29.12.13


Ya Allah,
I love them so much!
Please guide me, 
Please guide my whole family,
to your Jannah.


16.12.13




People O People

Nak memegang sesuatu amanah tu bukan mudah. And you know what, menjaga rahsia itu pun amanah?? Kalau kita ni rapat dengan sesiapapun, tapi bila mana kita terasa atau tak suka sesuatu dengan orang tu, perlu ke kita cerita pada yang lain. Kemudian, bila tak puas hati dengan orang lain plak, kita akan cerita pada teman rapat kita pulak. Apa ni? Talam dua muka ke batu api ke muka tembok ke takda muka? Kbye. Bila mana kita ni bermuka-muka dan ada yang sedar kita asyik cerita itu ini perihal teman kita pada yang lain, tapi bila berdepan dengan orang, lain pula reaksinya, kita tak rasa ke orang akan mula hilang kepercayaan pada kita? Kalau benar kita concern pasal seseorang tu, takkan nak tunggu orang lain suruh baru kita nak tunjuk concern tu? Concern is about something that can easily be realized. Kalau kita sayang teman kita, kenapa kita sanggup biarkan saja orang lain sakiti teman kita? Malah kita memihak pada orang lain yang menyakiti teman kita. Kalau nak kata orang lain berubah, tepuk dada tanya diri, kita ni masih di takuk lama, tak berubah mahupun ada buat orang lain terluka? Sebelum terlalu sibuk mengambil tahu perihal orang lain, fikirkanlah adakah diri mahupun hidup kita terlalu sempurna sampai tidak perlu diambil tahu? Sebelum bercakap tentang itu ini pasal orang lain, adakah kita dah betul2 selidik apa yang sebenarnya terjadi?
Dalam hidup ni wujud insan yang bermuka-muka. Tak tahu sebenarnya orang seperti ini memihak pada siapa. Kalau kita tengah terlalu 'sakit' sampai menangis teresak-esak tapi orang lain buat bodoh pada kita, kita akan rasa lebih sakit. Bukan mengharap apa-apa cuma bila mana orang lain tak ada hati pun nak tanya kenapa dengan kita, buat apa kita nak terhegeh-hegeh pergi cari orang tu. Anddddd, what is the point kalau terlalu percayakan orang lain sampai orang tu mengata kita kat belakang. Kita mungkin tak tahu, tapi Allah tahu, Allah nampak apa yang kita buat. Kadang-kadang kita lupa pahala kita tak cukup banyak lagi sampai kita terlalu sibuk mengumpat orang untuk menambah dosa. Bila mengumpat pun kadang-kadang indirectly boleh memecahbelahkan hubungan orang lain. Lepas tu, buat muka sepesen a.k.a muka tak bersalah. Buat apa kita terlalu sibuk dengan kisah orang lain sampai akhirnya, kita dah menghuru-harakan hidup orang lain. Kalau kita nak mengata, mengumpat atau menyebarkan aib orang lain, fikirkan aib kita dulu. Tak perlu buang masa berjaga malam ke lupakan study ke semata-mata nak terlalu sibuk perihal orang lain. Kalau sakit, kalau terasa hati, fikirkan rasa sakit orang lain yang sebenarnya kita tak mampu nak rasa pun, so that kita akan mampu ingatkan diri sendiri yang tidak ada sesiapa pun yang sempurna atas muka bumi ni. Try to put yourself in other people's shoes so that you can feel the pain that he or she felt. Jangan sesekali terlalu mudah nak assume itu ini walhal kita tak tahu apa yang orang lain lalui. Respect each other! Jangan mengharapkan kepercayaan daripada orang lain sedangkan dalam diam, kita sendiri yang musnahkan kepercayaan itu. Sekian sahaja sesi muhasabah diri pada kali ini. Muhasabah diri sendiri so that I am reminding myself about all of these. Not critizing anybody so tak perlu terasa apa-apa. Peace! (V)


Segala yang baik dan sempurna itu datang daripada Allah SWT dan segala yang buruk dan cela itu datang daripada diriku yang terlalu banyak kelemahan. Moga Allah tetapkan imanku. kuatkan hatiku, tabahkan diriku untuk menempuh segala ujian yang diberikan buatku. Moga Allah bimbing aku ke jalan yang diredhaiNya. Moga Allah pelihara hatiku daripada hasad dengki. Moga Allah lindungi insan-insan yang aku sayang. Ameen.


With love,
XOXO.

PERIBADI MENGIKUT BULAN KELAHIRAN BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILAH KAMSAH

Assalamualaikum..

The awesome 'NOVEMBER'ian :


  1. sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
  2. berfikiran kehadapan
  3. berfikiran unik dan bijak
  4. penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
  5. pemikiran yang tajam
  6. daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  7. bagus untuk jadi doktor
  8. cermat dan teliti
  9. personaliti dinamik
  10. sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  11. banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  12. berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
  13. terlalu degil dan keras hati
  14. apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya
  15. tak suka marah kecuali digugat
  16. mudah ambil berat terhadap orang lain
  17. pandai muhasabah diri
  18. cara berfikir lain dari org lain
  19. otak yang sangat tajam
  20. pandai mendorong diri sendiri
  21. tidak hargai pujian
  22. kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu akan mencuba sampai berjaya
  23. badan yang tough
  24. kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
  25. romantik
  26. tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
  27. suka duduk dirumah
  28. sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  29. amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
  30. tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
  31. bercita-cita tinggi
  32. perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
  33. banyak idea dalam perkara


Tehee. Rasa macam banyak yang kena dengan aku. Tapi yang tak boleh diterima ialah nombor 7. Dushh! Aku dah la tak suka jumpa doktor. Cena nak jadi doktor yang bagus? eh. haha Itu pasal la iols tak minat bidang medicine. Lalalalala~ Eh satu lagi. Badan yang tough?? Erkk *tengok cermin* Aaaa tough jugak kot :P kih3 Dah la. Syafiqah ni merapu je. Sesaja je post ni. Dah lama baca pasal ni. Ada yang kena dengan diri kita, ada yang tidak. Setiap daripada kita ni berbeza-beza dan mempunyai keunikan sifat yang tersendiri. Jadi, moh ler kita belajar menghargai diri sendiri dan orang lain jugak. Setelah itu, pasti hidup kita lebih bahagia. In shaa Allah. Kalau nak check yang bulan lain punya, sila check sendiri di SINI. Akhir kata, jaga diri, jaga iman, dan jaga hati. Peace! Wassalam.


With love, 
XOXO.

Wordless Entry #1



Semester 1, 2013/2014


Seminggu telah berlalu. Maka ada lagi 4 minggu aku perlu bertahan di sini sementara menunggu cuti pertengahan semester. Huwaaa dah rasa homesick sampai dah nangis-nangis sebenarnya. Mungkin disebabkan semua ahli keluarga balik berkumpul di rumah pada hujung minggu ni, siap buat makan-makan lagi. Disebabkan aku menghadiri kursus pra perkahwinan, jadi aku tak dapat balik. Habis je slot terakhir masa hari pertama kursus, aku terus telefon mak. Dengar la suara tok dan mak saudara. Semua berkumpul kat rumah aku. Masa on the phone tu aku diam lama sangat pastu cepat-cepat nak letak phone sebab air mata dah bergenang. Kakakaka apa la kamu ni Syafiqah!!! Dulu kat sekolah kemain duk pujuk kawan-kawan yang homesick. Sekarang aku plak yang homesick. Ok I feel you my dear friend! Hak3. Bukan apa, makin besar ni makin rasa nak berkepit je dengan mak ayah.

                                


Tengok la jadualku itu. Terasa berat sangat bahu ni sebab risau tak boleh bawak semua subjek tu. Alhamdulillah lecturer baik-baik sajo tapi aku risaukan dua 'killer subjects' iaitu Business Finance dan Decision Making & Control. Huuu dua kelas yang berjaya buat aku menggigil di dalam kelas sebab risau dan sejuk sangat kelas tu! Heh. Risau macam mana sekalipun, dalam fikiran aku ni, "Takpa Syafiqah, susah macam mana sekalipun sesuatu tu, kalau Allah 'kata' kamu boleh, kamu mesti boleh punya. Yang penting kamu sendiri kena sentiasa berusaha dan jangan sesekali putus asa." Hahh giteww dia punya self-motivation. Maka sekarang kita redah sajo la. Nak add subject lain tak boleh sebab semua ada pre-requisites. Dah tu terpaksa ambil subjek ambil subject Fiqh for Economists II under concentration "Islamic Accounting" sebab nak bagi cukup credit hour 18.5. Lepas ni 'concentrate' dekat Islamic Accounting jela yer cik kak. Heh.

Moga aku kuat untuk survive pada kali ni. Ingat Syafiqah, Allah sentiasa bersama kamu. Jangan pernah lalai dan lupakan Yang Maha Esa. Jia you! Jia you! Ayuh bersemangat! ;)




Isteri dan Ibu Bekerjaya

Bismillahirrahmanirrahim...

