Rindu Padamu

Aku rindu pada lelaki yang mengendongku sewaktu kecil
Aku rindu pada lelaki yang menjadi tukang gunting rambutku yang setia
Aku rindu pada lelaki yang mendukungku masuk ke kamar tatkala aku tertidur di hadapan televisyen
Aku rindu pada lelaki yang membawaku ke klinik tika aku jatuh sakit
Aku rindu pada lelaki yang menyapukan air pada perutku tatkala aku demam
Aku rindu pada lelaki yang akan datang ke sekolah untuk menandatangani buku rekod keputusan peperiksaanku
Aku rindu pada lelaki yang hadir meraikan aku setiap kali hari anugerah cemerlang diadakan
Aku rindu pada lelaki yang membelikan aku nasi lemak dan roti canai setiap pagi
Aku rindu pada lelaki yang akan menceritakan isu semasa kepadaku tatkala aku tidak memahami isunya
Aku rindu pada lelaki yang mengajarku menulis dan membaca
Aku rindu pada lelaki yang sanggup menemaniku membeli belah
Aku rindu pada lelaki yang sangat tabah menghadapi dugaan hidupya
Aku rindu pada lelaki yang sanggup menjemput dan menghantarku ke asrama
Aku rindu pada lelaki yang menjadi segala galanya buat diriku
Aku rindu padamu wahai ayah
Aku rindu
Aku rindu
Aku rindu

Terlalu banyak kenangan bersamamu selama 22 tahun 6 bulan bersama yang aku rindui
Walaupun sukarku mempercayai takdir ini
Walaupun sukarku mempercayai ketiadaanmu disisiku
Aku tetap redha dengan ketentuan Ilahi.

Aku masih di sini, bumi Allah
Aku masih berjuang
Aku masih mencari kekuatan
Aku masih mencari kebahagian

Untuk segala yang terjadi sepanjang tahun 2015 ini,
Sesukar dan sepahit apapun dugaan yang kuterima
Aku tahu pasti ada hikmahnya kerna,,
Allah tahu itu yang terbaik untukku.
Terima kasih Allah.

0 00 people spread ♥:

Post a Comment