Buat Awak..


Sahabat,

Banyak sangat yang saya nak kongsi n cerita pada awak tetapi kita dah jauh dan bukan selalu dapat jumpa. Tapi setiap kali kita jumpa, mesti awak akan tanya saya macam mana? Ok tak? And saya banyak cakap ‘ok kot’. Tetapi kat ‘dalam’ ni sebenarnya tak ok L Dulu bila2 free, awak akan datang jumpa saya, cerita masalah awak.. saya tak kisah sebab saya suka dengar semua tu. Daripada masalah atau cerita awak tu, kadang2 saya akan belajar ‘something’. Awak mesti datang dorm saya, lepas tu tengok je saya tidur, bukan nak kejut pun, nak tunggu sampai saya sedar sendiri plak yang awak duk depan saya. Ish malu bebenor la bila awak tengok saya tidur. Tapi saya suka awak buat camtu. Haha. Masa tu la nak sembang cerita peribadi etc ;)

Eh, sebenarnya since 2 3 tahun ni banyak je saya nak cerita tapi tak tercerita. Tak best nak cerita kat mesej. Rindunya zaman dulu.  Thanks sebab saya rasa selama kita berkawan, awak sentiasa jaga hati saya. Maafkan saya kalau ada masa-masa tertentu, tanpa saya sedar dah sakitkan hati awak ke apa ke. I didn’t mean it. Sorry ok! Orang pernah buat saya ‘jatuh’ dan masa tu, awak sentiasa ada dan baik je dengan saya. Kalau ada pape yang tak baik pasal saya or anything yang awak kurang senang dengan saya, saya rasa awak tak pernah tunjuk semua tu depan2. I mean awak tak pernah nak condemn saya dan still terima baik buruk saya dan …. Ok, tak mampu cakap dah sebab saya bukan seseorang yang pandai meluahkan semua yang nak diluahkan ni. Just in short, I LOVE YOU MY FRIEND. Saya nak sangat persahabatan ni kekal sampai bila2 :D Jangan lupa kat saya ok walaupun nanti kita dah tua nyanyuk ke apa ke :p

Pssst, saya nampak awak bahagia sekarang. Saya doakan awak cepat2 kahwin dengan dia:p *Tetiba je. Hihi. Awak kahwin cepat2 bila dah mampu nanti ok! Bila ada masalah, saya sentiasa ada untuk awak J Tu pun kalau saya diperlukan la. Haha. Belajar rajin2 ye awak. Capai apa yang awak impikan selama ni ye.
Saya bersyukur duk dekat UIA ni. Saya jauh dari awak tapi Allah bagi saya duduk dengan Pija & Tiqah yang sentiasa jaga dan support saya. Oh, terima kasih buat semua yang bergelar sahabat saya dunia akhirat. XOXO!

Mood: rindu pada seorang sahabat… (Pengaruh rakan sangat kuat pada setiap orang kan kan kan.  Tak semua benda kita nak cerita pada parents or orang2 kesayangan kita etc. Kebanyakannya ada pape je mesti kita cari kawan kita jugak kan3. )


3 00 people spread ♥:

~Filzati Zulkepli~ said...

XOXO too <3

thanks too for being my friend ! hikhik. love you till Jannah, InsyaAllah

Anonymous said...

Ur story..so sweet..selalu ikhlas taw

Nurul Syafiqah said...

pija: love u!! ingat tu taw! :-*

anon: insya Allah akan sentiasa cuba untuk ikhlas

Post a Comment