October 2014 in Memory

Bismillahirrahmanirrahim.

Blog kembali dibuka. Rindu. Tapi apakan daya. Kesibukan diri dan kemalasan menghalang diri untuk selalu berkepit dengan blog ni. Alhamdulillah. Welcome November! My favourite month of course. Lega sket dah hari ni after two hectic weeks. Biasalah life as a student kan. Walaupun tahap malas tu memang susah nak dibendung. Makin menjadi jadi. And I think I have lost the track. Time midbreak hari tu memang bermalas malasan je kat rumah. Tak study tak buat kerja sebab rasa nak relaks je. Tahu lepas midbreak, tekanan demi tekanan akan muncul. After one week kat UIA, ayah kena tahan dekat wad. Tahu pun one day after ayah masuk hospital. Told by my sister during AGA class. Pejam mata, tenangkan fikiran. Dah agak pun ayah akan kena tahan sebab kondisi dah teruk. Masa buat Group Exercise, fikiran terganggu sangat. Tunggang terbalik calculation aku. Tak perasan langsung sampai la Kak Mira tegur. Dah setel jawab tu, ternangis depan Kak Mira tapi cover la. Esoknya ada field trip dan show. Rasa bersalah tapi akan lagi rasa bersalah kalau tak cepat2 balik. So, minta maaf kat semua, minta maaf kat Madam sebab tak dapat follow field trip. Balik bilik terus kemas barang tunggu kakak amek. Seriously penat sangat rasa nak pitam so nak cepat2 tidur dan rehat kat rumah kakak. But end up tak dapat tidur lena pun. Awal pagi terus gerak balik Kedah dan terus ke hospital. Dengan muka sememehnya, stay kat hospital sampai malam. Balik tidur kat rumah Kak Yon dan ke hospital lagi keesokan harinya, sambung stay sana sampai the next day. Wuuuu tak balik rumah. Depan ayah, memang tunjuk happy, kuat ja. Pujuk2 ayah makan. Rasa bahagia bila ayah nak makan. Ayah nangis sket.. Aku tahan. Tak maw nangis. Memang rasa lemah bila ayah sakit. Selama ni ayah la paling concern pasal aku. Ayah banyak ambil berat pasal keperluan aku. Sebab aku ni anak yang diam. Nak apa pun, aku diam je. Aku segan nak meminta. Aku tak mau susahkan mak ayah. So, kadang2 ayah lagi cepat tangkap dan faham dengan keperluan aku. Selalu kalau kol, ayah akan tanya nak apa, duit cukup tak. Adik nak dengar suara ayah ja. Lepas rindu :') Hmm rindunyaaaa. Berat hati nak balik UIA. Jiwa kosong. Tiada istilah study dalam kepala. Nak jaga dan teman ayah je. Tapi disebabkan hari selasa kena present, so balik la jugak hari Isnin tu. Alhamdulillah selepas 6 hari dekat hospital, doktor benarkan ayah keluar. Happy. Sekurang kurangnya ayah dapat rehat kat rumah. Tak bosan macam kat hospital. Boleh jugak ayah layan Sports channel, tengok bola kat TV. Ayah cuti 3 bulan dan tak tahu apa yang akan terjadi lepas tu, sama ada ayah nak sambung kerja ke tak. Dah tak prefer ayah kerja sebenarnya dah kalau pihak atasan pun agak hmmmm. Nak ayah rehat je. Tak nak ayah rasa terbeban fikirkan pasal perbelanjaaan keluarga. Aku pun bukan jenis berbelanja sangat. Nak apa pun, malas nak membeli so jimat sket. Lepas ni intern ada jugak dapat elaun sket so dapat la guna untuk duit belanja. Next year sorang nak masuk form 1, sorang lagi nak sambung degree. Bagi keutamaan kat adik adik. Kakak relaks sajo. Nak tengok adik2 berjaya. Jadi insan yang lebih baik. Untuk keluarga, untuk Ummah. In shaa Allah. Kakak sayang semua. Sayang mak, ayah, kak yon, kak mi, jihah, nabil. Tak lupa juga buat menantu2 mak ayah yang banyak membantu. Bersyukur jugak ayah dapat menantu kerja dalam bidang kesihatan ni. Faham la jugak istilah2 perubatan ni. Nak harap aku? Hmm maaf mak ayah. Anakmu tak mampu nak menjadi seorang doctor. Huk3. Suka je bau ubat, bau klinik, farmasi, hospital semua ni tapi tak suka bau doktor. Eh? Tak tak. Rasa tak mampu nak menjadi seorang doktor. hee. Tak apa la. In shaa Allah. Allah beri jalan lain buat aku. Walaupun sekarang dah macam tunggang langgang study ni.. Meoww meowww. :P Dah bye. Jom study! Make mak and ayah proud of me! Mmuahh mmuahh. Mak ayah doakan adik sentiasa ya :-*



With love, 
XOXO.

0 00 people spread ♥:

Post a Comment