Jari jemari ini bergerak menekan-nekan keyboard semasa berada di dalam bas. Ya, percaya atau tidak diriku sedang menuju pulang ke Kuala Lumpur dan seterusnya kembali ke ‘rumah kedua’ kesayanganku iaitu UIA. *Nangis sebaldi* Memandangkan aku tengah memikirkan macam-macam perkara sekarang ni, maka aku ingin mencoretkan salah satu daripadanya di blog kesayangan ini. Apa yang bakal dicoretkan dan dibebelkan selepas ini hanyalah pandangan dan pendapat peribadiku sahaja. Kalau ada yang sangat tak bersetuju denganku, minta maaflah ya. *Salam cium tangan*

Perlu atau patutkah seorang isteri dan ibu bekerja? Hah giteww soalan daripada seorang wanita perempuan yang masih bujang. Hahaha.. Aku ada jugak bertanyakan dan berbincang dengan kengkawan pasal ni. Setakat yang aku bincangkan mereka tu, mereka sependapat denganku. Eh tapi ada jugak yang tak sependapat denganku. Aku tak mahu cakap patut atau tidak tetapi bagi aku, aku ingin bekerjaya walaupun sudah bergelar seorang isteri dan ibu kelak. *Harap bakal encik suami yang ku tidak tahu siapakah gerangannya itu izinkan* Aku ada mak ayah yang kedua-duanya bekerja. Alhamdulillah, mereka tak mengabaikan anak-anak pun walaupun sibuk bekerja. Mungkin orang cakap kerja sebagai guru ni mudah. Ni hah aku ni anak dua orang guru, aku rasa tak mudah pun. Ingat senang ke nak jaga dan ajar anak-anak orang? Macam-macam kerenah nak kena layan. Dah lepas habis waktu mengajar, kadang-kadang kena stay back jugak kat sekolah buat itu ini. Kalau tak pun, kena ke tempat lain untuk program la kursus la. Kengkawan cakap aku sesuai jadi cikgu. Pastu aku fikir, “Mampu ke aku nak didik anak orang ni?” “Aku ni garang nanti kesian murid-murid aku.” Hehe macam-macam la yang aku fikirkan.

Sesetengah orang berpendapat yang seorang isteri ni patut duduk rumah je, jaga anak-anak dan beri perhatian kepada mereka. Yep aku setuju part beri perhatian dan kasih sayang pada anak-anak tu. Tapi kalau perempuan tu bekerja, tak bermakna dia tak mampu beri semua itu pada anak-anak kan? It’s all about how well you can manage your time effectively. Luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Itu lebih berkesan.  At some point, quality is better than quantity. Kenapa aku rasa nak bekerja? Firstly, taraf dan kos sara hidup sekarang dah makin tinggi. Jadi bayangkan la zaman anak-anakku nanti macam mana. Kalau kahwin dengan jutawan tu boleh la fikir untuk goyang kaki je kat rumah. Ok ni bukan pasal mata duitan. NOT AT ALL! Mungkin bila aku bekerja, aku boleh jugak bantu ringankan beban suami sket sket kan. Secondly, sejak kecil aku nak sangat balas jasa mak ayah, senangkan mereka, bahagiakan mereka. Yep aku tahu duit bukanlah jaminan kebahagiaan. Aku TAK MAMPU pun nak balas jasa mak ayah dengan duit beribu-ribu ataupun berjuta-juta sekalipun. Sekarang mak ayah sara aku, jaga aku dan selepas ini, apa salahnya jika aku mahu melakukan hal sedemikian buat mereka? Thirdly, what if something happen to the marriage? Like divorce or death etc. Kalau bercerai *Nauzubillah*, si suami masih perlu beri nafkah buat isteri dan anak-anak tapi boleh ke nak survive dengan duit nafkah tu je? Kadang-kadang ada juga si bekas suami yang liat nak bagi nafkah. Tu lagi haru. Hah macam mana pulak si isteri yang kehilangan suami? Bayangkan la jika si isteri tak pernah bekerja pun sebelum ni tetiba bila jadi camtu terpaksa la merangkak-rangkak mencari kerja. Hah lagi haru la kalau si perempuan tu takda kelulusan yang tinggi atau pengalaman bekerja sebelum tu. Zaman sekarang ni bukan mudah nak cari kerja. Apa-apa pun rezeki kita semuanya daripada Allah SWT.

Upss terseronok menaip plak sebab tak boleh tidur dalam bas ni. Hoho. Kalau sesiapa terbaca entri ni dan tak sependapat denganku, janganlah marah daku plak yer. T_T Ini blogku maka aku coretkan saja pandangan peribadiku. Kadang-kadang aku rasa tak mahu bekerja pun. Nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa jer tapi bila difikirkan kembali sebab-sebab aku nak/perlu bekerja tu, mulalah aku rasa aku patut bekerjaya! Haha. Well, perjalanan masih jauh. Aku pun masih belajar maka banyak lagi masa nak fikirkan tentang ini. *Camni la gaya budak suka fikir macam-macam :p* Ok dah! Mahu cuba melelapkan mata dulu sebab dah mula pening-pening ni. Semoga perjalanan ini selamat sampai ke destinasi. Oh aku rindu UIA! Haha kbye! Assalamualaikum.

** Kekayaan harta benda tidak menjamin kebahagiaan sepenuhnya di dunia ini jika kita tidak meletakkan Allah sebagai asasnya. Sentiasalah mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan buat kita. Renung-renungkan dan selamat beramal. Peace!  

With love,

XOXO.

Tanya Hati. Tanya Iman.

Kenapa perlu hina orang?
Kenapa perlu rendahkan maruah orang?
Kenapa perlu malukan orang lain?
Kenapa perlu jatuhkan orang lain?
Kenapa perlu mengata keburukan orang lain?
Kenapa perlu perasan diri bagus?
Kenapa perlu sentiasa nampak keburukan orang lain?
Kenapa tak pernah nampak keburukan diri sendiri?

Tepuk dada, tanya iman.
Tanya diri sendiri soalan-soalan itu.
Pernahkah kita melakukan hal-hal sedemikian?
Allahu Rabbi.
Sudah cukup baguskah kita ni?
Sudah terlalu baikkah diri kita ini?

Saat ini, mungkin kita merasakan kita yang paling bagus.
Kita yang sentiasa solat cukup 5 waktu.
Kita yang selalu membaca al-Quran.
Kita yang selalu berzikir mengingati Yang Maha Esa.
Kita yang selalu memberi sedekah.
Kita yang selalu berkata-kata baik.
Tapi yakinkah kita mampu sentiasa begitu dengan penuh istiqamah?

Hati kita macam mana?
Suci bersih atau tidak?
Ada hasad dengki atau tidak?
Kita nampak keburukan orang lain.
Terus saja kita melabelkan dengan pelbagai perkataan terhadap individu tersebut.
Kita nampak dia tidak menutup auratnya dengan sempurna.
Terus kita cakap dia jahat, tak baik.
Kita nampak dia post 'luahan rasanya' di muka buku.
Terus kita cakap dia suka mengadu pada khalayak ramai.

Dia itu tidak baik.
Dia itu kaki mengadu domba.
Dia itu panas baran.
Kita ini apa?
Baik sangatkah kita?
Muhasabahlah diri.

Ingatlah Allah.
Kita tidak sesempurna dan sebaik manapun
Boleh jadi hari ini kita berkelakuan baik.
Esok lusa siapa yang tahu??
Boleh jadi hari ini hati kita benar-benar suci dan mulia.
Esok lusa mungkin hati ini dikotori dengan hasad dengki.

Setiap insan ada masa lalunya.
Ada masa gelapnya.
Akan tetapi, jangan pernah kita hina dia.
Boleh jadi, masa lalunya itu menjadi masa depan buat kita.
Nauzubillah.
Tiada insan suci tanpa dosa masa lalu.
Tiada insan berdosa yang gelap masa hadapannya.

Kuatkan ukhuwah sesama kita.
Bimbinglah rakan kita andai dia tersasar dari landasan yang betul.
Doakan diri kita.
Doakan insan sekeliling kita.
Moga hidayah Allah itu milik kita.
Moga Allah jauhkan diri kita daripada sesuatu yang buruk.
Moga Allah jaga hati kita.
Moga Allah tetapkan keimanan kita terhadapNya.
Ameen Ya Rabbal 'Alamin,


With love,
XOXO.

== Aku Yang Tak Sempurna ==

Aku perempuan yang tak sempurna.
Kuatkah iman aku?
Baikkah aku?
Solehahkah aku?
Cantikkah aku?
Berbudi bahasakah aku?

Ya, aku masih banyak cacat celanya.
Aku tak mampu menjadi sempurna di mata orang lain.
Kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini.
Sungguh, kita hanya manusia yang hina dina.

