I-LEAD 2014












With love,
XOXO.


Credit: Team Leader Group 6

17.01.14

Assalamualaikum.

2014: Entri Pertama
Ohh rinduuuu sangat hah dekat blog. *peluk2 cium blog sendiri* Dah masuk 17 hari untuk tahun ni. Pantasnya masa berlalu dan yang pasti aku baru memulakan cuti semester. Ya, baru sehari berada di rumah tapi yang seronoknya, Alhamdulillah setelah sekian lama satu family berkumpul di rumah. Oh mak aiii. susah bebenor nak berkumpul bila sorang dah berkahwin dan bekerja jauh, sorang lagi dah selamat dapat bertukar balik ke Kedah dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Sobssss.. Masing-masing dah besar. Dan aku pun berjaya membesar dengan jayanya pabila usia meningkat ke 22 tahun. :O Balik dari Melaka, timbang berat badan, naik 1kg! Gggrrr.. k fine! Memang aku makan banyak pun kat hotel tu. Muahahaha. *patut la nantok sokmo sepanjang slot. Yang pasti, I-Lead seronok sebab... Hotel Emperor tu best sebab boleh tengok laut terbentang luas pastu dating dengan Paie n Kak Sarah dalam bilik 1704. Ekeeke. Nopeee.. Ada sebab lain jugak. Macam-macam yang aku dapat daripada program tu. Dapat ilmu, dapat makanan sedap, dapat penat kira tangga dekat A Famosa, dapat tengok beca2 comeyyyyyy, dapat phone kol rindu daripada ayah time dia tengah dalam kelas. hehehe. okeyyy. Apa benda ntah yang aku nak cerita sebenarnya??

Kalau ikutkan hati macam-macam nak cerita dekat sini tapiiii kat sini takda privasi. Hehe. So tak boleh cerita lebih-lebih. Simpan dalam hati saja lebih baik.

2013: Tahun mencabar
Yes, tahun mencabar dan tahun banyak tangisan yang mengalir. Allah.. Allah.. Allah... Satu demi satu dugaan datang. Hari demi hari berendam air mata sampaikan pergi kelas je mata bengkak la sembab la pastu mesti Hajar cakap aku tak cukup tidur, stay up study. Uihhh salah sangat tu. Dah hari-hari nangis maw mata tak bengkak. Rasa macam terlalu lemah bila asyik menangis but I got strength from those tears. Thank you, Ya Allah. Apapun dugaan yang Allah bagi tahun lepas buat aku lebih mengenali dunia, kenal dengan kerenah manusia. Setiap kali aku teringat setiap manusia yang 'buat perangai' tu, aku tersenyum sendirian. Hehe. Macam2 kerenah betul. Dan apa yang aku belajar daripada semua tu betapa pentingnya menjaga hati. Kenapa? Sebab kalau kita tak jaga hati, mulalah segala penyakit hati tu meracuni diri. Hah gitewww! So, Cik Syafiqah.. JAGA HATI! Segala apa-apa yang terjadi tu buat mata aku terbuka luas. Walaupun aku memilih untuk lebih banyak diamkan diri, tapi jauh dalam hati ni, aku tersangat kecewa. I lose the hope. I lose the trust. Cuba menenangkan dan menguatkan diri dan akhirnya setelah berasa sedikit tenang, aku cuba berterus terang kenapa aku berdiam diri. Sudah cukup sudah. Jangan datang kepadaku untuk menceritakan masalah anda dengan orang lain, jangan datang kepadaku untuk memburuk-burukkan temanmu, jangan datang kepadaku dengan menjadi manusia talam dua muka. Enough is enough!. Aku mungkin tak berapa nampak segala kebenaran mahupun apa-apa yang tersirat dalam hati orang lain, tapi Allah SWT nampak. Aku percaya Allah sentiasa ada. Biar orang buat jahat pada kita, biar orang buruk-burukkan kita. Allah pasti balas semua tu. In shaa Allah. Syukur Allah hadirkan teman-teman yang sentiasa ada denganku. Yang memberi nasihat, yang beri semangat dan sebagainya. Perkara lain yang aku belajar; jangan membenci atau mengata orang lain, kelak bila kita ditimpa kesusahan, kita mungkin akan cari orang tu balik. 

Berakhirnya semester 1, 2013/2014, maka selesai jugaklah semester mencabar bagiku. Semester yang buat aku malas, semester yang tak teratur langsung. Phewww. Susah jugak yaa bila lecture weeks after mid break tu lebih panjang daripada sebelum mid break. Semput taw nak habiskan satu semester. Sampaikan rasa nak give up. Huuuu. Alhamdulillah, Allah masih bantu. Tadaaaa.. kan dah habis pun semester 1. :)

Nafas baru.
Setiap apa yang dah berlaku, biarlah semua tu berlalu. Yang pahit, kita jadikan pengajaran. Yang manis, kita ingat dan simpan sebagai memori indah. Ujian Allah itu memang berat tapi percayalah Allah takkan uji kita andai kita tak mampu. Tarik nafas dalam-dalam, banyakkan ingat Allah dan percayalah hikmah dari segala ujian tu pasti manis dan lebih manis bila kita menghadapi ujian itu sebaik mungkin dan sentiasa letakkan sepenuh pengharapan pada Allah dan memohon kekuatan kepada Ilahi supaya kita dapat menghadapi segala ujian tersebut.


With love,
XOXO.