2012 :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, alhamdulillah tahun 2012 muncul jua. Saya dah 20 tahun sekarang :) Unbelievable right? Badan kecik cenggini dah 20 tahun? Eh, jangan nak pandang pada tubuh badan taw! Pandang pada jiwa. Jiwa 20-an ni. Haha. Yela tu kan. 

Malam tahun baru ni rasa cam nak touching-touching pulak. Cuti saya tinggal lagi 30 hari. Saya sedih ke?? Erm rasanya ada la sikit sedih2 tu tapi happy and tak sabar pun ada jugak :D Sedih sebab nanti tak dapat nak bina badan tambah lemak lagi kat rumah. Happy dan tak sabar sebab nak jumpa kawan2. I miss them soooooooooo much :') Duduk rumah lama-lama pun tak elok untuk diriku ini yang hampir gila. Oh, kenapa? Rahsia :)

Now, i'm a little bit worry. Nanti tak sama mahallah dengan kawan saya :( Tak boleh nak sebilik macam kat CFS dah. Sob sob. *Air mata turun banyak dah ni.* Saya bukan tak boleh survive ke apa kalau tak sebilik dengan dia cuma nanti kalau saya nangis2 siapa nak lap air mata saya? Eh, gurau je. Saya tak susahkan kawan saya untuk lap air mata saya pun. Saya kan dah besar :) Tak mengapa la kalau saya terpaksa berjauhan dengan dia. Macam la tak boleh jumpa kan3. Lagipun nanti insya Allah sekelas :)

Untuk kawan saya yang tersayang, terima kasih sebab sudi melayan kerenah saya selama ni. Terima kasih sebab selalu tanya dan ambil berat bila saya ada masalah. Terima kasih sebab ajar saya makan banyak. *Betul tak eh?? Betul la kan. Awak selalu bawak makanan banyak2 untuk saya :)* Terima kasih sebab selalu pesan supaya saya jangan nangis2. Terima kasih banyak-banyak sebab terima baik buruk diri saya. Terima kasih sebab bantu saya dikala saya dilanda kesulitan. Terima kasih sebab jadi kawan saya yang sangat baik.  Hope our friendship remains until Jannah. Aminnnn.

To my beloved (family, best friends, friends, schoolmates, classmates), Happy New Year!!!! I'm so sorry for my wrong doing towards all of you. I'm not a perfect NURUL SYAFIQAH. Please keep in mind that I love you all! Semoga damai dan kasih Allah mengisi setiap hari dalam hidup kita sepanjang tahun 2012 ini. Be happy everyone! :)


Jika bersahabat kerana Allah, jagalah KEAIBANNYA dan jangan merendahkan dirinya. 

Jika bersahabat kerana Allah, NASIHATILAH dia dan bersedia MENERIMA nasihatnya.

Jika bersahabat kerana Allah, MAAFKANLAH dirinya.

Jika mengaku bersahabat kerana Allah, terimalah KELEMAHAN dan SIKAPNYA 

dan jangan pula menjaja kelemahannya pada umum.

Jika kamu MENGIDAMKAN seorang SAHABAT SEJATI, maka BERUSAHALAH menjadi sahabat sejati kepada orang lain. 

Insya ALLAH.

0 00 people spread ♥:

Post a Comment