Dulu aku ingin cepat-cepat membesar.
Supaya aku dapat menjaga mak ayah yang telah banyak pengorbanan mereka terhadapku.
Tapi kini aku sedar,
Makin meningkat usiaku,
Makin bertambah berat amanah dan tanggungjawab yang perlu aku pikul.
Aku takut.
Aku risau.
Andai aku tak mampu melaksanakan semua amanah itu,
Apa yang aku akan jawab dihadapan Allah SWT kelak?

Berilah ruang untuk aku bernafas.
Mencari ketenangan dan cinta yang hakiki.
Cinta terhadap Dia yang Maha Esa.

Cinta terhadap seseorang?
Biarlah Allah hantar cinta itu pada masa yang sesuai.
Sungguh aku penat mendengar segala macam persoalan dari orang sekeliling.
Aku masih muda.
Masih banyak masa untuk perbaiki diriku.
Biarlah aku jatuh cinta saat aku benar-benar telah bersedia.
Biarlah cinta itu datang dengan sendirinya.
Aku tahu Allah akan hantar seseorang yang layak menjaga dan membimbingku.
Mengajak aku mencintai Allah dan RasulNya.

Aku mudah mengharap sesuatu.
Maka, aku tak mahu mengharap pada sesiapa.
Aku takut dengan kesakitan.
Aku takut dengan kekecewaan.
Kerana itu, aku kini mengharap sebaik-baik perancangan daripada Yang Maha Esa.

Jodoh itu mungkin, tapi kematian itu PASTI.
Sudah cukupkah amalanku?
T_T


With love,
XOXO.




August 21, 2013.



Memikirkan perasaan dan menjaga hati orang


 atau


memikirkan perasaan sendiri dulu.




Mana yang lebih utama????



Benar-benar Kehilangan

Saat diri ni bergerak pulang ke Gombak, cinta hati dibawa pergi jauh dari rumah.
Dialah peneman tidur, penghibur hati, peneman kala suka dan duka.
Masa breakfast sebelum bergerak balik ke UIA, mak memang cakap nak buang dia.
Hmmm masa tu dah takda kudrat nak cakap apa-apa.
Takkan nak bantah cakap mak plak.
Salah aku mungkin? Sebab aku jarang ada kat rumah.
Aku jarang dapat jaga budak-budak tu.
Aku bawak balik Ketot dari rumah tok. 
Jaga dia. 
Bawak dia tidur dengan aku tiap2 malam.
Aku sayang sangat dekat dia.
Pertama kali dia nak beranak, dia panggil2 aku. 
Pantang aku lari ke ruang tengah, dia pasti mengikut.
Aku terus amek kerusi, duduk depan dia dan tunggu dia beranak.
Tapi dia tak boleh beranak malam tu.
Aku dah mengantuk. 
Bila baring atas katil, dia ikut naik atas katil dan baring dekat perut aku.
Tetiba terasa basah dekat perut aku. Rupa-rupanya Ketot keguguran. :'(
Penuh darah dia dekat perut aku.
Banyak kali dia keguguran. 
Bila dia lahirkan Debab, aku gembira sangat untuk dia. Aku bawak Debab tidur dengan aku jugak.
Aku tak mahu tanya kat mana mak buang Ketot & anak-anak dia. 
Aku tak mahu fikir pun pasal ni tapi malam ni tetiba tak dapat kawal perasaan.
Habis basah nota MIS sebab kena air mata.
Aku rindu...
Sayangs,
Sori kalau aku tak dapat jaga dan jadi tuan yang baik.
Sori kalau aku lambat masak nasi n rebus ikan untuk bagi kalian makan.
Sori kalau aku lambat bancuhkan susu.
Sori sangat-sangat. 
T_T
Terima kasih sebab jadi peneman dan penghibur yang paling setia buat aku.
Terima kasih sebab jadi kucing-kucing yang sangat comel buat aku.
Terima kasih sebab 'kejutkan' aku waktu Subuh.
Terima kasih sebab selalu ikut dan teman aku berjalan keliling rumah,
Temankan aku basuh baju, sidai baju, mencuci, menyapu, mengemas, tidur, mandi, makan, tengok TV.
Maafkan aku. Aku rasa bersalah dan rindu sangat ni.
Ya Allah, lindungilah mereka walau dimana pun mereka berada.
Biarlah mereka ada tuan yang baru dan dijaga dengan lebih baik.

* Hilang mood. Hilang focus untuk study. :'(

Harap2 luahan dekat blog dapat kurangkan sket kesedihan. I don't want to talk about this again n again. It hurts me! Tak sempat nak jumpa n peluk cium pun sebelum balik UIA sebab nak keluar cepat. T_T

Pagi 1 Syawal.


Saya paling takut dan sangat tak bersedia dengan...



KEHILANGAN.


Tapi hidup ni hanya sementara saja kan.
Kehilangan, kematian dan perpisahan itu pasti.
Andai saya yang pergi dulu, mohon doakan kesejahteraan saya di alam sana.
Kalau tak mampu ziarah pengebumian saya,
Sedekahkan saja Al-Fatihah buat saya.
Andai saya tak sempat meminta keampunan daripada kalian,
Mohon kalian ampunkan dosa-dosa saya terhadap kalian.
Doakan supaya 'urusan' saya di alam sana dipermudahkan.
Terima kasih.
Saya sayang kalian semua kerana Allah SWT.

August 8, 2013.
5.15am.



With love, 
XOXO.

Ya Allah... :')



Awak, saya perempuan yang punya kelemahan sendiri.
Saya tak pinta kutukan mahupun hinaan daripada awak.
Kalau hinaan yang awak beri, maknanya awak hina Pencipta kita secara tak langsung.
Tak kisah la betapa hebatnya awak, kita tetap makhluk yang hina.
Kita tak punya apa-apa tanpa Dia.
Dan kita sebagai khalifah di muka bumi ni,
bertanggungjawab melakukan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya.
Jujur, saya lemah.
Kadang kala saya tersasar, saya khilaf.
Andai hati saya terlalu rapuh, 
Andai iman saya sedikit bergoyah,
Awak pimpin la saya.
Jangan biarkan saya jatuh mahupun terkapai-kapai.
Awak, andai saya pernah terkasar bahasa,
Andai saya pernah menguji kesabaran awak dengan perangai saya,
Saya mohon sejuta kemaafan daripada awak.
Jujur, saya takut kehadiran saya menyusahkan orang di sekeliling saya.
Saya takut menjadi bebanan buat orang lain.
Tapi itulah gunanya kita hidup di dunia ni.
Kita saling memerlukan. 
Sewaktu saya memerlukan awak dikala saya susah, awak bantu saya.
In shaa Allah saya akan bantu awak jika awak susah.
Manisnya berukhuwah andai disulami dengan kasih sayang kerana Allah bukan?
Terima kasih buat awak awak awak sekalian yang muncul dalam hidup saya.
Andai umur tak panjang, ampunkan segala dosa saya,
Halalkan segala-galanya.
Moga kita bertemu di sana, 
Syurga Allah yang kekal selama-lamanya.
Ameennn. 


With love,
XOXO.

Gonna Miss You, Ramadhan. :')






Favourite Blogs

Assalamualaikum

Alhamdulillah. 18 Ramadhan 1434H. Wuuu cepatnya masa berlalu. Macam baru seminggu je berpuasa padahal dah 18 hari. Amacam ibadah kita? Ada baik dan lebih baik dari sebelum ini? Harap-harap kita dapat baiki diri kita, baiki ibadah kita, baiki hubungan kita sesama manusia, hubungan dengan Allah dan lain-lain lagi. Lepas tu kenalah istiqamah. Jangan lepas Ramadhan, terus lupa dengan amalan-amalan sunat yang kita duk buat sepanjang Ramadhan ni. Harapnya tak jadi begitulah ya. 

Sebenarnya banyak benda nak dicoretkan dekat sini tapi disebabkan ada kerja lain yang perlu diselesaikan, makanya saya tak boleh nak menjenguk blog ni selalu. Muehehe. Tak update sangat blog sendiri tapi masih setia mengusha blog orang lain a.k.a blog jogging. *Bukan blog walking sebab saya usha blog orang tu lelaju so dah macam ala-ala berjogging dah. Eh? k merapu!* Basically bila tengok balik most of my favourite blogs ialah blog-blog milik golongan ibu-ibu muda yang ada anak kecil. Ada je yang saya ikuti blog mereka daripada zaman mereka bertunang, buat persiapan nak kahwin sampai sekarang dah ada baby. Alhamdulillah, dapat jugak input-input berguna pasal baby. Haha. Aku belum kahwin dan belum ada anak so kenapa blog-blog tu menarik perhatian aku? Hehe mungkin sebagai persiapan untuk masa depan. :p Ya persiapan dan ilmu itu penting ok! Aku takda la nak kahwin dalam masa terdekat ni tapi memandangkan aku minat membaca pasal cerita-cerita camni, so at the same time, I grab some knowledge. I love to learn from other people's life. so, this is some of my favourite blogs :

Ini blog kepunyaan Dr Halina Mohd Yunos. I adore her so much! Beruntung dia dapat Dr Sheikh Muszaphar Shukor.  Dah la mereka 'menunggu' selama lebih kurang 8 tahun kemudian baru mendirikan rumah tangga. Nampak dak kesetiaan di situ? Hehe. Dr Halina mula bertudung selepas berkahwin dan Alhamdulillah pasangan ni dah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Little B and Little T= Bella & Tasha. Their kids are so cute. Little B has now become a 'lady'. Dah pandai nak make up ikut mak dia. Arghh so adorable! Inilah pasangan yang aku kerap kali mengikuti perkembangan mereka. 

