Perkahwinan Membawa Ketenangan

Bismillahhirahmanirrahim.

Hari ni genap hari kelima aku bercuti dan seperti biasa aku hanya menghabiskan cuti di rumah sahaja. Aku lebih selesa begini walaupun kadang kala rasa kesunyian sebab tidak ada teman berbual. Tapi tak mengapa la. Kucing kan banyak kat rumah ni jadi meow meow ni la yang selalu teman aku. Hah, terlampau suka teman sampaikan aku nak mandi pun anak-anak bulu ni temankan. So shuuweettt. :)

Tengah-tengah malam ni aku duk google pasal perkahwinan. Saja-saja je. Duduk kat UIA tu asyik kena soal je bila nak kahwin. Den takda jawapan sebab takda yang masuk meminang jadi den jawab la, "Tak lama lagi. Doakan ya!" Hahahha. Ya, aku tahu sekarang zaman orang kahwin muda. Siapa ntah cakap kalau kahwin umur dalam 22 tahun tu dah tak kira kahwin muda dah. Oh jadi kalau tahun ni aku belum berkahwin, maknanya takda chance la ni nak kahwin muda? :p Chill! Allah dah tetapkan jodoh masing-masing kan. Sampai masa, bila kita betul-betul dah mampu ke alam rumahtangga, in shaa Allah kita akan berkahwin jugak. 

Ada je teman-teman yang ingat aku dah berkahwin. Masa lepas exam baru-baru ni, ada seorang teman yang bertanya perihal kahwin muda atau kahwin semasa masih belajar dekat aku. Aku pun jawab la soalan dia. Pastu dia cakap, "Sya ni cakap gaya macam orang ada experience je." Heh. Kesitu plak teman den ni. Aku cakap la, memang aku masih belum berkahwin tapi jawapan yang aku berikan tu hasil pemerhatian dan penceritaan daripada orang-orang sekeliling aku. Ya, aku suka 'perhatikan' life orang lain. Melalui cara tu la aku belajar tentang kehidupan ni. Yang baik tu aku jadikan contoh, yang buruk tu aku cuba jadikan teladan buat aku. 

Berbalik kepada soalan teman aku, dia tanya apa faedahnya berkahwin awal ni. Aku sebut satu perkataan pada dia iaitu "ketenangan". Kenapa tenang? Bagi aku, sebab Allah memang dah janjikan ketenangan itu. Macam yang disebut dalam surah Ar Rum ayat 21 ; "Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang." Kenapa tenteram punya suami atau isteri di sisi? Sebab bila berkahwin, suami atau isteri kitalah yang akan jadi teman suka duka kita. Dia jugalah teman yang akan sama-sama berusaha dengan kita untuk ke Syurga Allah :) Untuk yang berkahwin masa belajar, jiwa akan lebih tenang, dapat tumpukan lebih perhatian pada pelajaran, diri lebih terpelihara daripada maksiat dan cinta monyet dan sebagainya. Ada banyak je kelebihan dan kekurangan berkahwin semasa belajar ni, cuma kita la kena pandai mengawal atau mengatasi keburukan itu sebaiknya. Bagi aku, masalah utama berkahwin semasa masih belajar ni ialah masalah kewangan dan kematangan. Andai dapat diuruskan dengan betul, in shaa Allah nikmat perkahwinan itu dapat dirasai.

Huhu dah la. Saja je nak membebel-bebel pasal topik ni sebab teman-teman selalu duk tanya kan. Kadang-kadang rasa rimas tapi lama-lama macam dah terbiasa jadi aku ameenkan jela sebab kata-kata kita kan satu doa. Cepat atau lambat kita berkahwin, yang penting, mari muhasabah diri, perbaiki hubungan kita dengan sang Pencipta, Allah SWT dan hubungan sesama manusia termasuk la ibu bapa, ahli keluarga, teman-teman dan ahli masyarakat yang lain. Sama-sama la kita berdoa yang terbaik buat kita di dunia ini supaya kita dapat yang terbaik jugak di akhirat nanti iaitu Syurga yang kekal abadi. Ameennn.

Till then,
XOXO.

0 00 people spread ♥:

Post a Comment