Gift and Rizq from Allah

Bismillahirrahmanirrahim..
Lama tak mencoret di alam maya walaupun seringkali menjengah ke sini. Takda mood nak menulis mungkin sebab terlalu banyak yang ingin dicoretkan sampai tak tercoret. Uhuks. Dari zaman bujang sampai la dah bertukar status menjadi isteri orang. Alhamdulillah. Rasa semua berlaku dengan pantas tup2 dah kahwin pastu tup2 ada isi. Upsss. Alhamdulillah. Again. Tak expect pun diberi rezeki secepat ni. Pabila mula sedar tak "bercuti" seperti lazimnya, terus rasa pelik dan ada syak sikitttt la. Tapi macam tak nak berharap sangat takut kecewa. Hahaha. Lepas enam hari mula rasa gelisah pastu senyap senyap beli pregnancy test kit dekat Guardian masa keluar dengan adik perempuanku. Dia ja tahu pastu aku suruh rahsiakan dulu. Keh3. Hari tu juga diuji dengan jalan jam yang teruk masa nak ke KL. Mines ke Jalan Tar ambil masa 2 jam. Erghhhh. Kesian adik aku yang drive. Pastu rushing beli barang tanpa sempat makan then dekat pukul 4 petang terus gerak ke UKM sebab nak pick up suami kat UKM dan hantar adik ke USIM. Allah nak uji lagi hari tu pabila kereta suamiku mati dekat tol Bangi. Nasib baik abam PlusRonda tolong. Again kereta tak boleh start masa dekat Nilai pastu dipendekkan cerita kena la balik naik tow truck. Sakit hokey badan ni. Asyik pegang perut ja sebab rasa tak enak badan dan sakit. Risau la sengsorang tanpa mengadu dekat suami. Haha. Esok tu bangun je Subuh terus buat urine test dan dengan lajunya keluar double line. Hmmm hmmm terus sambung mandi dan berfikir nak rasa apa ni? Betul ke mengandung? Dushhhh! Susahnya nak percaya. Haha. Plan nak tunjuk dekat suami lepas solat tu tapi dia cakap nak sambung tidur. K fine. Bagi dia sambung tidur dulu. Lepas dia bangun mandi baru hulur tunjuk dekat dia tanpa tahu nak buat muka macam mana. Haha. Dua laki bini dalam "mood" tak percaya. Adududu..

0 00 people spread ♥:

Post a Comment