Blog kepunyaan kakak Liyana. Dia pernah buat Master kot kat UIA. She's married to her childhood sweetheart and now they have a little cute daughter named Ana Sofia. Kak Liyana pernah bawak Sofia datang UIA tapi aku tak pernah jumpa pun la. Haha. Sekarang dia fully housewife dan dia suka buat DIY especially for her daughter. She's so creative! Aku suka jugak DIY ni tapi aku malas! Kah3. Malas tu sebab kekangan masa jugak actually. Tapi aku ada niat nak try DIY something nanti. Sekarang rajin google je. Nanti-nanti la aku try!

Hah yang ni famous blogger yang sebaya dengan aku, student UITM Shah Alam. Aku start baca blog dia masa kat CFS dulu. Alhamdulillah jodoh dia sampai awal. Sekarang dah bersalin anak pertama. Ni memang the cutest family ever! Irine, husband dia dan their baby, Fiska Medina, memang sangat cute. Mesti bila dah besar nanti baby FM cantik macam mak dia. :)

Blog abang Irine, Aizul Marcello, yang ni aku suka jugak. Ok ini bukan blog kepunyaan kaum ibu haha tapi mana tahu bila dia da ada anak nanti dia akan buat entri pasal anak dia. Hehe. Dia photographer yang sangat awesome dan aku suka tengok hasil kerja dia. Tapi sekarang dia dah tak buat wedding photoshoot. Dia shoot gambar wife je sekarang. Haha sebabnya mereka berdua buat online business jual tudung dan shawl. Wifenya, akak Linda Roslan tu cantik! Mereka baru dua bulan berkahwin tapi banyak dugaan menimpa. Orang asyik tanya bila nak dapat baby. Ishh memang masyarakat kita suka kan macam tu? relaks la. Baru dua bulan berkahwin. Anak tu rezeki dan kita tak tahu bila Allah akan beri rezeki pada kita. Just keep praying, k!

Blog Kak Nurul Ain yang cantik! Hehe aku tak mengikuti sangat blog dia secara kerap sebab sejak masuk main campus ni dah jarang baca blog dia. Sekali dah buka hari tu, tengok2 anak dia dah bam bam. Eheks comel ok! Rasa macam nak picit-picit je pipi anak dia. 

Ok tu jela 5 blog kesukaanku. Sebenarnya ada lagi. Tapi yang 5 blog ni yang paling kerap aku baca. Blog kawan-kawan pun aku usha jugak tapi memandangkan mereka jarang update, maka jaranglah aku menjengah blog mereka. Hue3. Ok dah lepas gian update blog. Boleh sambung buat kerja lain kot.  Ramadhan Kareem. Wassalam.

Till then, 
XOXO.






Doaku Hari Ini

Ya Allah, pinjamkan aku sedikit lagi kekuatan untuk menghadapi semua ni.
In shaa Allah, aku akan cuba sedaya upaya untuk bertahan.
Hanya sedikit ujian dariMu tetapi aku rasa sungguh tak berdaya.
Allah.. kerana itu aku perlukanMu.
Ampunkan aku Ya Allah.
Andai rasa pedih ni mampu menjadikan aku lebih baik dari semalam, aku redha.
Andai rasa tak berdaya ni mampu mendidik aku menjadi seorang muslimah yang kuat dan tabah, aku terima.
Andai aku jauh dariMu walau sesaat, hantarlah seseorang untuk mengingatkanku supaya kembali padaMu Ya Rabb.
Aku diuji sedikit tapi aku masih dikelilingi orang-orang yang membantu aku untuk terus bertahan.
Terima kasih, Ya Allah.
Syukur..

* Berimankah seseorang andai dia belum diuji?

Ramadhan Kareem

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah Allah masih panjangkan umurku untuk bertemu Ramadhan pada tahun ni. 
Ramadhan Kareem.
Harapnya Ramadhan kali akan mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT.
Marilah sama-sama meningkatkan ibadah, bukan dari segi kuantiti semata-mata tetapi kualiti juga perlu dititikberatkan supaya Allah dapat menerima ibadah hamba-hambaNya.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.





*Hari ke-4 Ramadhan. Masih belum berpeluang berbuka dengan keluarga. Sobss. Tahan air mata je ni sebab rindukan keluarga. Hehe. Memandangkan aku sentiasa ingin menjadi seorang perempuan yang kuat, tabah dan gagah perkasa, maka akan ku harungi kerinduan ini dengan baik. Lagi 3 minggu je pun puasa kat sini. (3 minggu???). Harapan aku selain bab2 perbaiki dan tingkatkan ibadah ni, aku harap kesihatan ayah makin membaik dan tak memberi sebarang kesan terhadap kesihatannya sepanjang Ramadhan ni. Adik sayang ayah sangat-sangat! Adik sayang mak sangat-sangat! Ya Allah, tolong jagakan mereka buatku. Merekalah buah hatiku yang tak pernah kenal erti penat melayan segala kerenahku.  :')

Okey. Done with the short entry. Nak siap siap ke cafe cari juadah berbuka. Happy iftar! ^.^

With love, 
XOXO.

Jangan Takut untuk 'JATUH'.



" Sesekali kita perlu merasai DERITA untuk kita mengenal erti BAHAGIA,
  Sesekali kita perlu KECEWA untuk kita mengenal erti KEJAYAAN,
  Sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi,
  Sesekali kita perlu TERHIRIS untuk mengenali diri sendiri. "




21 Jun 2013

Sebak.
Rindu kenangan dulu.
Teringin nak kembali ke zaman itu buat seketika.
Serius rindu sangat sampai menangis.
Kenangan paling bermakna dan memberi kesan buat diri ini.
Tapi nak kembali merasai kenangan manis je.
Tak mahu dan tak sanggup merasai kenangan pahit yang meruntun jiwa.
Sebab tragedi tu la buat aku tawar hati.
Sekarang rindu sangat sebab adik sebut pasal tu kot petang tadi.
Adik pun boleh ingat, apatah lagi aku yang mengalaminya.


Mak.. ayah..
Doakan adik ya!


With love,
XOXO.

.. SAHABAT ..


Anugerah terindah yang Allah berikan pada aku tika aku gembira mahupun sedih ialah SAHABAT. (selain keluarga la sebab ofkos keluarga tu memang anugerah terindah). Aku pernah rasa kecewa dengan hubungan persahabatan. Eh orang lain kecewa dengan percintaan aku ni lain plak kesnya. Kah3. Lawak la plak. Well aku dengan girl friends aku ni memang suka menggila macam pasangan bercinta, tapi bukan lesbo ok! Aku masih normal. Alhamdulillah. Haha. Bak kata seseorang ni, "Perempuan dengan bestie dia memang dapat mengalahkan pasangan bahagia bercinta. Macam-macam perkara gila mereka lakukan." Hee takda la frust menonggeng ke apa tapi apa yang pernah berlaku tu bagi kesan mendalam sangat buat aku sampaikan susah nak lupa. Tak berdendam pun, cuma SUSAH NAK LUPA. But sokey, Allah knows everything dear! Eceh.





Sahabat, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab selalu ada dengan saya. Terima kasih sebab selalu tanya keadaan saya. Terima kasih sebab cepat tahu perasaan saya walaupun saya cuba sembunyikan. Terima kasih selalu melayan kegilaan saya ni. Terima kasih selalu dengar saya meroyan. Terima kasih selalu nasihat saya itu ini. Terima kasih selalu tadah telinga dengar 'ceramah motivasi' saya. Terima kasih sebab terima baik buruk saya. Terima kasih sebab sayang saya. Ahakss!

Minta maaf andai saya pernah mengguris perasaan kalian. Minta maaf kalau saya kadang-kadang tak sempat layan kalian. Minta maaf kalau saya pernah terkasar bahasa. Minta maaf andai saya tak mampu penuhi permintaan kalian. Minta maaf sebab kadang-kadang saya lupa tarik tangan awak untuk lintas jalan sekali *ehem ni special punya minta maaf untuk Tqa* Minta maaf andai saya terlalu memendam dan memilih untuk tidak bercerita tentang sesuatu. Minta maaf atas kekurangan diri saya. Minta maaf atas segalanya.

