Ayah..

2 Jun 2015
7.50 pagi.

Waktu dan tarikh yang akan sentiasa aku ingat. Ayah pergi menghadap Ilahi. Walaupun agak keletihan, aku bangun tahajud dan solat hajat pagi itu. Aku minta sangat Allah panjangkan umur ayah, ringankan kesakitan yang ayah hadapi dan andai Allah ingin cabut nyawanya, permudahkan dan ringankan la kesakitan ayah untuk menghadapi sakaratul maut. Aku rehat kejap lepas tu solat subuh dan bersiap macam biasa. Aku bersiap terlebih awal tapi tak rasa nak pergi kerja pun. Tapi aku tak stress langsung sebab malas pergi kerja. Naik je bas sempat la sedekahkan bacaan Yasin untuk ayah. Bila dalam train aku terlelap sekejap lepas tu dapat rasa phone vibrate. Tak sempat jawab. Panggilan dari emak. Yes, that time I know already. This is the time that I don't want it to be happen. Aku kol mak balik. Aku masih tenang masa cakap dengan mak. Tanpa berfikir panjang, aku keluar train. Fikiran dan pandangan pun kosong. Pintu train masih terbuka tapi aku tak masuk. Aku duduk termangu dekat stesen LRT Pasar Seni. Talked to him through the phone then I entered the next train. Sesaknya manusia dalam train tu tapi aku memang tertunduk tak peduli orang sekeliling dah. Aku habiskan Yasin dalam train. Balik Gombak sesiap barang dan bertolak ke Kedah. Like all the time during the journey, I kept thinking and talking to myself. Ya Allah, aku dah tak punya ayah yang sangat aku sayang. Ayah la insan yang banyak berkorban segalanya untuk anak-anak. Hal pelajaran dan keperluan aku semua ayah yang banyak uruskan. You are the best man ever in my life, ayah.

Sejak awal tahun Allah beri petunjuk melalui mimpi kepadaku buat beberapa kali. Sedih sangat setiap kali bangun tidur. Sejak tu aku jadi takut. Sangat takut setiap kali ada panggilan daripada ahli keluarga. Aku fobia dengan sebarang panggilan masuk sebenarnya. Beberapa bulan lamanya aku jadi macam tu. Sepanjang tu jugak la aku banyak berdoa. Sebolehnya aku minta supaya aku dapat berada disisi ayah ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tapi sebaliknya yang berlaku. Aku nampak apa hikmahnya. Allah tahu aku tak kuat untuk itu.

To cut the story short, when I reached home, my leg started shaking. Allah. Mungkin jugak sebab aku kurang bertenaga sebab berpuasa. Memang lemah la. Sebab tu la aku cakap, "Doakan Sya kuat.". Hmmm. Orang pertama yang aku jumpa ialah mak mertua kakak. Dia peluk aku dan cakap, "Sabaq naa cik naa". Maaf mak cik, Pikah tak boleh peluk lelama. Air mata nak jatuh. Aku salam mak dan orang sekeliling. Lepas tu baru tatap wajah ayah. Aku tengok wajahnya tenang seakan akan dia hanya sedang tidur lena. Tiada lagi wajah yang menanggung kesakitan. Allah uji ayah dengan kesakitan sebagai penghapus dosa dan akhirnya ayah pergi menghadap Ilahi dengan tenang. Ayah seolah olah sedang tersenyum saat anak anak dan menantu memandikannya. Ayah, adik rindukan ayah.

Ayah dikebumikan selepas asar di tanah perkuburan dimana tok dan wan dikebumikan. Sepanjang ayah sakit, dia beberapa kali merindui emak dan ayahnya. Barangkali itu jugak petanda yang akan akan mengikut jejak emak dan ayahnya. Ayah, tok, wan, semoga kalian tenang di sana.

Aku?
Aku menanti ajal menjemputku.
Suatu hari nanti aku ingin bertemu dengan ayah kembali.
Bertemu di Syurga Allah yang pasati kekal abadi.