Pengalaman Hamil Kali Pertama

Aku dapat tahu yang aku hamil pun masa minggu ke-5. Almost sebulan setengah dah kandungan pun. But actually masa 4 weeks tu dah buat UPT dan dapat resultnya. 😄 Masa scan untuk confirmkan kehamilan tu nampak kantung baby je yang kecik bentuk macam kekacang tu. Haha. Alhamdulillah aku dan suami happy walaupun dah tahu awal lagi sebab dah buat UPT kat rumah. Cuma sedih sebab kitorang tak sempat beritahu tok mak pasal kandungan ni. Tok mak menghembuskan nafas terakhir masa aku tengah sesiap pakai tudung nak pergi klinik untuk check kandungan. So, kitorang hanya berpeluang pergi klinik keesokan harinya jela. So sepanjang mengandung ni ada laa pahit manisnya kan. Segala jenis alahan, sakit dan perubahan emosi yang berlaku buat aku mudah tertekan. Yela tertekan sebab rasa menyusahkan orang sangat :( Selain alahan tu ada saja sakit lain yang buat badan jadi lemah dan tak larat nak buat itu ini. Sedih sebab rasa macam mungkin orang akan cakap, "Ala aku pun mengandung gak dulu takda la teruk macam tu" or "jangan layan sangat sakit tu". Serius aku cuba tak layan. Cuba buat kerja sket tapi end up sakit tu datang menyerang dan aku la yang kena menanggungnya. Ahaaaa. Aku da dipesan jangan angkat barang barang berat, bahaya untuk kandungan. But one day aku gigih jugak la p beli dan angkat 10kg berat. Sebelum ni aku memang jenis tak kisah dan dah biasa buat kerja macam tu. So sebab tak mahu menyusahkan mak, aku bei terus je yang 10kg tu supaya senang mak tak perlu ulang beli dengan kerap. Before tu mak dah pesan, beli yang 5kg pun takpa jangan paksa diri nak angkat. Ahaaa effectnya perut senak gilaaaaa lepas tu terus tak berani nak angkat berat2 lagi dah.

Saudara mara asyik tanya je takda alahan , pening dan muntah ke.  Awalnya memang belum rasa. Chewah memula rasa beruntung jugak sebab hanya rasa loya.  Loya tu pun normal sebab aku memang spesies senang loya 😝 A few weeks after,  aku start la rasa "kenikmatan" morning sickness tu dan berterusan la sampai awal 4 bulan kandungan. Dah masuk 11 weeks tak diduga jugak aku kena demam denggi siap doktor suspect takut kena zika. Aku pun risau kemain la kat baby masa tu sebab duk google pasal zika ni. Padahal time tu virus zika belum 'sampai' ke Malaysia. So end up admitted dekat HUKM selama dua malam tanpa ditemani sesiapa di wad. Huk3. Dah la kena tumpang duduk wad O&G. Dengarlah tangisan baby dan teriakan mak mak yang tengah tahan sakit contraction. Aduhhh buat aku seram betul la.  So aku cakap dalam hati maybe Allah nak bagi aku "experience" awal la duduk wad tu sebelum bersalin nanti. Ahaaahh. Best je duduk hospital cuma tak best sebab kena makan ikan pastu kena inject untuk ambil darah banyak kali.  😔😔😔 Lebam tangan!

Now aku sambung mencoret ni time dah nak masuk 32 minggu. Less than 60 days before EDD. Phewww cuakkk,  risau,  takut semua ada. Tapi suami cakap aku macam takda perasaan je. Haha dia tarak taw dalam hati ni rasa macam mana. Hari hari doa la supaya Allah permudahkan proses kelahiran anakku ini nanti dan semoga dia lahir dalam keadaan sihat walafiat yer sayang ibu 😄 Ok dah. Nanti bebila rajin aku sambung next entry. Menulis dekat blog ni sebab nak ada kenangan yang aku boleh baca balik suatu hari nanti. 8 weeks to go before EDD. Semoga Allah permudahkan urusanku untuk bersalin nanti dan dikurangkan kesakitan tu. Semoga anak ibu ayah kat dalam rahim ibu ni selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna.  Ibu ayah can't wait to see you sayang.  😘😘😘