Hee ok dah habis meroyan lagi kat blog ni. Kerap betul update sebab nanti kat UIA memang dah tak terlayan dah blog ni. Update entri ni sebab saya rindu mereka, sahabat saya! ;) Harap mereka baik-baik sahaja. weee. I love u all fillah!

Dari Abi Hamzah Anas ibnu Malik r.a., khadam Rasulullah SAW: daripada Nabi SAW, baginda bersabda;
"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri"
 [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]



With love, 
XOXO.

17 June 2013

Bismillahirrahmanirrahim..


Menerima berita pemergian saudara terdekat yang pergi menghadap Ilahi. Innalillah. Tak jangka langsung sakitnya makin teruk. Bila aku khabarkan berita itu pada ayah, dia terkejut sebab dia baru nak melawat arwah dekat hospital. Ayah pula baru balik dari sekolah dalam keadaan agak lemah. Aku periksa tekanan darah ayah. Low blood pressure. Tekanan darah aku pun rendah lately ni. Hah anak beranak mengalami masalah yang sama. Like father like daughter. Patut la kalau duduk atau baring sekejap, lepas tu bila nak bangun pandangan aku kelam dan aku jalan melelong sebab tak nampak apa-apa. Pening sangat. Ok let it be. Moga-moga okay la nanti.

Lepas mak balik dari sekolah, baru la aku, mak, ayah dan adik gerak ke rumah tok long. Masa sampai, jenazah tengah dimandikan. Aku masuk tengok. Ya Allah, aku nampak bibir arwah mak lang tersenyum manis. Dia merana sakit selama beberapa tahun tapi bila dia dah tak bernafas, dia tersenyum seolah-olah bahagia sangat. "Bahagia" kembali bertemu Allah yang Maha Esa. Subhanallah. Jenazah siap dimandikan dan dikafankan jam 5.30 petang. Masa tu Pak Tam baru sampai. Aku tengok dia mula sebak. Aku pun jadi sebak tapi mampu tahan lagi untuk tak menangis. Masa jenazah disembahyangkan, adik-adik Mak Lang sampai dari KL. Masing-masing nangis teruk gak tapi sempat la tatap dan kucup wajah jenazah. Bila dah selamat dikebumikan, barulah Pak Teh sampai. Dia menangis dan peluk adik beradik yang lain. Kesian sebab dia tak sempat tengok jenazah. Aku yang duk tahan nangis dari rumah Tok Long, nangis jugak kat kubur masa tu. Allah Allah Allah. Sayunya waktu tu. Daripada apa yang aku lalui, dengar dan lihat sepanjang hari ni, banyak iktibar yang aku dapat. Pemergian saudara terdekat jugak buat kita sedar yang kita tak tahu entah bila ajal kita. Kita kenalah sentiasa muhasabah diri ni. Cukup ke tidak bekalan kita kat dunia ni untuk dibawa ke akhirat kelak? Sama-sama muhasabah balik diri ni.Banyak yang sedang aku fikirkan sekarang. Tapi disebabkan dari petang tadi kepala ni berdenyut-denyut dan  rasa tak sedap badan, biarlah apa yang aku fikirkan tu berlegar-legar dalam otak aku je. Kalau rajin, next time aku coretkan tentang itu. 

Tanpa mempedulikan rasa sakit ni, lepas teman mak berbuka tadi, aku singgah rumah tok. Aku makan 2 biji durian. Hah amek kau! Ehhe not totally 2 biji tu aku habiskan sorang-sorang. Mak baik hati tolong habiskan beberapa ulas. Tu tok aku la yang simpankan durian tu untuk aku yang berbulan-bulan tak dapat balik jumpa dia. Sayang kan tok kat cucu dia yang sorang ni ;)

Got to go to dreamland now. Moga sakit kepala ni hilang esok pagi. Moga arwah Mak Lang tenang dan aman di sana dan moga rohnya dicucuri rahmat. Moga ayah, mak dan ahli keluargaku sihat-sihat selalu. Moga teman-temanku sihat, bahagia dan dilindungiNya selalu walau dimana mereka berada. Moga kita semua sentiasa berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Moga hari esok lebih baik dari semalam. Ameennn. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. Assalamualaikum.


With love, 
XOXO.

14th June 2013

Walau sakit melaluinya, jangan pernah biarkan diri anda tersungkur sebelum berjuang. 
Ayuh berjuang sampai kita benar-benar lelah dan tak berdaya.
Allah ada dengan kita. Allah tahu setiap apa yang kita rasa. 
Allah tahu setiap apa yang kita lakukan. Allah tahu setiap apa yang tersembunyi.
Jangan takut. Jangan rasa lemah. Jangan cepat putus asa.
Rasai dahulu kepahitan itu kerana kelak kemanisan itu akan muncul jua.
Have faith in HIM!

With love,
XOXO.


Sekadar Renungan

" TAKDIR kadang-kadang MEMPERTEMUKAN kita 
dengan sesuatu yang tidak diundang, 
MEMBERI apa yang tidak dirancang, 
MEMAKSA kita mengalirkan air mata kesedihan 
serta membuatkan kita rasa kehilangan.

Namun takdir juga menerpa kita dengan erti PERKENALAN, 
menyulam erti kasih sayang, 
menanam erti PERSAHABATAN, 
menghadiahi kemanisan dalam kegembiraan,
 menyemai benih KEAKRABAN, 
serta memberi peluang menilai siapa SAHABAT, 
siapa KAWAN, 
dan siapa sekadar KENALAN 
yang mengisi ruang dalam episod kehidupan..."

Perkahwinan Membawa Ketenangan

Bismillahhirahmanirrahim.

Hari ni genap hari kelima aku bercuti dan seperti biasa aku hanya menghabiskan cuti di rumah sahaja. Aku lebih selesa begini walaupun kadang kala rasa kesunyian sebab tidak ada teman berbual. Tapi tak mengapa la. Kucing kan banyak kat rumah ni jadi meow meow ni la yang selalu teman aku. Hah, terlampau suka teman sampaikan aku nak mandi pun anak-anak bulu ni temankan. So shuuweettt. :)

Tengah-tengah malam ni aku duk google pasal perkahwinan. Saja-saja je. Duduk kat UIA tu asyik kena soal je bila nak kahwin. Den takda jawapan sebab takda yang masuk meminang jadi den jawab la, "Tak lama lagi. Doakan ya!" Hahahha. Ya, aku tahu sekarang zaman orang kahwin muda. Siapa ntah cakap kalau kahwin umur dalam 22 tahun tu dah tak kira kahwin muda dah. Oh jadi kalau tahun ni aku belum berkahwin, maknanya takda chance la ni nak kahwin muda? :p Chill! Allah dah tetapkan jodoh masing-masing kan. Sampai masa, bila kita betul-betul dah mampu ke alam rumahtangga, in shaa Allah kita akan berkahwin jugak. 

Ada je teman-teman yang ingat aku dah berkahwin. Masa lepas exam baru-baru ni, ada seorang teman yang bertanya perihal kahwin muda atau kahwin semasa masih belajar dekat aku. Aku pun jawab la soalan dia. Pastu dia cakap, "Sya ni cakap gaya macam orang ada experience je." Heh. Kesitu plak teman den ni. Aku cakap la, memang aku masih belum berkahwin tapi jawapan yang aku berikan tu hasil pemerhatian dan penceritaan daripada orang-orang sekeliling aku. Ya, aku suka 'perhatikan' life orang lain. Melalui cara tu la aku belajar tentang kehidupan ni. Yang baik tu aku jadikan contoh, yang buruk tu aku cuba jadikan teladan buat aku. 

Berbalik kepada soalan teman aku, dia tanya apa faedahnya berkahwin awal ni. Aku sebut satu perkataan pada dia iaitu "ketenangan". Kenapa tenang? Bagi aku, sebab Allah memang dah janjikan ketenangan itu. Macam yang disebut dalam surah Ar Rum ayat 21 ; "Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang." Kenapa tenteram punya suami atau isteri di sisi? Sebab bila berkahwin, suami atau isteri kitalah yang akan jadi teman suka duka kita. Dia jugalah teman yang akan sama-sama berusaha dengan kita untuk ke Syurga Allah :) Untuk yang berkahwin masa belajar, jiwa akan lebih tenang, dapat tumpukan lebih perhatian pada pelajaran, diri lebih terpelihara daripada maksiat dan cinta monyet dan sebagainya. Ada banyak je kelebihan dan kekurangan berkahwin semasa belajar ni, cuma kita la kena pandai mengawal atau mengatasi keburukan itu sebaiknya. Bagi aku, masalah utama berkahwin semasa masih belajar ni ialah masalah kewangan dan kematangan. Andai dapat diuruskan dengan betul, in shaa Allah nikmat perkahwinan itu dapat dirasai.

