Dia yang Dirindui..

Ayah,
Adik rindu sangat sangat pada ayah.
Macam macam berlaku selepas ayah tinggalkan adik.
Adik sedih tapi adik tahu adik tak dapat tatap wajah ayah lagi dekat dunia ni.
Adik tak pasti adik mampu jadi sekuat dan setabah ayah.
Adik tak yakin pada diri sendiri.
Adik tak kuat untuk meluahkan segala yang terbuku di hati.
Adik cuba berlapang dada untuk menerima apa sahaja yang berlaku.
Tapi hati adik terluka.
Mungkin kita perlu terluka demi kebahagiaan orang lain kan.
Maafkan adik.
Adik tak kuat, ayah.

Jauh di sudut hati dan di sebalik senyuman yang adik ukirkan,
Ada satu rasa yang tak mampu dibendung.
Rasa kecewa dan terluka.
Tapi apalah daya adik.
Allah lebih sayangkan ayah.
Sebab tu Allah ambil ayah supaya ayah takkan terus terluka dan menanggung derita.
Ayah,
Adik buntu.
Buntu memikirkan tentang hidup ni.
Kaki dah tak kuat untuk teruskan langkah.
Hati dah tawar untuk banyak perkara.
Adik masih mencari sedikit sinar kehidupan.
Supaya nanti adik dapat bertemu ayah kembali dalam keadaan tenang.
Tenang tanpa tidak perlu lagi terluka dengan dunia ini.

0 00 people spread ♥:

Post a Comment