XOXO
Nurul Syafiqah Ramlee

Gift and Rizq from Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama tak mencoret di alam maya walaupun seringkali menjengah ke sini. Takda mood nak menulis mungkin sebab terlalu banyak yang ingin dicoretkan sampai tak tercoret. Uhuks. Dari zaman bujang sampai la dah bertukar status menjadi isteri orang. Alhamdulillah. Rasa semua berlaku dengan pantas tup2 dah kahwin pastu tup2 ada isi. Upsss. Alhamdulillah. Again. Tak expect pun diberi rezeki secepat ni. Pabila mula sedar tak "bercuti" seperti lazimnya, terus rasa pelik dan ada syak sikitttt la. Tapi macam tak nak berharap sangat takut kecewa. Hahaha. Lepas enam hari mula rasa gelisah pastu senyap senyap beli pregnancy test kit dekat Guardian masa keluar dengan adik perempuanku. Dia ja tahu pastu aku suruh rahsiakan dulu. Keh3. Hari tu juga diuji dengan jalan jam yang teruk masa nak ke KL. Mines ke Jalan Tar ambil masa 2 jam. Erghhhh. Kesian adik aku yang drive. Pastu rushing beli barang tanpa sempat makan then dekat pukul 4 petang terus gerak ke UKM sebab nak pick up suami kat UKM dan hantar adik ke USIM. Allah nak uji lagi hari tu pabila kereta suamiku mati dekat tol Bangi. Nasib baik abam PlusRonda tolong. Again kereta tak boleh start masa dekat Nilai pastu dipendekkan cerita kena la balik naik tow truck. Sakit hokey badan ni. Asyik pegang perut ja sebab rasa tak enak badan dan sakit. Risau la sengsorang tanpa mengadu dekat suami. Haha. Esok tu bangun je Subuh terus buat urine test dan dengan lajunya keluar double line. Hmmm hmmm terus sambung mandi dan berfikir nak rasa apa ni? Betul ke mengandung? Dushhhh! Susahnya nak percaya. Haha. Plan nak tunjuk dekat suami lepas solat tu tapi dia cakap nak sambung tidur. K fine. Bagi dia sambung tidur dulu. Lepas dia bangun mandi baru hulur tunjuk dekat dia tanpa tahu nak buat muka macam mana. Haha. Dua laki bini dalam "mood" tak percaya. Adududu..

Dia yang Dirindui..

Ayah,
Adik rindu sangat sangat pada ayah.
Macam macam berlaku selepas ayah tinggalkan adik.
Adik sedih tapi adik tahu adik tak dapat tatap wajah ayah lagi dekat dunia ni.
Adik tak pasti adik mampu jadi sekuat dan setabah ayah.
Adik tak yakin pada diri sendiri.
Adik tak kuat untuk meluahkan segala yang terbuku di hati.
Adik cuba berlapang dada untuk menerima apa sahaja yang berlaku.
Tapi hati adik terluka.
Mungkin kita perlu terluka demi kebahagiaan orang lain kan.
Maafkan adik.
Adik tak kuat, ayah.

Jauh di sudut hati dan di sebalik senyuman yang adik ukirkan,
Ada satu rasa yang tak mampu dibendung.
Rasa kecewa dan terluka.
Tapi apalah daya adik.
Allah lebih sayangkan ayah.
Sebab tu Allah ambil ayah supaya ayah takkan terus terluka dan menanggung derita.
Ayah,
Adik buntu.
Buntu memikirkan tentang hidup ni.
Kaki dah tak kuat untuk teruskan langkah.
Hati dah tawar untuk banyak perkara.
Adik masih mencari sedikit sinar kehidupan.
Supaya nanti adik dapat bertemu ayah kembali dalam keadaan tenang.
Tenang tanpa tidak perlu lagi terluka dengan dunia ini.