Huhu dah la. Saja je nak membebel-bebel pasal topik ni sebab teman-teman selalu duk tanya kan. Kadang-kadang rasa rimas tapi lama-lama macam dah terbiasa jadi aku ameenkan jela sebab kata-kata kita kan satu doa. Cepat atau lambat kita berkahwin, yang penting, mari muhasabah diri, perbaiki hubungan kita dengan sang Pencipta, Allah SWT dan hubungan sesama manusia termasuk la ibu bapa, ahli keluarga, teman-teman dan ahli masyarakat yang lain. Sama-sama la kita berdoa yang terbaik buat kita di dunia ini supaya kita dapat yang terbaik jugak di akhirat nanti iaitu Syurga yang kekal abadi. Ameennn.

Till then,
XOXO.

Semester 2, 2012/2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur diri ini masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ni. Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab dah berjaya melalui semester 2, 2012/2013 ni. Jujur aku rasa penat tapi seronok sebab bila aku rasa seolah-olah hampir tersungkur, ada teman-teman yang awesome yang 'pegang' aku kuat-kuat supaya aku tak jatuh. I survived! Yeayyy me! Hehe. Syukur sangat ada mereka yang selalu jadi teman suka duka aku ni. Especially masa hujung April, tetiba ayah masuk hospital. I cried a lot sebab risaukan ayah. Baring je kat tilam nangis dari petang sampai malam sambil baca doa n ayat2 al-Quran untuk tenangkan hati n doakan kesembuhan ayah. Masa tu tinggal berdua je dengan roomate. Dah la emosi tak stabil, boleh plak roomate pasang lagu kuat-kuat pastu bergayut sakan gelak-gelak. Haish sabo jela. Acah nak naik ke bilik aku untuk pulangkan tudung yang dia pinjam dan aku plak cakap, "Eh takpa nak pulangkan bebila pun. Sya takda nak pakai tudung tu pun." Acah balas "Oh ok2. Acah faham. Taknak kacau Sya." Gulpp Acah paham sebenarnya aku tak ready nak jumpa sesiapa dalam keadaan aku yang tengah serabut tu. Malam tu plan nak buat project DS dengan Tqa pun tak jadi. Memang rasa bersalah sangat-sangat tapi aku hilang semangat nak buat assignment. :/ Esoknya sebelum  pergi KLCC sebab nak jumpa Fareha yang datang dari UIA Kuantan, Tqa, Tqah n Acah datang ke bilik aku. Tqah siap bawakkan pulut kuning lagi. Sobss terharu. :') Dah la Tqa siap tolong sapukan minyak gamat kat belakang badan aku yang luka. huu nak buat sendiri tak nampak la plak tempat lukanya. Masa kat KLCC Peha peluk aku kuat2. Rasa nak nangis tapi tahan jela. Dia siap belikan coklat n dorayaki untuk aku. Dia suruh makan coklat tu kalau aku sedih ke stress ke. Ya Allah, memang bersyukur sesangat dapat kawan2 camni yang tak tinggalkan kita saat kita kesedihan. I love them so much!! Buat teman-teman yang lain yang temankan aku, bagi semangat dan nasihatkan aku, cuba ceriakan aku, tanyakan keadaan aku, TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT. Mungkin tak da apa sangat terima kasih daripada aku ni, tapi aku takkan pernah lupakan jasa baik kalian. Moga Allah balas kebaikan kalian :') Sayang semua ketat-ketat! :D

Ok next story! Pasal lecturers. Hoyeahh!! Lecturers aku sem ni semua awesome2 belaka. Yang sangat baik selalu bagi motivation, yang selalu menasihatkan aku camna nak cari calon suami *eh??*, yang selalu buat lawak sampai pedih perut aku duk gelak n so on. Pendek kata, they are AWESOME! So, lots of thanks to Dr. Ros Aniza, Dr. Anisah, Prof. Dr. Aahad, Prof. Dr. Manzoor Malik, Dr. Suaniza, Sr. Sazlina, and Dr. Fatmir.

Finally, FINAL EXAM! Dengan sukacitanya aku melalui final exam selama 3 minggu. *kembang hidung*. 21 May 2013-8 June 2013. Huu alkisahnya sedih dan tertekan tengok kawan kawan yang start exam lambat daripada aku tapi habis awal. Awal sangat ok. Dalam 1-4 June dah habis exam. Sobss. Memang dah nasib aku selalu habis exam lambat. Sepanjang minggu exam, selera makan tak menentu sangat-sangat. Faktor utamanya sebab dah jemu dengan makanan UIA mungkin?? Heh actually tak rajin nak turun cafe Piah tu sebab aku kurang berkenan dengan makanan n tender cafe tu. Sabar jela dengan mak cik cafe tu. Huh! Harap2 sem depan bertukar la tender baru. Kesian hah kat penghuni Piah. Kadang-kadang banyak hari aku tak makan nasi. Bila teringin nak makan nasi, aku beli la nasi lemak kat kiosk. Alahai sedih lagi :( Makin lama makin tak sedap. Nasi lemak yang tak macam nasi lemak. Ni bukan tak bersyukur ke apa ke. Tapi bila aku tanya si Tqa yang suka beli  nasi lemak kat kiosk tu pun dia cakap tak sedap jugak. Aku nak makan pun risau sakit perut. Memang sepanjang minggu exam, aku berjaga-jaga nak makan apa pun. Fobia punya pasal sebab masa exam semester lepas, seminggu aku merana keracunan makanan. Tiga empat hari pertama aku hanya asyik ke toilet je. Tapi dua hari sebelum exam Math n Fiqh aku mula rasa lemah. Yang terkilannya memang aku tak mampu nak study untuk Math. Nangis la sorang-sorang kat dalam bilik sebab sakit dan stress tak larat nak study. Haha. Memang la dah study sket-sket sebelum tu tapi memang tak mampu nak buat final revision. Aku tak berani bagitahu mak takut aku nangis lagi teruk. Sedih duk sakit sengsorang. Kih3. Malam sebelum exam aku hanya mampu baring je kat katil sebab muntah-muntah 2 3 kali. Muntah dalam bilik je sebab tak larat nak lari ke toilet :p Aku tak leh tidur dan tak leh study so aku ambil keputusan untuk baring je dan tak nak paksa diri untuk study. Alhamdulillah, bila bangun Subuh, aku bertenaga sket. Time tu la aku tengok2 formula sket dan pukul 9 pagi aku p jawab exam gaya macam orang study :p Tawakal je masa tu walaupun aku tak tahu apa yang aku jawab dan aku konfius sangat dengan semua soalan tu. Yela badan tengah tak sihat, otak pun tak dapat berfungsi dengan baik. After tu memang berdoa jela bebanyak supaya tak fail. Sedih taw bila aku tak mampu nak jawab exam subject favourite aku. Sobss. Kalau fail subjek tu, aku berkemungkinan besar tak boleh masuk any department lagi. :/ But Alhamdulillah tak fail pun :) Sujud syukur jugak la bila tengok result Math. Walaupun tak dapat A pun kan, tapi Alhamdulillah lulus jugak. Huhu

So, itulah serba sedikit kenangan manis dan pahit aku sepanjang semester ni. Tapi yang paling manis ialah ukhuwah bersama teman-teman. Inilah yang aku takkan lupakan sepanjang hayat aku. Syukran Ya Allah. :)


Ayuh Jadi Kuat dan Gagah Macam Saya! :)



Untuk jadi kuat begini, saya survive sorang-sorang tanpa menceritakan pada sesiapa kecuali DIA.. Ya, hanya Dia je yang selalu dengar rintihan saya.Saya bukan kuat sepenuhnya tapi saya sentiasa mencuba untuk jadi kuat. Mungkin saya mengharap keajaiban berlaku. Ya, saya masih mengharap tapi sekarang ni saya dah kurangkan semua tu. Saya dah kurang fikirkan semua tu sebab saya tak mahu nampak lemah. Saya tak tahu apa akan terjadi pada masa depan. Sekarang saya tengah kuatkan hati sebagai persediaan masa depan. Saya nak mak ayah nampak saya sebagai anak mereka yang selalu kuat. In shaa Allah. Ya saya kuat! Kuat menangis dan merajuk pun ada jugak :p hee. Dah la, yang penting saya kena percaya yang Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Redha dengan segala yang berlaku. Jangan patah semangat. Harus lebih berusaha dan berdoa kepadaNYA. 


