boleh hidup bahagia sekalipun tanpa kehadiran insan yang berlainan jantina sebagai pasangan hidup atau ada yang lebih tertarik untuk ‘bersama’ insan sejantina. Nauzubillah.

Melalui pembacaan saya, secara umumnya pintu syurga bagi kaum wanita lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Sabda Rasulullah SAW, “Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki”. Subhanallah. Betapa beruntungnya wanita, bukan?? Jika wanita itu berkahwin dan mentaati suaminya, dia dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat tetapi berbeza pula dengan yang tidak berkahwin, walau sehebat manapun solat dan puasanya serta menjaga maruah, dia tidak akan dapat mentaati suami. Kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya sehinggakan Rredha Allah pun bergantung kepada redha suami. Alangkah beruntungnya wanita :’)

Antara kelebihan wanita yang berkahwin ialah:

    
- Semasa hamil, wanita itu akan mendapat pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah).
- Apabila menyusukan anak, akan diberi satu kebajikan bagi setiap titik susu itu.
- Diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba apabila berjaga malam kerana menguruskan anak.
- Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka
- Diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya.
- Wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di  syurga kelak.
- Wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala
- Wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
- Redha Allah bergantung kepada redha suami. Jika suami redha dengan perlakuan seorang isteri, maka si isteri itu akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran.

Masya Allah, alangkah beruntungnya wanita yang berkahwin:’) Jadi, mengapa harus menolak perkahwinan? Jika berkahwin, hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu pun sudah mendapat pahala yang banyak. Ya Allah, moga saya diberi peluang untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan seorang ibu yang mampu berbakti kepada keluarganya. Aminnnn. Do pray for me :’) Oh yea, untuk rakan saya yang asyik cakap tak nak kahwin tu, baik fikir betul-betul. Hehe. Saya tahu awak hanya berkata sedemikian dekat mulut je, tapi dalam hati.. jeng3. Saya faham situasi awak dan sebab awak berkata sedemikian. Jangan risau, saya doakan semoga awak dan saya dikurniakan jodoh yang baik. Insya Allah. Aminnnnnn.
Sabda Rasulullah S.A.W: “Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun dia bergurau dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang memperelokkan akhlaknya.” - Hadith Riwayat Abu Dawud~

Buat Teman Tersayang =)


KADANG-KADANG HATI NI JADI SEDIH, PILU..
KAU TAK SEPERTI YANG LAIN..
YANG MAMPU MENIKMATI HIDUP BERTEMAN, BERKELUARGA..
KAU SUNYI…
SEGALA KEPERITAN, SEGALA KESUSAHAN..
HADAPILAH DENGAN TABAH DAN SABAR..
ANGGAPLAH IANYA SEBAGAI PENGHAPUS DOSAMU…
SENYUMLAH SEHINGGA SATU DUNIA TIDAK TAHU AKAN KESULITAN YANG DIHADAPIMU..
JIKA ADA YANG CUBA MENJATUHKANMU, BANGKITLAH DAN BERLAWAN DENGANNYA..
JANGAN TUNJUKKAN YANG KAU LEMAH…
BERJUANGLAH MEMPERTAHANKAN DIRIMU..
JANGAN SAMPAI KEPALAMU DIPIJAK OLEH MUSUHMU.

ALLAH TAKKAN MENGUJIMU  SEBEGITU RUPA..
MELAINKAN KAU MAMPU MENGHARUNGINYA..
BERDOALAH SUPAYA KAU DIBERIKAN KEKUATAN OLEH-NYA…
JIKA KAU RASA KAU TAK PUNYA SIAPA-SIAPA..
INGATLAH!
ALLAH ADA BERSAMAMU..
DIA PENCIPTAMU, DIA TAHU SEGALANYA TENTANGMU…

black=)




Love This!













p/s: If you don't mind I put all these pictures. I love it! =))

Newly Weds =)

Salam Disember buat semua. Huaaa i really miss my blog walaupun selalu buka tapi jarang update sebab malas. Well, mentang-mentang cuti, mula la malas nak buat segala benda kannn. A few weeks ago, my sister got married. Wahh, saya sangat jeles. Disebabkan saya jeles, saya buat-buat macam orang tak ada perasaan supaya orang lain tak perasan pun kejelesan saya ni. Kwang3. Just Kidding :D 

Saya ada dua orang kakak tapi ini bukanlah perkahwinan kakak yang sulung. It's my 2nd sister's wed. Upppss, terlangkah bendul. Well, dah jodoh dia kan. Hopefully kakak sulung cepat-cepat kahwin supaya adik dia yang yang lain tak terlangkah bendul lagi. *Merujuk kepada the blog owner =p. Haha. Takdanya saya nak langkah bendul. Insya Allah.

First time dalam hidup, saya dapat seorang abang. Actually saya kurang bercakap with my BIL sebab saya kan pemalu ;) Keh3. Bila my BIL ada kat rumah, saya kena la berlagak sopan sikit. I mean tak boleh la nak buas sangat dengan adik-adik. Haha. Kang dia cakap saya ni macam budak sekolah rendah pulak. Pasal tahap kebuasan saya sekarang, hanya family je tahu. Kah3. Tapi saya buas dengan adik saya saja=p. Sekali sekala bagi la budak 19 tahun ni merasa jadi cam kanak-kanak. Tahun depan dia dah 20 tahun. Sobss. Waaaaaaaaaaaaaa.. I can't believe this.

at my BIL's house.

Hey, anyway my family dah bertambah. Dah jadi 8 orang. Huhu. So, kakak, please cepat-cepat bagi cucu dekat mak dan ayah. Tapi lepas awak habis belajar la yer baru boleh ada anak. Keh3. Itu nasihat dari adikmu ini sebab lecturer ISM saya cakap, kesian dekat student perempuan yang kahwin awal & ada anak. Anak tu asyik nak melekat dengan maknya aje. Cena nak fokus belajar kalau camtu kan. Unless the grandparents sudi jaga their grandchildren.

Last words from me to the newly weds, Kak Mi n Abg Mizi... Congratulations! Abg, hope you still remember your promise on my birthday; to take care of my sister. Love her like you love your mom. Ecehh. May both of you have a very wonderful wedded life and may Allah grants you with zuriat yang soleh and solehah. Aminnnn..

5 PERKARA ELOK DISEBUT


 Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. 
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat?  Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. 
Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepada Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik.  Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.