Pengalaman Hamil Kali Pertama

Aku dapat tahu yang aku hamil pun masa minggu ke-5. Almost sebulan setengah dah kandungan pun. But actually masa 4 weeks tu dah buat UPT dan dapat resultnya.  Masa scan untuk confirmkan kehamilan tu nampak kantung baby je yang kecik bentuk macam kekacang tu. Haha. Alhamdulillah aku dan suami happy walaupun dah tahu awal lagi sebab dah buat UPT kat rumah. Cuma sedih sebab kitorang tak sempat beritahu tok mak pasal kandungan ni. Tok mak menghembuskan nafas terakhir masa aku tengah sesiap pakai tudung nak pergi klinik untuk check kandungan. So, kitorang hanya berpeluang pergi klinik keesokan harinya jela. So sepanjang mengandung ni ada laa pahit manisnya kan. Segala jenis alahan, sakit dan perubahan emosi yang berlaku buat aku mudah tertekan. Yela tertekan sebab rasa menyusahkan orang sangat :( Selain alahan tu ada saja sakit lain yang buat badan jadi lemah dan tak larat nak buat itu ini. Sedih sebab rasa macam mungkin orang akan cakap, "Ala aku pun mengandung gak dulu takda la teruk macam tu" or "jangan layan sangat sakit tu". Serius aku cuba tak layan. Cuba buat kerja sket tapi end up sakit tu datang menyerang dan aku la yang kena menanggungnya. Ahaaaa. Aku da dipesan jangan angkat barang barang berat, bahaya untuk kandungan. But one day aku gigih jugak la p beli dan angkat 10kg berat. Sebelum ni aku memang jenis tak kisah dan dah biasa buat kerja macam tu. So sebab tak mahu menyusahkan mak, aku bei terus je yang 10kg tu supaya senang mak tak perlu ulang beli dengan kerap. Before tu mak dah pesan, beli yang 5kg pun takpa jangan paksa diri nak angkat. Ahaaa effectnya perut senak gilaaaaa lepas tu terus tak berani nak angkat berat2 lagi dah.
Saudara mara asyik tanya je takda alahan , pening dan muntah ke.  Awalnya memang belum rasa. Chewah memula rasa beruntung jugak sebab hanya rasa loya.  Loya tu pun normal sebab aku memang spesies senang loya  A few weeks after,  aku start la rasa "kenikmatan" morning sickness tu dan berterusan la sampai awal 4 bulan kandungan. Dah masuk 11 weeks tak diduga jugak aku kena demam denggi siap doktor suspect takut kena zika. Aku pun risau kemain la kat baby masa tu sebab duk google pasal zika ni. Padahal time tu virus zika belum 'sampai' ke Malaysia. So end up admitted dekat HUKM selama dua malam tanpa ditemani sesiapa di wad. Huk3. Dah la kena tumpang duduk wad O&G. Dengarlah tangisan baby dan teriakan mak mak yang tengah tahan sakit contraction. Aduhhh buat aku seram betul la.  So aku cakap dalam hati maybe Allah nak bagi aku "experience" awal la duduk wad tu sebelum bersalin nanti. Ahaaahh. Best je duduk hospital cuma tak best sebab kena makan ikan pastu kena inject untuk ambil darah banyak kali.   Lebam tangan!
Now aku sambung mencoret ni time dah nak masuk 32 minggu. Less than 60 days before EDD. Phewww cuakkk,  risau,  takut semua ada. Tapi suami cakap aku macam takda perasaan je. Haha dia tarak taw dalam hati ni rasa macam mana. Hari hari doa la supaya Allah permudahkan proses kelahiran anakku ini nanti dan semoga dia lahir dalam keadaan sihat walafiat yer sayang ibu  Ok dah. Nanti bebila rajin aku sambung next entry. Menulis dekat blog ni sebab nak ada kenangan yang aku boleh baca balik suatu hari nanti. 8 weeks to go before EDD. Semoga Allah permudahkan urusanku untuk bersalin nanti dan dikurangkan kesakitan tu. Semoga anak ibu ayah kat dalam rahim ibu ni selamat dilahirkan dengan sihat dan sempurna.  Ibu ayah can't wait to see you sayang.  
XOXO

Nurul Syafiqah Ramlee

0 00 people spread ♥:

Post a Comment