May 27, 2013
i-City

Letak sket gambar dengan mak ni. Bagi bersemangat sket. Hee. Alhamdulillah syukur dapat meluangkan masa selama dua hari dengan family (tanpa Kak Yon yang masih dekat Sabah). Seronok je dua hari ni sebab dapat peluk mak puas-puas. Hihi. Tapi sebelum mak hantar balik UIA 28hb malam, aku dah sedih :'( Masa on the way nak p dinner, aku sandar kat bahu mak lepas tu nangis senyap-senyap. T.T Tak tahu la mak rasa ke tak air mata aku jatuh kena baju dia. Huk3. Nangis sampai terlelap kejap. Bangun bangun terus lap air mata. Nasib baik tak kantoi. :p Pastu sambung tidur atas riba mak plak. Rasa tak mahu berpisah. Adehhh parah betul la anak dara sorang ni. Sedih-sedih nak balik UIA pun aku gembira sebab masa dinner tu, ayah berselera sangat makan. Sebelum ni ayah makan sikit-sikit je sebab tak lalu nk makan. Ya, rasa sungguh bahagia bila nampak ayah macam tu. Adik tak mau tengok ayah sakit2 nanti adik lemah, rasa tak kuat. :'(

Ok dah la. Nanti bila rajin update pasal convo kakak plak. Alhamdulillah dia dapat ijazah kelas pertama dan anugerah kecemerlangan akademik. I'm proud of you sister! :-*

Mari sambung menelaah! 3 papers left for final exam! Jia you Syafiqah!
Pray for me pretty please! :)

With love, XOXO!





"Allah has already written the names of your spouses for you. 
What you need to work on is your relationship with Allah SWT. 
He will send her/him to you when you're ready. 
It is only a matter of time."

Ya Allah

Allah tahu kamu sakit.
Allah tahu kamu takut,
Allah tahu kamu penat,
Allah tahu kamu lemah,
Allah tahu kamu mahu impianmu tercapai,
Allah tahu sukar untuk kamu menjadi kuat,
Allah tahu sukar untuk kamu memendam rasa,
Allah tahu setiap kesukaran yang kamu lalui,
Allah tahu segalanya.
Allah uji kamu kerana DIA sayang kamu,
Allah uji kamu kerana DIA mahu kamu mengadu kepadaNya,
Allah uji kamu kerana DIA mahu keimananmu terhadapNya sentiasa meningkat,
Percaya pada Allah,
Percaya pada Qada' dan Qadar,
Andai apa yang kamu lalui sekarang sangat sukar dan pahit,
Ingatlah betapa manisnya nikmat Syurga itu.
Andai kamu rasa kamu keseorangan,
Ingatlah Allah sentiasa ada bersamamu,
Mendengar setiap rintihanmu.


May 24, 2013
12.20PM



Rumah Solehah 11 May 2013

Alhamdulillah. Finally, program dekat rumah solehah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hee :D Ingatkan tak dapat join dah sebab semua plan last minute ja tapi Allah permudahkan segalanya walaupun ada kekangan here and there before tu. Although tak cukup tidur on the night before tapi semangat ja aku gerak pukul 7 lebih pagi semalam. So, after semua orang dah berkumpul kami 10 orang gerak ke sana dalam pukul 8 pagi. Kecoh ja masa on the way ke sana. Well, itu perkara biasa apabila perempuan berkumpul beramai-ramai. Hik3. Sampai sana dalam pukul 8.35 pagi and have breakfast with the 8 cute kids there. Breakfast makan bihun goreng & kek coklat. Aku yang hanya makan sebungkus bihun pama je on the day before memang berselera la makan. Lapaq punya pasal. Haha. Lagipun bihun goreng tu sedap! *Thumbs up* After dah setel breakfast, kami buat ice breaking dekat halaman rumah. When I came out from the front door, this one little girl hugged me. She is Siti Nur Fatihah bt Mohd Aziz. Ahaa bagus tak akak ingat nama penuh adik? *Wink2* Masa tengah ice breaking tu dia asyik peluk aku ja. So, bila aku duduk atas lantai, dia sandar2 n baring atas riba aku. Masa orang lain sibuk duk introduce diri, Teha tetiba cerita dekat aku pasal parents dia. She told me that her mom has passed away and her dad just remarried. After that, her dad never come to see her there. Pity her:'( I guess she must really miss them.

So, dah habis ice breaking tu aku bangun berjalan ke arah pintu sebab nak amek barang2 untuk clay theraphy. Hah, susah nak jalan sebab Teha asyik peluk aku. Haha. Bila dah duduk balik untuk main clay tu, aku temankan Teha main clay. Dia tak reti sangat nak buat bentuk2 guna clay tu sebab clay tu agak keras. Kena letak air untuk lembutkan so that it'll be easy to be sculpted or molded. Aku la yang tolong buat apa-apa bentuk yang Teha nak. Hah, there is one little cute boy named Aiman. Dia la yang paling comot sekali masa main clay ni. Aiman comel. Dah la dia je budak lelaki kat situ, so akak2 ni *kecuali aku :p* berebut-rebut nak main dengan dia. Haha! Satu badan dia penuh dengan clay sampaikan dia kena mandi balik after tu. Dah la dia p tanam kaki dia dengan clay. Konon2 nak buat kasut untuk dia. Kang clay tu mengeras balik, tak ley cabut dari kaki, sapa yg susah? haha. What a cute boy! Most of them tak reti sangat nak main paper clay sebab ianya sangat berbeza dengan tanah liat yang biasa tu. So, budak2 ni main "order" ja nak buat bentuk apa from akak2 ni. Keja mereka hanyalah menyambungkan part2 yang telah di"order" daripada akak2 ni dan mewarnakan semua tu bila dah kering. One thing yang sangat obvious, they love to play with glitter so much. After dah mewarna clay tu, semua benda mereka letak glitter. This is obviously kerja Teha. Haha. Dah la dia tanya kat aku boleh tak dia nak calit water colour dekat pipi dia. Haha buat jela adik oi. Janji kamu suka dan tak calit ke pipi akak. :)

Selepas buat clay theraphy, kami semua masuk dalam untuk art theraphy plak. Sebenarnya nak tolong Kak Syikin cuci lantai halaman yang kotor sebab clay tu tapi sebab before tu aku dah kemas2 barang so, Kak Syikin halau aku masuk dalam. Kah3. K bukan halau bebetul pun. Kantoi la Kak Syikin asyik usha aku mengemas itu ini :p Masuk2 kat dalam Teha berlari kat aku padahal Pija duk ribakan dia waktu tu. Upss sorry Pija! haha. Semangat dia ajak aku buat something padahal semua aku kena buat. Dia cakap tulisan dia tak lawa, padahal pandai plak dia tulis nama aku dengan nama dia atas polistrene. Haha. Teha oh Teha. So, aku tulis nama dia atas kertas warna, guntingkan dan suruh Teha lekat atas kertas lukisan tapi sebab dia kusyuk makan bihun goreng, jadi dia tak buat pun. Aku pun dah takda idea nak buat apa so bila tetiba nampak reben kecil, terus aku buat muka teruja. K tipu. Aku ambil reben tu dan buatkan keychain untuk Teha. "Pengasuh" budak2 tu pun siap bersila sebelah aku minta ajarkan. Hee harap akak boleh ajar adik2 yang lain buat jugak nanti. :) Dah setel ajar buat keychain, aku buat gelang manik plak untuk Teha. Then suddenly Fina duduk sebelah aku sebab nak ajak main plastic glass dengan dia. Erk! Sumpah tak menang tangan nak melayan orang di kiri kanan dan hadapanku. Haha. kalau semua duduk depan aku senang la jugak. Teha banyak berkepit dengan aku sampaikan nak makan pun dia tunggu aku habis distribute nasi then baru dia tarik aku p makan dengan dia. Fina plak asyik duk lawan tarik aku bila Teha peluk2 aku. Obviously they are trying to seek for our love and attentions. Sampaikan masa aku minta nak guna cermin sebab nak betulkan pin tudung yang jatuh, Aisyah, Fina n Teha tarik2 aku suruh p guna cermin depa. Kelakarnya adik2 ni. Adik2 ni siap bawak kami melawat bilik2 mereka. Cantik! Macam best plak duduk satu bilik berkongsi 2 3 orang ni. Macam jela kan sebab aku ni bukan spesies suka berkongsi bilik. :p

These luvly kids love music. Aishah siap main keyboard lagi. Budak2 ni suka menyanyi. Sebelum balik tu, mereka nyanyi satu lagu ni pasal rumah solehah. Sobss bergenang air mata dengar lagu ni. Aku pusing belakang tengok Acah dah menangis dah. Boleh plak lepas menyanyi, budak2 ni mai depan aku dan tanya "Akak nangis ea tadi? Kitorang nampak air mata akak." Oih kantoi di situ. Malu. Haha. So overall bagi aku program ni berjaya mencapai objektifnya. Tak sia-sia kami pergi training basic kaunseling dulu. Hehe. So apa-apa je yang dah kami pelajari, kami praktikkan semasa program ni. Kak Tia aka pengasuh budak2 ni pun puji kami. *kembang semangkuk*. Aku kagum sangat dengan budak2 tu. Masa on the way balik, aku tumpang kereta Bro Wan. Dia cerita yang budak-budak tu semua HIV positif. Ada yang orang jumpa mereka kat tepi-tepi jalan tengah geledah tong sampah untuk cari makanan. Hurm sedihnya. Kenapa la insan sekecil itu diuji sebegitu rupa? In shaa Allah itu ujian untuk mereka yang kuat kan dan aku akui mereka sangat tabah. Be strong adik-adik! Last of all, harap lepas ni Allah beri aku peluang untuk ke sana lagi. Walau tak mampu sumbang wang ringgit, sekurang-kurangnya aku boleh berkongsi kasih sayang dengan mereka. In shaa Allah :)

Love, XOXO!

