17 June 2013

Bismillahirrahmanirrahim..


Menerima berita pemergian saudara terdekat yang pergi menghadap Ilahi. Innalillah. Tak jangka langsung sakitnya makin teruk. Bila aku khabarkan berita itu pada ayah, dia terkejut sebab dia baru nak melawat arwah dekat hospital. Ayah pula baru balik dari sekolah dalam keadaan agak lemah. Aku periksa tekanan darah ayah. Low blood pressure. Tekanan darah aku pun rendah lately ni. Hah anak beranak mengalami masalah yang sama. Like father like daughter. Patut la kalau duduk atau baring sekejap, lepas tu bila nak bangun pandangan aku kelam dan aku jalan melelong sebab tak nampak apa-apa. Pening sangat. Ok let it be. Moga-moga okay la nanti.

Lepas mak balik dari sekolah, baru la aku, mak, ayah dan adik gerak ke rumah tok long. Masa sampai, jenazah tengah dimandikan. Aku masuk tengok. Ya Allah, aku nampak bibir arwah mak lang tersenyum manis. Dia merana sakit selama beberapa tahun tapi bila dia dah tak bernafas, dia tersenyum seolah-olah bahagia sangat. "Bahagia" kembali bertemu Allah yang Maha Esa. Subhanallah. Jenazah siap dimandikan dan dikafankan jam 5.30 petang. Masa tu Pak Tam baru sampai. Aku tengok dia mula sebak. Aku pun jadi sebak tapi mampu tahan lagi untuk tak menangis. Masa jenazah disembahyangkan, adik-adik Mak Lang sampai dari KL. Masing-masing nangis teruk gak tapi sempat la tatap dan kucup wajah jenazah. Bila dah selamat dikebumikan, barulah Pak Teh sampai. Dia menangis dan peluk adik beradik yang lain. Kesian sebab dia tak sempat tengok jenazah. Aku yang duk tahan nangis dari rumah Tok Long, nangis jugak kat kubur masa tu. Allah Allah Allah. Sayunya waktu tu. Daripada apa yang aku lalui, dengar dan lihat sepanjang hari ni, banyak iktibar yang aku dapat. Pemergian saudara terdekat jugak buat kita sedar yang kita tak tahu entah bila ajal kita. Kita kenalah sentiasa muhasabah diri ni. Cukup ke tidak bekalan kita kat dunia ni untuk dibawa ke akhirat kelak? Sama-sama muhasabah balik diri ni.Banyak yang sedang aku fikirkan sekarang. Tapi disebabkan dari petang tadi kepala ni berdenyut-denyut dan  rasa tak sedap badan, biarlah apa yang aku fikirkan tu berlegar-legar dalam otak aku je. Kalau rajin, next time aku coretkan tentang itu. 

Tanpa mempedulikan rasa sakit ni, lepas teman mak berbuka tadi, aku singgah rumah tok. Aku makan 2 biji durian. Hah amek kau! Ehhe not totally 2 biji tu aku habiskan sorang-sorang. Mak baik hati tolong habiskan beberapa ulas. Tu tok aku la yang simpankan durian tu untuk aku yang berbulan-bulan tak dapat balik jumpa dia. Sayang kan tok kat cucu dia yang sorang ni ;)

Got to go to dreamland now. Moga sakit kepala ni hilang esok pagi. Moga arwah Mak Lang tenang dan aman di sana dan moga rohnya dicucuri rahmat. Moga ayah, mak dan ahli keluargaku sihat-sihat selalu. Moga teman-temanku sihat, bahagia dan dilindungiNya selalu walau dimana mereka berada. Moga kita semua sentiasa berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Moga hari esok lebih baik dari semalam. Ameennn. Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman. Assalamualaikum.


With love, 
XOXO.

0 00 people spread ♥:

Post a Comment