Penat

Assalamualaikum.

Hah tetiba tajuk 'penat' plak kan. Penat buat apa ntah hari ni? Heh penat makan mungkin? :P Ok tak ada kaitan langsung. Cuma penat melayan rasa hati. Chewahhh. K aku memang suka pun touching2 ni sebab hati aku lembut. K lembut macam span yer! Al-kisahnya, aku teringat cerita lama. Huu. Aku pernah mendengar sebuah cerita yang disampaikan daripada seseorang kepadaku. Cerita keburukan seorang teman aku. * K tarik nafas jap. Aku ni mestilah tak nak percaya bulat-bulat kan. Jadi aku cakap pada dia, biarlah aku tanyakan perkara sebenar kepada orang yang 'difitnah' tu. Jenggg, dia cepat2 je halang aku berbuat demikian. Katanya nanti keadaan bertambah keruh. Then, aku bagitahu, aku tak mahu berperasangka buruk terhadap teman aku, so lebih baik aku bertanya. Dia mati-matian halang aku. At last, dia benarkan aku bertanya tetapi dia macam resah ketika itu. Aku pun bertanya la perkara sebenar dekat teman aku ni tanpa memberitahu dia siapa yang 'membuat' cerita tak baik tu. Ternyata la cerita tu memang tidak benar. Cuak dah si pereka cerita itu. Kalau la aku tak bertanya perkara sebenar, silap-silap, hubungan aku dengan seorang teman ni boleh musnah macam tu je dek kerana fitnah manusia. K so moral of the story, mulut manusia ni memang boleh 'menghancurkan'. Lidah adalah anugerah daripada Allah yang kita gunakan untuk berkomunikasi tetapi ia sering disalahgunakan untuk menabur fitnah dan berdusta. Rasulullah S.A.W pernah bersabda; "Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah". Renung2kan lah ok. Aku tulis ni bukan nak memburukkan teman aku ke apa tapi ini untuk sama-sama kita muhasabah diri kita. Tolonglah, jangan ada perasaan hasad dengki dengan hubungan dan ukhuwah orang lain sampai kita sanggup buat cerita tak baik tentang orang lain. Aku pernah alami perkara ni banyak kali. K banyak tapi rasanya tak sampai lima kali. Cuma yang pasti lebih daripada dua kali la. Banyak la tu kan? Hehe. Now, apa kaitan dengan tajuk penat tu? Hmm seriously aku penat biarkan orang kucar-kacirkan persahabatan aku dengan orang lain. Motif berbuat demikian? Aku sendiri pun tak faham motifnya. Aku penat ok. Aku boleh rasa bila orang bermuka-muka dengan aku datang minta maaf, nangis2 peluk aku tapi dalam hati dia? K itu hanya Allah je yang tahu. Aku lebih senang berdiam diri bila aku tak tahan atau tak suka dengan sesuatu. Bukan la nak hipokrit buat-buat suka tapi aku rasa lebih baik aku diamkan diri daripada bercakap dan kemungkinan apa yang aku bakal ucapkan boleh mengguris perasaan orang lain atau mungkin juga mengandungi perkataan yang kurang menyenangkan. Semakin meningkat usia, aku yang agak hot-tempered ni sentiasa belajar untuk kurangkan temper aku ni. Sebab tu la aku memilih untuk diamkan diri apabila aku tak tahan dengan sesuatu perkara. I'm gonna be an employee, a wife, a mother soon. That's why I want to have more patience. Kehidupan akan datang akan lebih mencabar. Aku sedar perkara tersebut. Tapi tapi tapi, diam2 aku bukan bermakna aku relakan je apa yang orang lain buat pada aku. Tak apa la. Kalau nak buat aku menangis 44 hari pun, buat la. Hari ni mungkin hari kamu. Esok lusa siapa yang tahu. Huu. Sebenarnya ini semua kisah lama bertahun-tahun dahulu tapi benda ni masih terkesan di hatiku sampai sekarang. So, memang apa yang orang dah buat pada aku tu, aku susah nak lupa sebab aku tak pernah jangka langsung orang nak buat macam tu pada aku sampai beri side effect dalam life aku a few years ago until now. Aku tak pernah lupa tentang hal ini sebab benda ni macam selalu je datang dalam ingatan aku. Itulah salah satu side effectnya. Tak mengapalah. Aku doakan kita semua akan jadi lebih matang, no more fitnah2, hasad dengki semua tu. Marilah hidup dengan bahagia. Chewah! Hee ini serious. Aku sayang semua yang pernah hadir dan ada dalam kamus hidupku sekarang dan aku lebih sayang jika ukhuwah itu dibina atas dasar keikhlasan. Aku pun kadang-kadang khilaf dan pernah terguriskan perasaan orang lain tanpa aku sedari, dan bila aku sendiri yang terguris, aku muhasabah diri balik. KIta tak boleh la nak melenting secara melampau sangat kan. Kadang-kadang kita yang buat salah, jadi bila orang lain buat salah, kita tak boleh la nak marah sangat. Cuma, mari belajar untuk saling memaafkan. Baiklah setakat tu je bebelan daripada insan yang serba tidak sempurna ni. Maafkan aku andai aku masih dan sedang mengguris hati kalian tanpa aku sedari. Sayang semua! :)


BALANCE SHEET OF LIFE



Our birth is our opening balance.

Our Death is our closing balance.

Our prejudiced views are our liabilities.

Our creative ideas are our assets.

Heart is our current asset.

Soul is our fixed asset.

Brain is our fixed deposit.

Thinking is our current account.

Achievements are our capital.

Character & morals, our stock of trade.

Friends are our general reserves.

Values and behavior are our goodwill.

Patience is our interest earned.

Love is our dividend.

Children are our bonus issues.

Education is brands or patents.

Knowledge is our investment.

Experience is our premium account.

The aim is to tally the balance sheet accurately.

The goal is to get the best presented accounts award.

------------------------------------------------------------------



First time baca quotes ni bila dapat dari Dr. Ros Aniza, my Intermediate Accounting's lecturer. She got this somewhere on the Internet. I was like, "Wow, it's so interesting!" Hee. Now dah selesai pun half of the semester. Dulu masa sebelum start majoring, aku rasa susah hati dan tak konfiden dengan diri aku. Yela, nak amek BACC, tapi rasa macam tak layak. Mungkin sebab aku ni bukan dari aliran perakaunan masa sekolah dulu. Ada cerita kenapa aku stay dekat sekolah sains sampai habis form 5 dulu. K abaikan cerita lama tu. Sebelum ni, macam-macam yang aku fikir, "Mampu ke aku habiskan degree dalam bidang ni?" Rasa macam kawan2 yang ada basic since sekolah tu hebat2 je. Aku?? Heh tapi ada jugak budak BACC yang se'geng' dengan aku yang takda basic ni. Aku selalu susah hati dengan diri sendiri tapi kadang2  bila masa tertentu ada je orang lain yang sama macam aku. K ada geng lagi! Yeayy! Sebenarnya, ini masalah diri sendiri yang tak ada keyakinan dengan diri sendiri. It's my problem! Tapi lama-kelamaan aku sedar yang aku tak harus begini. Tak harus terlampau rasa rendah diri. It's not good for myself actually. Now, even ada a few subjects yang aku rasa mampu mencekik leher aku ni, aku still nak berusaha. Setiap kali rasa nak give up, aku ingat mak dengan ayah. :) Aku sedar yang bukan aku je rasa susah, kawan2 lain pun rasa susah jugak. Just kena ingat, tak ada jalan mudah untuk menggapai kejayaan. Hoyeah. Semangat! Semangat! Selain mak ayah, family & kawan-kawan yang selalu bagi semangat, aku beruntung sebab Madam Ros Aniza pun duk bagi semangat. Tu yang aku rasa bahagia semacam je lately ni. Hehe. Seriously dia sangat baik. Beruntung anak-anak & husband dia. Aku  nak jadi macam dia jugak la suatu hari nanti. Eh? hehe. Oh, buku DS dah memanggil tu. Study yuk! Azam nak dapat full mark untuk midterm DS. Keh3. Aminnnn. Mana tahu kalau2 ada rezeki kan :) Till then. Assalamualaikum.



You Tube-ing

Hari ni hari melayan You Tube. Hew2 :D